Homestay Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur

Reading Time: 2 minutes

Kepada yang nak stay lama sikit di Kuala Lumpur, lebih spesifik dalam kawasan Damansara, bolehlah menetap di Homestay in-laws saya yang terletak di Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur.

Kadar serendah RM300 semalam untuk 1 unit rumah 3 bilik 2 bilik air. Kalau family besar boleh ambil terus dua unit (RM600/malam) dengan kapasiti 10 – 14 orang.

Kg Sg Penchala ni berjirankan Mont Kiara, Hartamas, Taman Tun Dr Ismail, Sri Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara dan Bandar Utama. Akses melalui Lebuhraya Sprint Penchala Link, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) atau Jalan Datuk Sulaiman dari TTDI. Memang strategik.

homestay-damansara

homestay-ttdi

homestay-kl

Homestay berhadapan masjid, jadi Insya Allah ya tuan puan boleh jumpa saya kat masjid. Kalau nak makan boleh singgah ke restoren Sambal Hijau yang sememangnya popular di sini. Kalau makan malam ada Muhibbah Seafood Restaurant, pun popular jugak kat sini.

Kalau ada sesiapa nak datang KL dan menetap lama sikit, bolehlah singgah ke homestay ni. Keselesaan terjamin pada kadar yang sangat berpatutan. Boleh layari laman Homestay KL Villa Maarof untuk tempahan dan maklumat lanjut.


Posted

in

by

Comments

7 responses to “Homestay Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur”

  1. amirul Avatar
    amirul

    Wooww wajib pergi ni…..

  2. Amir Avatar

    kampung sungai penchala..lupa plak nama iklan tv yang ada dialog ni :)

  3. Izzah Avatar

    cantik tempatnya. boleh la try pergi nt..

  4. Aya Avatar

    Tempat yang menarik.. boleh dicuba.. :)

  5. akubiomed Avatar

    Tempat strategik dekat dengan Ikea, The Curve dan One Utama.

  6. eyriqazz Avatar

    Cantik juga homestay ni..berapa parking ada bro?

    1. Ariff Avatar

      Parking dalam pagar rumah ada dua. Kalau lebih kereta, boleh park tepi jalan depan rumah. Kalau penuh, depan ada tanah lapang, or park kat masjid