Hari tu sebenarnya hampir terbeli Samsung Galaxy Note, tapi saya ambil phone lain. Bila tahu Ice Cream Sandwich ni nak keluar dengan macam-macam feature tambahan termasuklah Angry Bird Space special stage, rasa macam rugi pulak tak ambil SGN tu.
Ice Cream Sandwich adalah kemaskini terbaru platform Android. Ianya menawarkan fungsi rich notifications, fungsi skrin utama yang boleh diubahsuai, widget yang boleh diubah saiznya dan lebih interaktif berbanding platform Android yang sebelumnya.
Premium Suite pada Samsung Galaxy Note pula adalah kemaskini perisian yang terdapat dalam Samsung Galaxy Note yang kini menawarkan lebih banyak fungsi, peningkatan kelajuan operasi dan pelbagai ciri-ciri multimedia lain. Pendek kata Premium Suite ini adalah sebuah kemaskini yang menjadikan Samsung Galaxy Note lebih menarik dan seronok untuk digunakan.
Secara umumnya, 4 ciri utama kemaskini Ice Cream Sandwich pada Samsung Galaxy Note:
- Kemaskini S Note
- Kemaskini S Memo
- My Story
- Angry Birds Space 30 level istimewa Danger Zone

*untuk lebih memahami kesemua ciri yang dinyatakan, saya cadangkan supaya anda menonton video promosi Samsung Galaxy Note + Ice Cream Sandwich
Pautan lain:
Entri ini ditaja oleh Samsung.

Comments
27 responses to “[Sponsored Video] Kemaskini Ice Cream Sandwich Untuk Samsung Galaxy Note”
SGN memang sempoi ! Nak memiliki itu mahal sangat.
belum mampu memiliki SGN
SGN memeng terbaikkk, tapi masih lagi tidak mahir guna S-pen…
SGN memang terbaikkk. tapi sampai sekarang saya masih tak pandai nak guna S-pen…
then phone apa ko beli ?
adeh tak larat nak ikut gadjet nih..kalau ada duit lebih nak sambar 1 hehehe…
Bestnya! Dah lama saya mengidamkan galaxy note nih. Saya peminat jenama Samsung. Insyallah akan memilkinya tak lama lagi…boleh ler nak contiang!
samsung galaxy bla3… iphone 2345… ipad.. asus transformer…. aku mampu dgr jer smua nama2 gadget nie.. nak beli tak pernah mampu T_T
kalau berusaha lebih, pasti ada jalan untuk milikinya
semakin ramai feedback yang katakan SGN ni mantap!!
Saya cukup skeptikal dengan penggunaan stylus kerana Steve Jobs mempunyai ide untuk membuang stylus ini tetapi berlainan dengan Samsung. Rupanya mereka ada sebab.
Mungkin suatu hari nanti ada upgrade ver OS yang mengunakan fungsi jari sahaja.
Samsung Galaxy Note telah membuktikan masih ada market yang menerima penggunaan stylus. Steve Jobs betul, tapi bukan 100% betul
Siapa Steve Jobs tu? Yup, not 100% correct
sungguh canggih rasa nak beli satu jer…
Note putih yg bro ngan DH beli arituh dh upgrade ke ice cream sandwich blom? ;-)
yang tu belum lagi. Versi lama. Kena update manual
pergh Samsung siap taja lg tu.
mmg nmpk mcm best SGN ni tp tu la, mcm xpraktikal sgt utk berblogging. cuma lebih sesuai utk bertwitter atau bisnes purpose mcm kt atas tu je.
saya ni nk bisnes purpose pon cuma atas organiser je yg penting utk nk tau bila2 mesyuarat atau kena beli apa2 brg je. BB Bold skg ni pon dah good enough :)
SGN ni rasanya sesuai untuk orang art je. Tangan kayu macam aku tak confirm tak boleh manfaatkan S Pen tu.
tak juga bro…
aku gunakan 100% utk note taking…
macammana aku punya SGN belum dapat ICS lagi ?
ccciiiissss
tapi byk rumors mengatakan iphone akan buat kejutan untuk summer nih..new iphone akan kluar…tapi HTC one X ngn One V baru pakai ICS mmg cun habis…fuhhh…
bukan ke tiap2 tahun iphone punya rumors macam tu? hmm…
wah bestnye ada entri tajaan .. pe2 pun, mantap gak.. sdp update OS mmg khas utk Note sahja..
samsung nampaknya memang all out dengan produk mereka. Sebuah jenama yang boleh dipercayai
samsung semakin menarik hati pengguna..
fuhhhh tahniah di atas video sponsorship ini…. :)
alhamdulillah. semoga rezeki kak sha juga bertambah
eskrem sandwich untuk Galaxy Tab tak ada lagi ek