Hugo Boss

Kesan koyak price tag kuning di tepi kotak..

 

ish. tak retilah cerita pasal brand mahal-mahal ni. Sebenarnya macam ni, hari tu adalah menang competition daripada blogger ni. Dapat hadiah perfume Hugo Boss. Bila perfume yang berbalut dalam kertas minyak warna coklat tu sampai kat aku, dengan happynya aku buka lah bungkusan tu..

Yang buat aku musykil tentang originality perfume tu adalah price tag warna kuning yang kita selalu nampak kat kedai runcit, tertera RM29.90 (ke RM39.90?). Aku pun tak ingat sangat dah, yang pasti harganya memang murah sangat untuk perfume brand macam tu. Rasa macam tertipu pun ada. Bila try pulak perfume tu, bau dia tengik semacam. hmm… aku pun simpan balik perfume dalam kotak, cabut price tag tu sebab aku meluat tengok dan campak dalam beg. Malas nak tengok dah.

Ingatkan kalau join competition yang dianjurkan oleh top blogger Malaysia, boleh la dapat hadiah grand-grand sikit. Tapi bila tengok price tag kuning dengan harga yang tertulis macam tu aku macam “LOL WUT??” Kita tengok dia macam classy habis, jadi kita expect la price tag shopping complex yang classy sikit macam dari Isetan KLCC ke apa, kalau ye pun tak nak cabut price tag tu .. Tapi takde. Ntah beli kat kedai mana ntah… Hilang terus hormat aku pada dia.

Tadi chatting dengan si dia tercakap benda ni. Marah betul dia sampai terbawa ke twitter. ehe.. sayang banyak tu.. Jadi itulah, aku nak menceritakan perkara yang sebenar, setelah dekat dua bulan perfume tu dengan aku dan dilupakan begitu sahaja.

Mungkin stok lama, tu sebab murah macam tu. Lepas balik kelas aku check sendiri, memang kotak dia lain. Maksudnya yang ada kat aku tu, mesti stok 2-3 tahun lepas, itupun kalau original lah. Harga yang sepatutnya kat sini adalah dalam RM150.

Orang mungkin akan bertanya, kenapa aku buat entri ni? Nak burukkan top blogger tu ke? Takdelah sampai macam tu, cuma kalau dah buat contest dah janji nak bagi hadiah yang sekian-sekian, pastikanlah orang yang dapat hadiah tu nanti tak terasa tertipu bila dapat hadiah yang diberi. Pastikan hadiah yang diberi tu memang berbaloi dan boleh dia banggakan. Macam untuk kes aku, sebeblum dapat tu nak jugak show off hadiah tempat pertama daripada top blogger ni, tapi bila dah dapat memang rasa frust habis la. Aku pernah gak dapat hadiah lain sebelum ni daripada organizer lain (antarabangsa), dapat cash $100. Lepas aku shopping beli sunglasses jenama Hugo Boss  (ori punya ye..), aku tweet kat organizer tu dan tunjuk apa yang aku buat dengan duit yang dia bagi. Ada kepuasan di situ.

Pernah juga aku terbaca ada kisah seorang lagi top blogger ni. Anjurkan contest, dapat sponsor tapi last-last sponsor tak nak kasi hadiah yang dijanjikan sebab contest tu tak memberi hasil yang dia jangkakan. Jadi top blogger ni pun marah la dan dia macam keberatan nak keluarkan duit dia sendiri untuk gantikan hadiah tadi. Apa yang baca, kedegilan dia sampai dia sanggup umumkan pemenang contest tu tanpa sebarang hadiah sebab dia memang tak nak keluarkan duit dia. Reaksi aku? Sebagai blogger yang berbangga dengan unik trafik dia yang mencecah 3000-4000 sehari, memang blogger ni jenis kedekut tahi hidung masin. Aku tak ingat apa terjadi lepas tu, sebab aku pun naik meluat tengok orang macam tu, tapi kalau tak silap samada ada sponsor lain tampil ataupun dia keluarkanlah jugak duit dia sikit..

Top blogger, terutamanya blogger personal ni memang hidup cari makan disebabkan oleh fan dan pembaca setia. Melainkan kalau blog dia ada niche/bidang tertentu seperti Amanz.my dan lain-lain blog tertentu, mereka memang berhutang budi dengan peminat setia blog mereka. Kalau setahun sekali tabur 10-20% daripada jumlah pendapatan, aku rasa tak salah langsung kat situ. Hidup untuk memberi, bukan untuk menerima sahaja. Jadi berilah seikhlasnya sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang berpanjangan.

Itulah sedikit sebanyak cerita aku dengan Hugo Boss ni..

+ Susu ibu vs susu lembu, berikan pandangan anda.


Posted

in

by

Comments

32 responses to “Hugo Boss”

  1. Piratz Avatar

    sempat lagi promote Amanz ea.. hahaha

  2. titan Avatar

    emm, teringin gak aku tahu sape top blogger tu. Ramai rupanya top blogger kat malaysia nih..

  3. nasslimdiet2 Avatar

    sabau je lah. harap-harap tak berlaku lagi camni. kesian kepada peserta contest

  4. iema Avatar
    iema

    betul la kot hadiah y die nak bg
    hugo boss juz xcakap je bukan ori..
    hihihi…

    sabaq jela noo…

  5. cahaya Avatar

    dulu ayh ada beli perfume hugo boss untuk adik..memang harga dekat rm200 jugak..memang sedap gile bau dia kalau yg ori..tp kalau nk yg murah pon..at least cabutlah tag tu b4 bg pada orang kan…huhu..sabar jelah..

  6. ekspresiruang Avatar

    adeh, payah jugak kalau ada blogger cmni. huhu
    yg penting bg tu biarlah ikhlas, jgn stkt cari populariti dan nampak hebat semata-mata.

  7. dari kelate ke copenhagen Avatar

    Blogger lain yg buat contest&GA kena amik iktibar. Mesti jujur soal hadiah. Kesian kat peserta

  8. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    tau sapa…..
    sungguh… kedek!

  9. naimulfirdaus Avatar

    entahnya kan?
    sampai hati buat macam tu..

  10. aiez Avatar

    hampeh jer bagi hadiah kat orang wat camtu..

  11. Akid azami Avatar
    Akid azami

    ush top blogger tp perangai cenggini.. Apalah dia..

  12. syahrilhafiz Avatar

    adidas sudah, tapi ni terbaik gak. hurmm

  13. NailahAzman Avatar

    Ehem. Dah jadi topik hangat kami bertiga kat Twitter dulu. Kekekeke.

  14. abangensem Avatar

    Yesss… aku dah jumpa entry contest TOP BLOGGER tu. Ada gambar botol Hugo Boss yang ‘sejibik’ dengan gambo yang kat atas tu..

  15. abangensem Avatar

    Akukah ‘TOP BLOGGER’ itu?? heh heh heh.. mungkin tidak.. sebab setahu aku jantinanya berbeza dari aku. Ye tak Ariff??

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. siapalah dia.. ye. lain jantina.

  16. Haz Avatar

    nasib badan..
    bersabar je la..

  17. Azuan Avatar

    Dah agak dah sape top blogger tu.. mmg ingat hadiah Hugo Boss ni.. kalu dah mcm tu, mmg x berbaloi.. sabar jer lah..

  18. Nadya Avatar

    Tu diaaaa..Apsal le sampai hati bagi hadiah macam tu..
    Jatuh reputasi si beg LV ni

  19. zul Avatar

    ariff…kalau harga RM39.90 tu biasanya yang saiz mini tu…ermmm agak2 la kalau nak bagi hadiah pun jangan la bagi yang fake nyer…

    1. ariff Avatar
      ariff

      kalau size mini yang ori harga ~150..

  20. wannz Avatar

    cuba goncang..kalau buih tu lama baru nak pecah..ori ler tu..kalau cepat..sah tak ori..

  21. blogger addict Avatar

    hehehehehe..perfume beli kat uptown jer tue..

  22. Ikhwan Avatar

    Siapa top blogger Malaysia tersebut?
    Jeng jeng jeng..

    1. Affan Ruslan Avatar

      hehe. aku dapat agak.
      tapi perlu ke buat entry?

      1. ariff Avatar
        ariff

        Erm.. Entry sesaje.. Pada aku kalau dah buat contest tu, eloklah ikhlas sikit bab hadiah. Pastikan orang dapat apa yang kita dah janjikan..

      2. Ikhwan Avatar

        Affan, aku rasa tak perlulah sampai nak buat entri. Jangan keruhkan keadaan. Nanti bergaduh pula.

        Buat bro Ariff, harap bersabar. Mungkin time tu dia tengah sengkek.

        P/s : Dah tahu siapa mana :)

  23. Lord Zara Avatar

    hehehe.
    masa si dia kamu tu tweet kat timeline, aku terus dapat agak mesti dari blogger tu walaupun aku lupa post kau yang mana ada tulis pasal hadiah tu (dan aku Google balik cari sebab aku pernah comment)

    :)

    Kalau benda lama, adakah dah disimpan, dan tak digunakan, kira recycle bagi? =.= ataupun kalau fake perfume, er, apa nak cakap eh? Benda tu bukan mahal sangat pun, dan bukanlah hadiah tu penting sangat, cuma mungkin sebab patut deserve something better (as been promised), tetiba dapat yang menaikkan kemarahan.

    Memanglah tak patut kan?
    Takpe. Sabar. Nanti beli sendiri je. Aku punya Hugo Boss pun dah kering. Kena tunggu ada sale nanti, baru hunt for it.

    :)

  24. azwan Avatar

    beli kat pasar malam kot??

  25. GREEN APPLE KU Avatar

    Arwah hubby peminat HUGO BOSS. Kotak warna silver, kegemarannya. Em..tak pernah pula tengok kotak warna hijau nih. Koleksi HUGO BOSS yg terbaru ker? Hehe..sabarlah awak..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kotak hijau ni rasanya yang edisi lama. Masih ada dalam pasaran, tapi tak popular mana..