Saya mula melakukan aktiviti ini sejak di bangku sekolah lagi. Tiap-tiap pagi memang tak boleh miss punya. Kalau tak buat, kat class nanti mesti budak perempuan pandang-pandang sambil tersenyum sinis. ish..
Sekarang pulak lain cerita. Kalau tak buat benda ni setiap pagi, pergi kerja mesti boss pandang pelik je. Silap-silap kalau bertembung dengan CEO company, mesti kena tegur punya. Tak boleh.. Kena pastikan aktiviti yang dah jadi rutin hidup selama lebih daripada lima tahun ni diteruskan setiap hari.
Jangan fikir yang bukan-bukan ye. Tajuk ni takde kaitan pun dengan sesuatu yang kotor. Sebenarnya saya sedang bercakap tentang bercukur. Yes, tiap-tiap hari kena bercukur. Kalau tak, rasa macam ada yang tak kena dalam hidup.
Saya boleh dikategorikan sebagai lelaki yang ‘bertuah’ kerana mempunyai facial hair, tak macam lelaki muka jambu a la ahli kumpulan k-pop. Tak macho langsung! Kalau ada facial hair, barulah maskulin.
George Clooney – Macho habis
Kyuhyun (Super Junior) – muka macam perempuan
Tapi sebenarnya bercukur bukan semata-mata nak kasi nampak smart. Kadang-kadang bila dihayati betul-betul, rasa best jugak bercukur waktu pagi ni. Cuba fikirkan kejap, dalam sehari hidup seorang lelaki ni, bila masa je dia nak pandang dan cermin diri dia sendiri melainkan masa bercukur?
Keluar je bilik mandi, dah sibuk dengan hal lain dalam dunia; kerja, awek, loan rumah, loan kereta, traffic jam, lunch, dinner, bola sepak dan macam-macam lagi. Berbeza dengan perempuan sebab perempuan ni kadang-kadang macam terlebih pulak membelek diri sendiri. Ada tu pantang jumpa cermin, mesti ada je benda yang nak dibetulkan :p
Jadi bercukur ni pada saya adalah waktu untuk ‘black out’ daripada dunia yang nyata berhadapan dengan diri saya sendiri. Waktu macam nilah saya boleh reflect balik apa yang saya dah buat, bagaimana pembawaan diri saya dan apa-apa sahaja tentang sendiri yang boleh diperbaiki. Rasa macam duduk bertapa dalam gua pun ada. hahaha..
Baru je bertukar kepada pencukur elektrik jenama Philips daripada pencukur biasa. Dulu memang batak habis la guna shaver biasa. Satu masalah besar masa guna pencukur biasa dulu ialah luka semasa bercukur. Stress betul.

Kadang-kadang sampai bercalar muka dek kerana pisau cukur tradisional. Memang terfikir nak tukar kepada pencukur elektrik, tapi tak sanggup nak keluarkan bajet. Nasib baik Philips kasi saya cuba alat pencukur elektrik mereka.
Selepas bertukar kepada pencukur baru, masalah luka yang saya hadapi sebelum ni takde dah. Dah tak cedera lagi pagi-pagi. Sekarang nak bercukur tak perlu risau lagi sebab tau alat pencukur elektrik ni selamat digunakan.
Let’s just say saya akan lebih menghayati 10 minit waktu keemasan saya setiap pagi selepas ini. Ye, tak lama pun. 10 minit je. Lama-lama nanti dah mengalahkan perempuan pulak.

hehe.. nak jugak letak

Comments
71 responses to “Hobi Di Waktu Pagi #philips50shaves”
Hehe..terasa jugak nak hensem mcm ariff ni..tapi rasanya pelik jer kalau sy tak ada misai..hehe..gud luck yer…Gambar last tu, memang nampak smart dah penuh keyakinan diri..hehe
bercukur.. No komen. :-)
Bercukur adalah hobi? Bagi saya, ia adalah keperluan. Kalau tak rupe penagih siot!
Sama la tu kan? hahaha
good luck ye.. nnt k sha tolong undi ariff
kot2 kak sha boleh menang set philips tu utk my hubby..hehehehe
cer senyum sikit.. heheee.. baru tak nampak jambu :)
shhh…malangnya aku dikategorikan sebagai lelaki yg takde facial hair.. adakah aku jambu??
Confirm jambu
wa…boleh jadi blogger maskulin la mcm ni hehe
hubby mmg shave 2 kali sehari. dah tau hari shave dia haaah mandi la awl2, sbb bila dia masuk lps 40minit br kuar hehe…
Lamanya dia shave
ohh..ada motfi rupanya. haha..
wah jambu habis..
Dah jadi versi Alex Yoong plak.. hehehe
nampak kemas dan bergaya gitu. :)
k-pop? oh, saya tak layan, maaf.
ingat apalah hobi dipagi hari…kekekke…
kena shave setiap pagi ke?
Still underage….. misai pon x de agy…..
ok. handsome. macam alex yoong.
dah dkt 2 bulan xshave. bulan 11 sbb saja nk support Movember. skg bila tgk balik muka dah macam hero filem 300, rasa sayang lak nak shave. haha
Mmg macho abisla lepas ni
hoho..letak juga gambar tu yang tak tahann..mesti ramai cikgu-cikgu muda sangkut nih..
Saya mula melakukan aktiviti ini sejak di bangku sekolah lagi. Saya tak cukur muka ….. saya cukur bulu roma.
Darjah enam : pegi sekolah pakai seluar pendek. Duduk pula sebelah pelajar perempuan. Tak sudahnya cukur bulu peha / betis. Tapi skrg sudah pakai seluar panjang, Tak perlu mencukur pada tempat yg tak sepatutnya lagi.
memang smart dan lebih selamat guna shaver elektrik ni kot, takde luka-luka kan..
ok la jaga kebersihan and look smart selalu…kalau bersomet panjang berjela sampai minum air pun basah, makan sampai nasi pun lekat kat sana..ieee tak kuasa,, sorry siapa terasa..ampun kan hamba..
Jambu…hahaha..abisla bro kalau geng2 gay nampak gambar ni….
Sementara bujang tu, tak ngapalah nak bercukur setiap hari. Jadi macam suami, cukurnya bila pagi Jumaat jer. Selebihnya, biaq pi. Tapi biasanya bila dah tak selesa sendiri, faham-fahamlah. Kumis tu tak boleh buang. Pelik jadinya. Cuma kat bahagian jambang tu kena jaga.
*Yang lebih macho tu Sylvester Stallone, dia pakai pisau Rambo untuk cukur(maaf kalau salah eja)
dulu masa camping kat hutan, selalu je nampak brader2 askar cukur camtu. Dah la tak guna shaving foam. Kental habis.
Ada orang memang nampak pelik kalau cukur bersih. Tak boleh tidak, kena ada misai jugak
Pakai mesin cukur lain rasanya kerana ada rasa gegaran berbanding pisau cukur dan tak perlu bimbang akan terluka.:-)
Bercukur ni mmg layan habis….tapi kena ada teknik yg betul -jgn lawan arus hehehe…
Cuma kalau bangun lambat nak pergi keje, memang tak ikut arus dah. Main bantai je.. habis bercalar muka
sama lah setiap hari kena cukur muka, kalau tak mesti tak nampak jambu dah :p
setuju dgn bro…..saya pun pagi2 mesti bercukur…..but not everyday……selang 2/3 hari……everything kena nampak smart baru la ada konfiden…..hu3
Adess! Nak beriklan rupanyer.. Kih3
Betul tu. Saya stju dgn anda. lelaki mmg xde masa nak tgk cermin. Sy bercukur xde la setiap hari . Bila rasa dah tajam misai nie baru cari pisau cukur hehehe.. Tp x mampu lagi nak pakai yang elektrik .
Malu kot bila luka time bercukur. Hahaha
Ariff, awk nampak berisi dlm gambar tu.. Yelah dok ngan mak kan.. Mkn minum terjaga.
perrggghhh. macho ar bro. lg macho drp clooneytu
Bagus la ada facial hair boleh style =) I pulak kena tunggu masa yang lebih panjang untuk style it kadang kala ;p Tapi jimat time untuk shave tiap tiap hari bagus lah haha.
ngeh3 .. menngalahkn perempuan ye bro?
gambar last tu mmg x ley blah .. pkai kot, mmg da rupa mcm slh sorang BOD taw ..
aku bercukur sebulan sekali.. biasa cukur buang misai je pastu betulkan sikit2 janggut..
awal2 dulu sebulan sekali jugak, lepas tu 2 minggu sekali, seminggu sekali, last-last jadi hari-hari
dah makin dewasa memang macam tu la, rimas bila tak buang sehari.. :)
mesti nak kena shaving punye, tapi bkn tiap2 hari :)
masa mula2 tumbuh facial hair, aku shave tak kemas guna shaver biasa, padahnya misai belah kanan lagi tebal dari belah kiri..nak cover malu punya pasal, terpaksa shave sekerap yang mungkin..haha
gambar last tu pakai baju putih macam gambar budak sekolah ambil gambar untuk majalah sekolah jer.
ala2 ketua pengawas pun ada :)
Hahaha… dulu kat sekolah memang tak layak la jadi pengawas
tak pernah nampak misai pun…??
ko memang ada misai ke..tak pernah nmpak pun
dah tiap2 hari shave. Kalau jumpa face to face, nampak la sikit2. dalam gambar je nampak jambu kot..
Ada pencabar disini rupanya…..
Eh mcm xpernah nampak muka mu ada janggut or misai. Ke bro kena usha dengan lebih dekat, baru nampak?
Kita shave bersih everyday, memang tak nampak.
Pencabar? Takdelah sangat. Ramai orang hebat dalam kempen ni
menari ah sikit.. hehe
Menari?? memang tak boleh la. Kayu habis
Ariff, cuba lu bela rambut macam artis k-pop tu… tengok apa jadi..hehheeee
Nanti gua try
heeee, baguslah.tapi takkan sampai hari2 pulak. rajin! :)
Kena hari-hari. Kalau tak nampak macam orang mati bini pulak
Muka lu pun dah macam muka artis k-pop la.
Betul tu… setuju dengan pandangan abg ensem
serius tak melukakan?? wah.. aku nak kena beli lah
Selamat pagi,
sesibuk mana pun kita, pasti ada masa untuk reflect diri… terutama kekemasan diri. nice pic bro!
Muke kau cam budak sekolah menegah pun ade…tambah pulak dengan kameja putih tu..hahaha
saje nak feeling muda sikit
takpe
bulu lebih kenala buang
woo….boleh jadi model “schick” ni…!
tgk gmbr ni lama2 boleh tak boleh tido mlm kang. kalau boleh tido, termimpi2 =P
Bahaya tu kalau termimpi-mimpi
bila dah jadi rutin harian bila tak buat akan rasa yang kurang …
lain orang lain tabiatnya… mak saya tanya ariff ni orang melayu ker … kihkihkih
hahaha… nampak macam mat saleh ke?
*rolls eyes* org jawa yang tak pernah makan makanan jawa.
credit lah sikit photographer gambar jambu you..cis..you dh beli domain name tu…re-direct it.
Yes ma’am
Hensem Abe Ariff kita. :D