iPad 2 – Segalanya Yang Perlu Anda Tahu

Reading Time: 2 minutes

[Baca: Senarai harga iPad 2 untuk pasaran Malaysia]

iPad 2 yang ditunggu-tunggu baru sahaja dilancarkan. Apa pendapat aku tentang iPad 2? Beli. Kalau dah lama merancang nak beli iPad dan ada bajet, maka iPad 2 adalah yang paling sesuai. Kenapa? Baca bawah ni. Banyak kelebihan iPad 2 berbanding iPad versi pertama pada harga yang sama.

iPad 2: Dua Kamera

Ada kamera depan dan kamera belakang. Walaupun aku kurang bersetuju, tapi 2 adalah lebih baik daripada satu kan?

iPad 2: Processor A5

Processor A5 (dual core) yang mempunyai 2 kali ganda kuasa pemprosesan dan 9 kali ganda lebih laju untuk memproses grafik. Kerja video editing boleh dilakukan dengan iPad 2.

iPad 2: Bateri Tahan Lebih Lama

Bateri iPad 2 tahan sehingga 10 jam penggunaan dan lebih daripada sebulan dalam stand-by mode.

iPad 2: Harga Dikekalkan

Macam biasa produk Apple tak akan atau jarang naik harga kalau keluar version baru. iPad 2 tidak terkecuali.

iPad 2: Putih & Hitam

Kini anda boleh memilih samada untuk mahukan iPad yang berwarna putih atau hitam. Kalau aku menang iPad 2 daripada Denaihati, tak kisah pun warna apa yang dia nak kasi. Surprise me.

iPad 2: Bila Sampai Malaysia?

iPad 2 akan mula shipping pada 11 Mac dan 25 Mac ke negara-negara yang terpilih. Macam biasa, Malaysia tak tersenarai dalam negara terawal mendapat iPad 2. Singapura pun tak. Jadi.. tak pasti. Mungkin Julai-Ogos? Tapi aku rasa untuk iPad 2 mungkin lebih awal berbanding masa kita dapat iPad versi pertama dulu (beberapa bulan yang lepas).

What Now?

Bila dah tengok sendiri kehebatan iPad 2 ni, aku lebih bersemangat nak join contest anjuran Denaihati yang menawarkan sebuah iPad 2 sebagai grand prize. Bukan calang-calang hadiah tu dan aku harap iPad yang ditawarkan adalah 32GB dan bukan 16GB sebab 16GB macam kecik je. Kalau 64GB lagi best! Persaingan sudah tentu hebat, tapi kalau tak cuba sedaya upaya dan mengalah terlalu awal memang tak layak la nak menang.

Aku juga dengan ini mengajak blogger semua menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Denaihati ni. Dah lama takde contest besar-besaran dalam dunia blog kita, jadikan ini sebagai contest tersebut. The more, the merrier. Kepada yang sudah menyertai, aku ucapkan selamat berjaya. Jangan main tipu ok?

Source: Apple, Engadget


Posted

in

by

Comments

53 responses to “iPad 2 – Segalanya Yang Perlu Anda Tahu”

  1. fezal Avatar

    bila nak merasa barang apple pon tak thu

  2. reezluv Avatar
    reezluv

    terasa tergoda plak ngan iPad 2..(sabar…) iPad 1st gen dah ada…:P

  3. LEEZ Avatar
    LEEZ

    harga ipad2 ni berape sebenarnye? boleh saya tau tak?

    1. ariff Avatar
      ariff

      tengok kat apple.com.my. Situ harga rasmi.

  4. juanita Avatar

    Penah tgk tak view ipad vs blackberry play book :)

  5. Rie Avatar

    saya kongsi review ipad2 ni di blog saya :)
    harap tak keberatan

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sila2. Xde masalah..

  6. dinsblog Avatar

    tengah nak fikir..camner nak join contest nih.

  7. Fadhli Avatar

    Kena kumpul duit ni. Teringin pulak bila tengok. Dulu dah nak sambar ipad dah tapi tak jadi.

    Agak2 kan, rumors untuk ipad 3 dah start belum? hahahaha.

  8. sue Avatar
    sue

    pada awalnye i memang nak beli i pad…tapi bila tengok i pad2,better i beli ipad2,tapi nak tunggu bulan julai..aduhai,lamanyeee….
    semalam i beli ipad tuk anak i…jadi ipad2 tuk i,terpaksalah i tunggu beberapa bulan lagi…kenapa lama sangat sampai kat Malaysia yeeee…..???

  9. Lorna Avatar

    best of luck Ariff :)

  10. syuwai Avatar

    erk, t’liur tengok..

    sebelum beli, tengok duit jap..haha

    =,=

  11. hafizmd Avatar

    Memang meleleh juga air hidung tgk ipad 2 ni…tapi mengenangkan yg kalau beli ipad 2 ni…mau keluar habis air mata dek dompet ‘bocor’…hehee

  12. Faizal Fredley Avatar

    low bajet x leh beli.hhaa..padahal teringin nak mampos ni..tp x per tgh kumpul duit beli iphone4…

  13. Mohd Isa Avatar

    serius…aku kian menggilai iPad 2. apa kata bro tarik diri daripada contest denaihati. barulah aku ada peluang. hehe, gurau je tau. :P

    1. syahrilhafiz Avatar

      LOL, mana boleh macam tu, aku nak persaingan sihat gak ni, kang boleh kat aku..ekekeke

      1. Mohd Isa Avatar

        haha…saja jerk….:P

  14. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Alamak.., macam best jer ni.
    Kalau ada budget, mungkin beli…. :D

  15. siTokei Avatar
    siTokei

    mmg meletop ipad 2 nie….cuma bajet jer yg x meletop haha

  16. syahrilhafiz Avatar

    iPad lama dah durian runtuh weh, rm 1000 boleh dapat dah, ha baik ankat iPad 2 ni terus. boleh tahan spesifikasi benda ni. memang cun!!

    1. ariff Avatar
      ariff

      ipad tu jualan penghabisan stok.. hehe..

      1. syahrilhafiz Avatar

        tahu tak pe..hehe, angkat la satu bro

  17. iva Avatar

    wah bestnya…teruja gila…..tapikan Ipad 1 pon xtentu lagi bila dapat inikan Ipad II…ariff nak bagi satu tak…??

    1. ariff Avatar
      ariff

      ish. xmampu la nak kasi orang satu..

      1. iva Avatar

        huhuhu..gurau je kot…hehehe..takpe² rezeki mane nampakkan..hehehe

  18. […] tahan 10 jam, software iOS4.3 dan improve version of Airplay. Untuk maklumat lebih detail sila ke blog Ariffshah.Apple iPad 2 Malaysia untuk teman setiaiPad 2 untuk teman setiaSaya Mahu iPad 2 dari blog […]

  19. teja Avatar
    teja

    wahhh..aku kagum ngn cara ariff menarik minat aku nk bli ipad ni..wakakak…xsabau den~

  20. hakimfaridzul Avatar

    serius best!
    nasib baik aq tak beli ipad 1 last 2 weeks…

  21. suffer8zine Avatar

    wow, smart review

  22. WZulhilmi Avatar

    Mcm kelakar bila ipad ada camera belakang. bygkn klu tgh jalan2 nk tgkp gmbar. . mak aih beso gila skrin!. LOL. tapi bak kata ko two is better than one. =)

  23. bacteria82 Avatar
    bacteria82

    X setuju dgn 2 camera? Sbb ape yek? Pada pendapat aku perlu gak.. Selain webcam gambar kita, kita boleh tukar ke camera belakang untuk menunjukkan webcam rakan/family lain yg sedang membuat sesuatu aktivit.. Quite smart gak.. Boleh tgk video pada link berikut pada minit ke 2:47
    http://www.coveringweb.com/2011/03/official-ipad-2-video.html

  24. aizuddin Avatar

    nak target iphone dulu je la..ipad macam tak perlukan sangat…

  25. Akid azami Avatar
    Akid azami

    pergh.. meleleh air liur…

  26. Mohd Faiz bin Mazlishah Avatar

    ramai member aku berlagak pkai ipad so aku xjd nak pakai….

  27. syahirul Avatar

    ariff, nanti menang leh hadiahkan pada aku kan? hahahaa

  28. tarmizishukri Avatar

    uh, very tempting. Kalau nak kluar lambat, keluarlah bulan jun, mana tau ada yang nak bagi sebagai hadiah besday..hehe..

  29. Namaakulynn Avatar
    Namaakulynn

    Ipad2 look so cool!:)wish u luck utk contest tu.

  30. Ezany-Kun Avatar

    sape nak dapat awal boleh kirim member yang blajar kat luar negara la kot..

  31. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Waaaaaah…. 10 jam tu… ;)
    Tu antara faktor yang buat saya nak try ipad 2 ni… :)

  32. ekspresiruang Avatar

    alahai, penantian satu penyeksaan. igt nk belikan wife iPad utk birthday dia tp kena tunggu iPad2 la, baru rasa puas hati. Huhu

  33. rma Avatar

    bile la agak2 samapai malaysia ye.. kat lowyat mesti smpi awal kot.. :P

  34. Newbie Avatar
    Newbie

    teruja giler aku tengok…
    rasa cm nk sambar je satu ipad2 ni…

  35. zuarxpdc Avatar
    zuarxpdc

    LAWA SIOT…POWER..TAPI BELUM ADA DUIT NAK REMBAT SATU..^_^

  36. kyo_9 Avatar

    Hmm.. Dah ada iPhone, ak rasa x perlu kot iPad yg masih xde beza setakat saiz lg besar ngn speed jer.. Kalo dah leh flash x pe gak..

  37. anajoe Avatar
    anajoe

    uishh tahan 10jam tu..lamanya..

    nk jugak join menang ipad 2 kat denaihati..

    xp masih xlayakk kott..keh3

  38. Najmi Avatar

    Macam best je iPad 2 ni. Bila la nak sampai Malaysia ni.

  39. neyra Avatar

    ipad 1 dah mcm harga BB curve HHAHHAHA

  40. Ayie Avatar

    Hatiku belum terbuka lagi untuk menggunakan ipad ataupun iphone

  41. ery farieha Avatar

    wowww.. mengancam.

  42. aman Avatar

    harga ipad pertama pun dah kurang harga. hee~

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. dia turunkan eh? bagus2. tapi aku nak ipad 2 gak!

      1. hafizmd Avatar

        mmg dah turun bro..yg 16 gb tu dah turun RM400…sekarang dah jadi RM1199 sahaja…hehe