
Sekarang ni bekerja di LCCT. Jadi tiap-tiap hari observe pergerakan manusia di lapangan terbang ni.
Satu perkara yang saya perasan, tempat yang paling banyak trafik adalah kedai makan. Sepanjang hampir sebulan saya di sini, boleh disimpulkan bisnes makanan fast food di LCCT lebih baik berbanding KLIA.
First thing, anda kena tahu bahawa orang yang naik kapal terbang ni adalah orang yang berduit. Mungkin tak kaya, tapi mereka masih lagi mampu beli tiket. Tak kisahlah tiket harga murah ataupun mahal. So setakat nak makan di airport walaupun harga sedikit premium, takde masalah.
Kedua, penerbangan tambang murah ni takde sediakan makanan. Majoriti akan memilih untuk makan dahulu sebelum fly kalau flight mereka pendek sebab makan atas kapal terbang tak selesa dan tak best.
Ketiga, menunggu flight ni memerlukan tenaga. Bosan. Next best thing to do is eat. Serius.
Keempat, restoren sahaja yang menyediakan tempat duduk yang selesa, mungkin ada kipas dan kurang orang lalu lalang. Lebih-lebih lagi time panas macam ni, lepak sambil minum ice blended atau ice lemon tea memang best.
Berdasarkan pemerhatian saya, restoren yang ada tempat duduk seperti Old Town, McDonald’s dan Marry Brown sentiasa penuh sebab lengkap dengan meja dan kerusi berbanding stall-stall kecil.
Berdasarkan faktor-faktor di atas, saya rasa tak susah nak survive kalau buka restoren di airport ni. Apa-apa pun, ini hanyalah idea. Belum bersedia nak terjun dalam arena bisnes besar macam ni lagi.

Comments
6 responses to “Idea Bisnes di KLIA2”
Buka je bro.. Hal sewa mahal bukan isu. Kalau ikhlas meniaga InsyaAllah ada jalannya kan.
Kalau saya tidak kisah makan makanan bungkus asalkan perut kenyang. :-)
salam…saja nak singgah…..jual berger yang murah…boleh tak
yap. Mcd kat lcct tu..memanjang penuhhh. Susah benar nak dapat seat. haha..
kadar sewanya tinggi
aku setuju, dah kalau itu yg kita nampak yang itulah yang boleh sebabkan bisnes kita survive kenapa x lakukannya betul x