Intai Sikit Harga Silver..

Reading Time: < 1 minute

Hari tu adalah beli sikit silver untuk simpanan hari tua. Masa beli tu harga seluruh dunia adalah pada RM3712 sekilo (29USD/ounce). Hari ni harga dah jadi RM4390 sekilo (34USD/ounce). Oklah tu kan? Nak jual sekarang ke? Takpelah. Kasi simpan lama sikit..

Cerita pasal silver ni, separuh daripada pengeluaran global silver sekarang digunakan dalam bermacam-macam industri berbanding gold yang lebih banyak disimpan daripada digunakan. Ramai yang berpendapat harga silver masih lagi undervalued.

Dalam al-Quran pun dah mention banyak pasal penyimpanan emas dan perak. Boleh tanya orang yang lebih berilmu kalau tak percaya.

Apa-apa pun, untuk pembacaan yang lebih lanjut, bolehlah membeli ebook tukar ganda silver. Mengikut kata penulis, harga dah nak naik. Karang naik jangan marah saya pulak sebab ebook tu mahal. Biasalah, bila permintaan tinggi, harga pun jadi mahal la.. ye tak? Samalah macam tiket final Piala Malaysia..


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Intai Sikit Harga Silver..”

  1. Que Avatar

    jangan risau jika terdetik dalam hati anda “adui, rugi tak beli awal-awal dulu”
    sebenarnya bila masa anda beli pun tak kesah. sebab simpanan wang dalam bentuk emas @ perak tidak pernah rugi. mata wang kertas akan merosot nilainya tapi tidak pada emas & perak. jadi jika anda mempunyai sedikit wang belilah. walaupun hanya 10 grams tapi ianya tetap lebih tinggi dari harga yang anda beli pada waktu itu.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betul. Memang tak kisah beli bila pun, sebab kalau ikut timeframe yang lebih panjang harga pasti akan naik. Dah beribu tahun nilai emas dan perak naik, takkan sekarang dia stop.

  2. sayacomel Avatar

    mari beli silver yang comel-comel ni sekarang. yehh..

  3. fikri91 Avatar

    bro ariff, memang ada gaya jadi penasihat kewangan ini…
    bijak mengambil peluang dan pelaburan yang tepat pada masanya…
    So, bila boleh start kerja dengan saya..huhuuhu

  4. Ikhwan Avatar

    Untunglah siapa yang beli perak dulu.. Harga sekarang dah naik..
    Btw, perak ni orang jual kilo ke gram?

  5. Anarm Avatar

    ada yg kata silver adalah emas masa depan.. betul tu.. harga makin lama makin mahal.. emas skrg ni dh mahal btol.. lama2 nnt org dah tak mampu nk beli emas.. so, silver adalah pengganti emas dan mampu dimiliki semua org..

  6. Noriz Avatar

    lepas deepavali je semua naik balik ek…
    sib baik dah beli masa hrga rendah last week ;)

  7. JAI Avatar

    Laaa…cehhh..dulu lagi dah denaihati bagitahu tak dengorrr..adeyyy..any target price tak bro utk harga perak ni terus naik?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Dulu pernah sampai 45 kalau tak silap. Ada orang target 50usd/ounce. So banyak masa lagi nak buy in dan simpan..

  8. Ekspresi Ruang Avatar

    wow, kenaikan yg agak byk. rasanya better jual kot, ariff. huhu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      nak tunggu naik lagi la. Sebab nak dapat harga kat 29 hari tu memang susah. Sayang pulak kalau jual sekarang.

  9. azman Avatar

    tak rugi beli nampaknya..saya baru nak berjinak2 tgh cari info pasal silver ni…

    1. haffiz Avatar
      haffiz

      sy de silver mentah untuk dijual..
      kuantiti dlm 20kg ke atas..
      de yg berminat x??