Lengang jer..
hahaha.. aku dah jumpa tempat melepak yang best kat Moscow ni. Selama ni memang tak tau nak lepak mana, semua tempat pun hiruk pikuk dengan orang Russia yang gila ni. Aku perlu tempat yang tenang dan aman, tempat aku boleh duduk lama-lama, makan sedap-sedap dan ada wifi free. Kat Malaysia dulu tempat tu adalah Subway Summit USJ. Lepas main bowling memang duduk situ jer.
IKEA ni dah lama ada, cuma dulu aku malas nak pergi sana dan sebenarnya memang aku malas nak pergi mana-mana pun kat Moscow ni sebab kesejukan tu buat aku cepat lapar. Nak cari makan susah, terutamanya makanan halal ni. Jadi kalau orang ajak pergi mana-mana (jarang orang ajak ni) memang aku tolak. Kalau keluar pun sorang-sorang macam biasa.
Asalnya tadi aku nak pergi IKEA sebab nak beli selimut tebal, tapi fikir-fikir balik kalau beli sampai 3 pulak selimut aku. Apa barang? Terus batalkan niat nak beli selimut tu. Lepas tu nak cari hoodie. Hari tu dah beli selai, tapi tak cukup. Nak lagi satu. Cari-cari, jumpa tapi takde size. Terus tak beli. IKEA tu besar sebenarnya, shopping complex tu macam Ikano Power Center gak laa.. Ada mall lain kat sekeliling tu.
Dah takde benda nak beli, terus pergi ke foodcourt IKEA. Niat hati nak makan meatball, tapi sebab tak darurat maka tak boleh la.. haha.. Makan jelah salmon. Ada mushroom soup ngan garlic bread sekali, tak lupa kek Daim feveret aku. Kenyang gak ah hari ni.
Masih mahukan meatball..
Masuk foodcourt IKEA tu tak macam Russia dah. Pekerja dia pun boleh speaking. Tempat dia memang cun. Luas, bersih dan selesa. Standard IKEA la kan.. Paling best walaupun lunch hour, tapi meja tak penuh lagi. Tu yang seronok, tak payah hadap muka orang Russia banyak-banyak.
Aku rasa nak melepak kat sini tiap-tiap minggu ah. Relax sambil makan-makan sambil usha awek orang Russia yang ada. Mana ada awek situ.. haha.. family je banyak ok! Kalau ada pun takleh usha dah. ish. korang nih.. Maybe next time pergi aku nak bawa MacBook aku. Mana tau boleh update satu dua entri ke..
Takde mamak kat Moscow ni, tapi ada tempat lepak yang not bad macam ni oklah kan. Kurang sikit duduk terkurung dalam bilik macam anak dara je.
P/s: Aku mungkin boleh tolong korang untuk dapatkan trafik, tengok page Need A ReTweet.
2010/2011 Premium Sponsor
Vote For Me

Comments
56 responses to “IKEA – Tempat Lepak Baru”
bro,aku kat turkmenistan ni,byk gak awek russia.tapi byk yg sigaras atau yibat je yg dapat.bagi petua sikit.
erk, bro dah balik russia ke? tak perasan plak, baru ingat nak jumpa bro. ikea memang terbaiklah, aku suka gak g ikea damansara. bukan beli barang pun, saja lepak2 kat situ. then g cari selai dua tshirt kat brands outlet. hehe
ko suka gi ikea gak rupanya.
dah lama aku tak ke ikea damansara.
ada masa bleh pergi sama2 ;)
eh halal ker??
ikan tak halal ke?
kita org tkde IKEA kat Sabah ni, lepak rmh lg best walaupun intenet slow tp org bujang suka cuci mata sambil makan2.
katanya awek Russia cun2, tu pun akak baca dlm novel….hehe..
haha. boleh la cun gak.
apa lagis, cepat2 balik m’sia. pekene nasikk kandaq
ingatkan IKEA ni jual perabot ala2 masa depan je..huhu..
IKEA adalah terbaekk!
Walopon penuh org tp raon2 dlm tu boleh menenangkan jiwa.. hehe
Lenkali bekalkan meatball Ramly bwk blk Russia r bro.. ok gak rasa dia.
Apapun, Ikea meatball memang terbaik..
P/s :bro, comment luv ada problem ke?
Yeah. Ada problem. Dalam proses nak betulkan.
Kalau food court IKEA kat Damansara tu, mesti penuh je memanjang. Hari kerja pun penuh..Lunch hour lagi la penuh..kalau lepas shopping kat IKEA, selalu gi beli Karipap IKEA je. Senang, boleh makan dalam kereta.
ikea damansara cofirm penuh punya. dekat sangat dengan housing area orang kaya. jadi tempat lepak diorang hari-hari la.
ingtkan IKEA ni jual toto kerusi je.. hahaa
tempat makan dia la best. nanti kalau pegi, singgah tempat makan dia.
ariff,
salam singgah.. :)..
nak tanya skit..kalo guna macbook tu,memang tak leh open or edit any MS Office punya document yer(MS Word,Excel..) ?
ada buat entri tak pasal kelebihan mac vs windows ?
boleh jer. Cuma kena ada software ms office for mac
usha awek russia..perghh..aku suka..haha
uuuuuuuuu… diorang bleh speaking eh? tatau laa plak..
ada yang boleh. tengok tempat la..
Hehe boleh ‘geng’.Peminat meatball IKEA gak!
Memang terbaeeek!^_^
Tapi kek Daim tUk berapa boleh ‘layan’..
nota kaki : Neh musti peminat ‘MeatBall Marinara’ gak….kan?^_^
meatball marinara subway tak minat sangat. macam tak sesuai je. Lagi suka BMT ngan melt =)
Wooohoo,serving ‘bosa’ tuh.
Sebab tu suka kot(eh) ^_^
But onething,meatball subway memang tak bole ‘lawan’ IKEA punyala..
wah… nasib la ada.. kalo x mati kutu jugak tu..ahahaha…… anyway, dah follow u kat twitter..ahaha
ni yang rasa nak heret bf gi ikea ni even dah pegi mgg lepas….
pergi jangan tak pergi. haha~
Kalau ada pun takleh usha dah <– ayat penuh makna untuk orang tersayang nih..
Aku mesti pergi jalan2 ke Rusia. :-)
terbaik bro…memang orang malaysia ni cool n relax kan, heee
mcm best…aku suka hidup merantau ni..mmg menguji kesabaran…eh thanks la ariff sbb nak bntu kami tgktkn trafik melalui twitter…nnt bila stabil suma blh la cuba malalui fb pulak ye hehe
Haish..aku pun dok ingat IKEA perabot tu..maklumlah, aku ni orang kampung..hehe
kalau lepak ramai-ramai mesti syok ni
lebih suka lepak sorang2.. ramai2 karang bising mesti orang russia pandang tak puas hati
Forth Drool!
Ikut sama hahaha!
hah. drool ramai-ramai..
macam pernah dengaq ja..haha
makan macam tu lama2 mat salleh la ko yerk bro..
dah memang mat salleh pun duduk sini. haha~
susah ke nak cari makanan halal kat russia
sangat susah
Takkan kuar sorang2 jerk bro… mane best..
keluar ramai-ramai nanti lepak lama-lama lak. kalau kat sini aku tak relax sangat macam kat Malaysia hari tu. Nak kejar masa je..
memang best nampaknya tempat lepak ni…boleh lah aku ge sana tahun depan.
wah. betul ke nak datang?
IKEA syurga makanan. suka melepak di sana..
wahhh Salmonnn *drool*
wahhhhh Daim cakeeeee *double drool*
ok konfem next week balik KL kene pegi IKEA! phewww!
belanja sekali~
*triple drool*
salmon okla.. lagi minat meatball.
aku paham apa maksud tak darurat tu hahaha :D
tap seriusly aku pun suka kalau pergi ikano masuk ke ikea. kalau tido pun diorang tak leh kata pa :p
dah polisi gitu kan?
mana ada. kalau tidur jaga badan besar dia datang halau.
IKEA punya meatball memang lovely~
(pagi2 baca entry ni buat aku lapar…)
mesti bahagia je dapat duduk lepak camtu kan? aku kalau kat Muar ni tak jumpa lagi spesifik place camtu, SR malas nak masuk sangat sebab bawah hotel. Kang orang kata aku pergi hotel. Tempat lain, hmmm, banyak je orang~ >__<
Kalau zaman universiti dulu, Starbucks paling menenangkan~
muar eh.. jap.. macam tau SR yang kat hotel tu. Dulu dulu selalu gak turun muar. tak ingat sangat dah.
patut la pelik bila bace…
asal worker kt c2 x halau2 org yg lepak dlm 2 kedai 2????
rupa2 ye IKEA 2 shopping mall…
mati2 ingat kedai perabot….
ingatkan IKEA tempat perabot2 tu :P
IKEA? ni kat MEGA yang mana satu ni?
Mega Khimki