Sampai rumah, cari kucing dulu. Gemok dah Moshi ni.. Bangun pagi tadi hilang dah dia, macam biasa pegi merayau. Semalam hujan lebat, duduk dalam rumah tido je.
Dulu saya ada menang hadiah daripada Airbus. Inilah hadiahnya. Model kapal terbang sebenar Airbus A350XWB berskala 1/400. woott!! AirAsia ada menempah kapal terbang ni (sebanyak 10 buat pada masa ini) tapi hanya akan sampai ke Malaysia menjelang 2017. Sekarang, Airbus A350XWB pada peringkat akhir ujian.
Juga biografi Steve Jobs oleh Walter Isaacson yang dibeli dari Ebay. Tak taulah bila boleh start dan habiskan pembacaan buku ni. Lepas ni nak cari A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir. Banyak yang boleh dipelajari daripada tokoh-tokoh ini.
Dan juga tshirt yang dikumpulkan sejak setahun setengah. Ada yang dibeli, ada yang dapat free. Tak payah shopping baju.
Masih tak terlambat untuk saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya hingga ke tempat pertama Upcoming Blogger of the Year award. Keputusan telah diumumkan dan saya telah memenangi award tersebut. Walau bagaimanapun, malam penyampaian anugerah tersebut telah ditangguhkan (tarikh baru masih belum diumumkan).
Tahniah juga kepada encik sponsor kerana menang Best of the Best Blog of the Year!
27 Comments
Ahmad Hati
18 February, 2012 at 5:10 pmTahniah di atas kemenangan “Upcoming Blogger of the Year award”
titan
18 February, 2012 at 10:55 amaku dah agak. kalau ko masuk kategori tu..ko leh menang punya. Haha..
Ekspresi Ruang
18 February, 2012 at 7:20 amtahniah atas kemenangan tersebut.
bertambah lagi la award dlm resume bro lps ni.
bley buat modal utk apply kerja tu sub government yg anjur. hehe
adeeya
17 February, 2012 at 8:35 pmomg besarnya kucing :O
nurmisnan
17 February, 2012 at 7:19 pmKucing tuh macam mana? kau bawak balik ke brother?
Ariff
18 February, 2012 at 2:11 amtakdelah. tinggalkan kat sana.
namee roslan
17 February, 2012 at 5:33 pmcomelnya Moshi. dulu ada kucing colour macam tu tapi dah mati kena patuk ular. arwah dah. btw, welcome home. tshirt tu taknak buat GA ke?? :p…cop yang paling kanan, the white shirt. haha
Ariff
18 February, 2012 at 1:50 amtshirt tu size xs. tadi try… alamak! fit habis. nampak six pack. rasanya perempuan sesuai lah sebab badan kecik. akan dipertimbangkan untuk giveaway. hehe
Sya Isya
17 February, 2012 at 1:50 pmgedebab sungguh itu Moshi. Tu memang cukup makan tidur tu :D
asya
17 February, 2012 at 12:32 pmTahniah for the award !!!!!
Balik Malaysia je ariff langkah kaki kanan ye? hihi Dah rezeki awaklah tu :)
NIZAM
17 February, 2012 at 11:05 amKucing tu comel sangat. model kapal terbang pun best! buku steve jobs tu teringin nak beli tp entah. kureng la bab biografi ni. hehe. :))
azmanisma
17 February, 2012 at 10:07 amHohoho dah sampai dah Msia…
syazana sani
17 February, 2012 at 9:56 amwoawww . best lah dapat adiah . untung lah~ *tirugayabudakbudakskunk*
kucing itu sangat comel . mesti betina =)
Noriz
17 February, 2012 at 8:36 amlegaaaa smpai rumah kan… mesti trus cari bantal busuk…hehe
cute tul Gemok tu!
eh, tak tahu lak model kapalterbang tu exclusive ek sbb husben dpt 3 ketul dulu kwn bagi, kejap je hero akak jahanamkan…huhu
sukacuka
16 February, 2012 at 11:52 pmSelamat pulang bro.
Denaihati
16 February, 2012 at 9:07 pmwelcome home bro.
Piratz
16 February, 2012 at 7:48 pmDah boleh ajak lepak dah la camni…. hahaha…
namia
16 February, 2012 at 6:59 pmwelcome back Ariff Shah ..
mesti banyak perancangan kan bila dah sampai rumah …..
:)
akubiomed
16 February, 2012 at 5:46 pmBro tanya sikit apakah nasib kucing yang bro bela dekat Rusia tuh?
imran
16 February, 2012 at 4:17 pmWah, bestnya berada kat rumah sendiri! dan bertambah best lagi menang award tu. Congratulation, You deserve it Bro!
Izwan
16 February, 2012 at 4:11 pmeh,kucing kat rusia kena tinggal ke? :lol:
Ariff
16 February, 2012 at 4:23 pmtakde orang nak sponser tiket
LynnAiza
16 February, 2012 at 9:25 pmalahhh. tinggal ke kucing Rusia tu? siannye.T_T
LawrenceVision
16 February, 2012 at 4:00 pmWow banyaknya koleksi baju..minta satu ariff haha. Apapun model kapal terbang tu memang terbaikla. Buku steve j tu pernah pegang je masa jalan dengan kengkawan tetapi tak terfikir nak beli hehe
KNizam
16 February, 2012 at 3:21 pmwelcome back! hehe :)
Ariff
16 February, 2012 at 3:23 pmbila bro balik?
Adib
16 February, 2012 at 3:15 pmsaya dah baca buku doctor in the house tu..cuma nak baca buku steve jobs plak tapi tak kesempatan nak beli lagi..apa2 hal pun cantik model airbus tu..buat pameran best tu