Insurans Ni Semua Kapitalis!

insurans-kapitalis

Ramai orang tanya saya, kenapa tiba-tiba Ariff Shah menceburkan diri dalam dunia insurans/takaful ni?

Terus-terang, dulu saya pun jenis yang tak percaya pada benda alah insurans ni. Memang selalu dapat panggilan yang offer produk insurans yang entah apa-apa membuatkan saya rasa benda ni semua mengarut!

Kemudian, entah macam mana, saya mula buat kajian sendiri terhadap plan insurans yang ditawarkan di pasaran. Lagi banyak saya kaji, lagi banyak saya nampak kelebihan insurans yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri sendiri daripada masalah kewangan.

Sehinggalah sampai masa saya ambil keputusan untuk ambil plan untuk diri sendiri. Jumpa kawan satu sekolah yang baru je jadi agen takaful PruBSN. Last-last dia cadangkan saya follow jadi agent. Pada masa tu, dalam fikiran saya, “why not?” Saya dah ada blog dan pembaca dan produk ni boleh bantu orang ramai. Daripada situ, bermulalah perjalanan saya sebagai seorang agen Takaful.

Bila dah masuk bidang ni, saya yakin saya akan menemui golongan anti kapitalis seperti komen kat blog saya bawah ni.

angry-guy

Kapitalis.

Ramai orang suka kondem kapitalis tapi sebenarnya tak faham apa benda sebenarnya kapitalis ni. Ramai orang benci kapitalis tapi tak sedar yang dia pun sebenarnya menyumbang kepada model ekonomi ini.

Kapitalis ni sebenarnya didorong oleh nafsu manusia. Siapa ada kelebihan dalam sesuatu boleh digunakan untuk kebaikan dirinya sendiri. Ada otak yang bagus, boleh fikir idea yang menguntungkan diri sendiri. Ada duit banyak, boleh buat macam-macam pelaburan untuk gandakan duit tadi. Nafsu ni menjadikan apa yang ada pada mereka takkan cukup.

Sistem ekonomi kapitalis ni sebenarnya perfect untuk umat manusia sebab sifat manusia ni takkan berpuas hati dengan apa yang ada. Yang ada isteri satu nak isteri empat, yang ada beg tangan satu nak beg tangan lagi satu, yang ada kereta Myvi nak Mini Cooper.

Pergilah mana pun, anda takkan dapat lari daripada sistem kapitalis. Bekerja di syarikat swasta untuk mengkayakan pemilik  dan board of director syarikat. Kerja kerajaan? Pun sama sebab anda kerja dengan kerajaan supaya kerajaan dapat pungut cukai daripada rakyat dan syarikat swasta. Cukai-cukai ni semua kapitalis jugak. Kalau bukan kapitalis, kerajaan boleh bagi free je mana-mana syarikat nak buat bisnes kat negara kita.

Hospital.

Kalau kerajaan bukan bersifat kapitalis, mereka akan pastikan cukup hospital dibina untuk menampung keperluan rakyat. Kerajaan juga akan pastikan segala bil perubatan termasuk pembedahan adalah percuma, baik yang kerja kerajaan ataupun bukan kerja kerajaan. Tapi tak. Takkan kerajaan nak tampung semua tu? Bukan tak nak, tapi tak boleh.

Oleh sebab itu, kerajaan bagi hospital swasta beroperasi. Lagi banyak hospital swasta dibuka, lagi seronok sebab lagi banyak cukai yang dapat dikutip. Hospital baru yang dibuka mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat. Melalui Khazanah Nasional, kerajaan melaburkan duit rakyat ke dalam syarikat konsortium hospital swasta. Mereka tahu perniagaan dalam bidang kesihatan ni boleh memberikan pendapatan kepada negara.

Tengok pulak pendidikan. Susah tak nak masuk universiti awam sekarang? Kenapa tak banyak universiti awam dibuka? Yang banyak, universiti swasta. Ramai lagi tak dapat tempat belajar ni. Kalau takde kelayakan pendidikan macam mana nak cari kerja? Konsep yang sama dan saya rasa anda semua dah boleh faham.

Sistem kapitalis ni akan berada di sini tak kiralah anda suka atau tidak.

Kemudian kita cerita pasal komisyen. Kalaulah komisyen agen ni kemain mahal dan membebankan pengguna, saya rasa beratus-ratus bijak pandai dalam bidang ekonomi kapitalis ni takkan approve punya lesen syarikat takaful sebab struktur komisyen yang tak masuk akal.

Komisyen agen ni adalah kos kepada syarikat insurans. Agen hanya dapat beberapa % sehingga beberapa tahun sahaja untuk setiap client yang sign-up dibawahnya, kemudian tak dapat dah. Kemudia tu dapatlah pada syarikat Takaful secara sepenuhnya. Walaupun di kemudian hari dah takde komisyen, agen lah yang akan teruskan berkhidmat untuk client dia tadi tanpa banyak soal.

Kalaulah client yang bayar komisyen agent, maka komisyen tu sepatutnya dia akan dapat sampai client berhenti bayar. Kalau 30 tahun join, maka 30 tahunlah dapat komisyen. Kaya macam tu beb. Buat takaful setahun dua lepas tu tak payah cari client dah.

Benda ni sebenarnya tak perlu dipertikai sangat. Tapi kalau nak ikut sangat logik Tuan Brick inilah kan, elok di maki bos atau board of director tempat dia bekerja. Yelah. Kerja separuh mati macam *%&^$& tapi dapat gaji tak cukup jugak untuk dia ambil plan Takaful.

Actually benda komisyen ni takdelah rahsia sangat pun. Kalau sesiapa nak sertai saya sebagai agen Takaful pun boleh. Tak perlu bayar apa-apa nak join, ini bukan MLM. Cuma bayar dengan masa anda sahaja untuk cari pendapatan daripada Takaful.

Kepada saudara Brick, kalau rasa tak mampu nak ambil medical card sendiri, jom buat side income sebagai agen Takaful. Setakat komen maki-maki sebagai anonymous takkan membawa Tuan ke mana-mana. Esok-esok masuk hospital kena bayar guna duit dalam akaun sendiri jugak.

Maaf kepada pembaca lain tapi kadang-kadang saya suka usik pemberi komen anonymous macam ni. Setakat komen sorok muka baik tak payah bro. Mak nyah pun boleh buat. Buat malu orang kampung je. Kalau berani, hebat dan lantang seperti komen yang dilemparkan, mari. Call saya sekarang 014-6278868, kita jumpa kat sini.

grand-business-opportunity

Yang jadi agen Takaful hati kena kental, tak takut orang dan tak takut kena reject. Ade bran?

19 Comments

  • zaky

    18 July, 2014 at 4:02 pm

    ‘sistem kapitalis adalah perfect untuk umat manusia’. bagi aku statment ni salah. sebab sistem kapitalis adalah berdasarkan ketamakan dan mengwujudkan perasaan self-fish pada individu. of course hari ini susah untuk menolak sistem ini, tapi masih ada ruang lain untuk menyokong sistem ekonomi lain.

    • Ariff

      19 July, 2014 at 10:34 am

      Apa yang saya maksudkan perfect ni ialah manusia semua ada nafsu. Daripada nafsu inilah wujud sistem kapitalis sebab manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada

  • Bungkilan

    20 June, 2014 at 1:57 pm

    Hanya orang dengan hati kental yang akan dapat bertahan dalam karier ini. Bukan calang-calang orang yang dapat kekal dalam dunia insurans dan takaful. Sebab daripada 10 orang yang didekati mungkin hanya seorang yang akan sertai masuk skim takaful ini.

  • Irul

    20 June, 2014 at 11:14 am

    Ramai yang tak puas hati juga dengan takaful sampai melabelkan takaful dengan macam-macam label. Saya tengok benda ni satu je puncanya.

    Ejen..

    Ada ejen yang cakap manis- memang kena manis la. Tapi bila customer nak claim, rupanya itu tak boleh ini tak boleh. Masa promote tak de pulak nak jelaskan detail. Mentang-mentang customer tak tanya, sorok terus.

    Tak dinafikan, ada ramai juga ejen yang bagus. Terangkan satu persatu dan layan customer sampai mati. Tapi bila minda manusia dah dipasakkan dengan keburukkan, kebenaran/kebaikkan sukar nak masuk dalam minda.

  • Yuzz

    19 June, 2014 at 2:22 pm

    Bagi saya dalam banyak2 skim insuran, takaful antara yang terbaik. Tetapi saya pernah tengok ramai ejen takaful dari syarikat-syarikat yang berlainan saling memperlekehkan ejen dan syaikat lain. Kononnya syarikat takafulnya yang paling terbaik..

    • Ariff

      19 June, 2014 at 6:45 pm

      Benda ni normal dalam dunia sales financial tool ni. Unit trust pun sama. Mesti ada je yang kondem yang lain. Bergaduh pun kadang-kadang ada.

      Pada saya benda ni tak perlu. Market terlalu besar. Terpulang pada citarasa dan keperluan masing-masing sebab takde satu pun produk yang sama dalam pasaran. Yang penting, dapat mengajak orang ramai untuk memiliki mekanisme perlindungan kewangan sendiri.

      Malaysia nak kejar status negara maju. Jadi segala kos termasuk perubatan semakin meningkat dan kerajaan takkan sediakan kemudahan yang cukup untuk semua rakyat. Jadi nak atau tak, kena insurans perubatan ni kena ambil.

  • amin

    17 June, 2014 at 11:40 am

    salam bro ariif syah. apa plan yang terbaik untuk suami , isteri dan anak – anak, termasuk isteri yang bersalin?

    boleh huraikan juga beza plan insurans yang biasa dengan plan insurans yang ada medical card.. tqvm :)

  • ryz

    17 June, 2014 at 10:45 am

    “Aku MAMPU BERHUJAH dengan 10 orang yang BERILMU, tetapi aku PASTI KALAH dengan SEORANG YANG JAHIL, karena orang yang jahil itu TIDAK PERNAH FAHAM LANDASAN ILMU.” – Imam Syafie

    so just ignore them k.. mereka jugak yg rugi..
    mungkin dia dah terlebih duit so x heran dgn takaful ni if anything happen in future…

    tpi nk jadi ejen ni mmg kena SGT2 tebal muka/selamba/berilmu & kuat :)

  • NORMI KAHAR

    16 June, 2014 at 11:32 pm

    Orang Arqam kut ni.. hahahha. Kapitalis.. bank payroll dia dok tolak servis fee 10.00 dari akaun savings tetiap bulan tu apa cerita? Kembalilah ke sistem barter kalau tak mau kena mengena dengan kapitalis. Kuang kuang Kuang