Hujung Minggu di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa

Reading Time: 2 minutes

shangri-la rasa sayang -3

Hujung minggu ni saya akan meluangkan sedikit masa untuk berehat di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa, Batu Ferrenggi Pulau Pinang. Memang nak bawa wife jalan-jalan sebelum labour, sekali Shangri-La jemput untuk melawat Rasa Sayang Resort & Spa ni pulak. Pucuk dicita, ulam mendatanglah kan..

Sesi jelajah Shangri-La ini adalah kesinambungan daripada lawatan saya ke Shangri-La Hotel Tokyo pada bulan September yang lalu.

Apa yang menarik ialah Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa baru sahaja selesai dengan projek “facelift” yang bernilai RM32 juta pada awal tahun ini. Projek renovasi ini memakan masa selama 8 bulan dan sebanyak 189 bilik di bahagian Garden Wing telah diubahsuai dan dilengkapi dengan perabut baru. Saya berharap sangat dapat menginap di Garden Wing nanti (bilik yang disediakan masih belum diberitahu oleh pihak Shangri-La).

Reka bentuk dalaman bilik yang diubahsuai menggunakan konsep tropikal dengan hiasan dalaman dan kombinasi warna yang kontemporari. Karpet digantikan dengan jubin besar dan panjang menjadikan bilik kelihatan lebih lapang.

shangri-la rasa sayang-1

Nak bilik macam ni please..

 Setiap bilik dilengkapi dengan sofa yang boleh dijadikan tilam, sesuai small family yang pergi bercuti. Selepas renovasi, beberapa kategori bilik baru diperkenalkan khas untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang bersama keluarga.

Kategori bilik yang paling popular adalah Deluxe Seaview yang menghadap Lautan Andaman. Bilik keluarga yang popular pula adalah Deluxe Family Room 645 sqft yang datang dengan sebuah katil King-sized dan dua katil single.

Takpe. Nanti dah sampai sana saya tangkap gambar banyak-banyak. Boleh follow Instagram saya dan isteri (isteri saya lagi rajin update Instagram) untuk live update sepanjang penginapan kami di sana.

shangri-la rasa sayang-2

Resort ni memang besar..

20p012l


Posted

in

by

Comments

23 responses to “Hujung Minggu di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa”

  1. muliani Avatar

    mmg terbaik resort dia.. nak bercuti pun mcm best jee

  2. lla Avatar

    Cantiknya resort ni, pernah sekali aje jejak Penang ikut hasben outstation in 2013. Lepas ni nak try la stay kat Shangrila ni pula, misi nak menggunakan claim hasben semaksimum mungkin :D:D

  3. eyriqazz Avatar

    Fuhh, memang best..memang sesuai hotel sebegini utk honeymoon dan merilekskan minda..

    1. Ariff Avatar

      Cuti sekolah nanti bolehlah bawak wife and anak-anak

  4. hannan rifqi Avatar

    tak pernah peli lagi resort ni.

    siap ada spa lagi.

    Memang best la kalau dapat rehat hujung minggu macam ini.

  5. Hafizul Avatar

    Emm seronoknya kalau dapat bilik macam tu..mesti tak nak keluar bilik ni..haha

  6. Zfarina Avatar

    Seronok jugak hilangkan stress pegi sane,,,

  7. ohcikgu Avatar

    fuhh..

    best betul hang.

    dapat jenjalan ke spa resort.

  8. Khairul Zamri Avatar

    Terbaik dapat pergi bercuti bersama Isteri tercinta. Syukur alhamdulillah

  9. myrujukan Avatar

    gambar pertama kat atas tu gambar betul ker? itu tempat kolam mandi ker? kalau betul tu tempat mandi rasa best la plak tengok, nampak nature tuh, sedap jer permandangan

  10. Amirul Avatar

    Dengar nama resort dah tahu harganya… haha

  11. mango fruittie Avatar

    Wow! This is an interesting and perfect resort to book for a vacation.
    :)

  12. Intan Miza Avatar

    wah mewahnya bilik, mmg best bercuti ni hihii..

  13. pemanis stevia Avatar

    Wah ,seronoknya dapat bercuti.
    :)

  14. Ani Haryani Avatar

    View dia cantik! Sekali sekala rehatkan diri memang best :)

  15. jie susanos Avatar

    Syok2 dpt tajaan g sane..klu blik tdo mcm tu mmg awesome..

  16. ProfHariz Avatar

    Pernah survey. 2d 1n RM1K++ saya tak mampu :)

  17. Zfarina Avatar

    dah boleh start pasang angan -angan dah nak p bersuti duk sane,,, heee

  18. Inspirasi Huda Avatar

    Pemandangan yang menarik bagi pengunjung yang datang. Suasana tenang cukup sesuai untuk bawa keluarga bercuti sambil menikmati keindahan.

  19. Yuzz Avatar

    Bro Ariff dapat tajaan ke ni? Memang best kan kalau jadi blogger popular.. :)

  20. Fisha Hasan Avatar

    Syok tu.. seaview.. tenang je tgk hadap laut… biarpun mahal, tapi must pay yourself first kan. mestilah kena yang terbaik kalau bercuti. hilang penat bekerja..

  21. rahimah Avatar

    Time panas-panas ni nampak kolam rasa nak terjun je walaupun tak pandai berenang :)

  22. Raihanah Ahmad Avatar

    cantik betul bilik dia, untung juga dapat dok sana kan,