Hujan Oh Hujan

Reading Time: < 1 minute

Musim hujan sekarang ni. Tiap-tiap hari kalau boleh nak hujan. Memang syahdu..

Hujan ni sama macam snow la kat Moscow dulu. Tak boleh kena lama, kalau tak confirm demam. Basically hujan (dan salji) ni meletakkan badan dalam keadaan stress kerana badan terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan tenaga haba supaya organ dalaman dapat berfungsi dengan normal.

Dah memang sifat air, menyerap haba. Itu sebab letak air dalam radiator kereta (tanpa memerlukan cecair coolant) pun boleh jalan.

Bila hujan ni, mat-mat motor macam saya memang sukar sikit la. Hari tu terpaksa ponteng launching event Samsung Galaxy Note 2 dan semalam pulak terpaksa ponteng kerja sebab hujan lebat.

On the way pulang ke ofis lepas solat Jumaat (juga lepas site viewing rumah flat kat Seksyen 7 Shah Alam) hujan lebat, jadi terpaksa stop kat kedai mamak sementara nak tunggu hujan reda. Last-last, pukul empat lebih baru settle, alamatnya terpaksa ponteng tanpa sengaja. Harap bos yang membaca memahami keadaannnya.. hehe

Bahaya bawa motor dalam hujan, lebih-lebih lagi motor Duke tu. Stock tire yang diorang kasi tak sesuai untuk kegunaan cuaca basah kat Malaysia ni. Nak buat camane kan.. beli kereta pun tak mampu lagi.


Posted

in

by

Comments

25 responses to “Hujan Oh Hujan”

  1. Hafizul Avatar

    ni la resiko terpaksa dihadapai oleh mat motor sekalian..adoi…musim panas sedap jer kan duk broommm sana, broommm sini..hehe..nanti ada la tu bajet beli kereta pulak..hehe

  2. beckhr00y Avatar

    aku biasa redah je hari hujan kalau otw balik rumah, tpi kalau pergi tempat lain tu fikir 2,3 kali jugak aa

  3. ameer Avatar

    ye lah, skarg musim ujan. igt nak pakai moto juga tapi nasib baik moto byk prob. lampu takde, r/tax mati. hehe

  4. donnyien Avatar

    semoga hujan yang turun mengembalikan ekosistem alam. Kalau berkereta tiada masalah walaupun hujan ni kecuali bawa motor.. setiap sesuatu pasti ada dugaannya tapi akan ada nikmatnya di kemudian hari.

  5. prince of nerd Avatar

    Yang arif(macam dalam court lak) kenalah pakai bakul di belakang untuk letak baju hujan. Hehehe…tapi saham jatuhla.

  6. edy Avatar

    singgah sini dr majalah maskulin

    musim hujan 1 malaysia kot…mendung je lngit pg ni

  7. hisham Avatar

    kat kelantan ni dah mula musim… mula2 dulu tak biasa.. lepas 4 tahun, menanti2 pulak musim hujan…

  8. boni kacak Avatar

    setuju tu bro..memang masalah bagi mat2 motor macam kita ni nak bergerak ke mana2 kalau hujan…

  9. Ekspresi Ruang Avatar

    dpt pakai kereta 2nd hand harga 5-10k pon jd sbnrnya. janji kerja jalan dan xtertangguh dek uzur syarie cmni. huhu

  10. Lawrence Vision Avatar

    Orang kadang2 tak ambik pduli penunggang tu yg susah sikit

  11. KiD Avatar

    Waaahhh… bro naik duke pakai raincoat amacam? Hehehe

  12. Anarm Avatar

    naik motor dalam hujan memang bahaya.. aku penah eksiden dalam hujan.. brek sikit je sebab trafik light dah kuning.. sekali tayar licin plak terus berguling guling aku jatuh.. malu giler.. haha.. motor pon rabak habis kepala dia..

  13. MK Syahir Avatar

    wahh..rider rupanya..dah boleh pakai kereta dah bro..hehehe

  14. Orang Kampung Avatar

    Itu salah satu cabaran juga tu Bro..

  15. cmratu Avatar

    musim hujan, harap2 SPM tahun ni tak jadi kes banjir.. kesian budak2 nak SPM..

  16. sensasi2020 Avatar

    Hujan rahmat, bila hujan mat rempit tidak berkeliaran di jalan raya, ragut-meragut terjejas buat mereka. Penjenayah jalanan mula menghentikan aktiviti mereka.

  17. akubiomed Avatar

    Harap cuaca terang untuk perlumbaan MotoGP pada hujung minggu ini.

  18. shahril sidek Avatar

    musim2 ujan ni, kena naik kete.. belah pagi ok skit, kalo blah ptg mmg manjang jer ujan skang..

  19. Kaio Avatar

    musim hujan ni bukan setakat menggangu pergerakan penunggang motosikal sahaja. tetapi kepad pemandu kereta pun bahaya juga sebenarnya. kemalangan mudah terjadi. :)

    *macam mana lah kalau nk ikut sama join event2 macam launching S3 tu eh? *tiba2 je. hhehe!

  20. zyla Avatar

    ^_^.nanti adalh rezeki nk beli kereta tu. hati2 bwk motor musim hjan ni. semoga selamat sntiasa. al maklum laa pemandu kat Mlaysia ni sangat “berhemah”.

  21. peeja Avatar

    hehehe kat penang pun hujan,,pening nk jemur baju kat mane, hostel ni dah penuh dgn sidaian

  22. azriMy Avatar

    kadang2 bila tengok ada motor still jalan time hujan lebat, cam kesian pun ada… selalu jadi mangsa kenderaan lain

  23. Syaz Avatar

    hakikat seorang rider, mmg kalah dengan mother nature.. hahaha.. tapi kalau penting, kadang2 main bawak je motor, just tmbh hati2 je.. :D

  24. aslam Avatar

    pakai baju hujan bro.. hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau lebat sangat bukan takut basah, tapi takut accident dengan kenderaan lain. Macam-macam boleh berlaku