Hidup Seorang Blogger

Reading Time: 3 minutes

Bila gathering, makan. Bila makan, gathering.

Dah seminggu kat bumi Russia ni. Rasanya aku perlu belajar untuk tidak membenci kehidupan aku di sini. Yelah, kalau bukan sebab aku kat sini, aku takkan jadi seorang blogger dan kalau aku bukan seorang blogger, aku takkan jumpa kekasih hati aku. Ya, disebabkan blog.ariff inilah aku bertemu dengan si dia. Satu lagi cerita yang boleh dikongsi, tapi… nantilah ye. Ini cerita tentang hidup aku sebagai seorang blogger sepanjang cuti musim panas hari tu.

Aku ni blogger biasa je, cuma mungkin penulisan aku kena dengan jiwa ramai orang dan secara tidak langsung menaikkan nama aku sikit. Pada hakikatnya aku orang biasa dan mungkin pemalu kalau baru berkenalan. Tak percaya tanyalah orang yang pernah jumpa aku. Pada aku, pembaca dan blogger lain adalah kawan dan aku tak minat sangat guna perkataan peminat. Aku orang biasa je.

Berharap lepas ni ada lagi yang lain macam Joegrimjow, semangat giler nak buat gathering

Balik cuti musim panas hari tu, pergi ke gathering blogger. Agak bertuah time tu sebab ada brader Joegrimjow yang mempelopori aktiviti gathering ni. Aku tabik lah sama blogger ni. Joe adalah seorang usahawan Herbalife yang berjaya, dan dengan menjadi seorang blogger aku nampak macam mana dia dapat kembangkan perniagaan dia. Dia dapat ramai kenalan, rakan dan contacts melalui blognya dan dari situ lagi banyak peluang perniagaan timbul. Satu contoh penggunaan blog yang efektif untuk menjana pendapatan tanpa berharap pada syarikat pengiklanan semata-mata.

Disebabkan aku ni takde lesen (ya aku tau ini sesuatu yang memang melampau) jadi pergerakan aku ke sana ke mari agak terbatas. Pernah ketinggalan beberapa event disebabkan kekurangan ini (rugi!). Disebabkan itu, aku berkenalan dengan Syahirul, jiran satu USJ pelajar lepasan Diploma Kejuruteraan Awam. Kenal masa nak pergi gathering Geng Blogger pertama di Putrajaya dulu. Sebenarnya aku dengar pasal dia melalui blog Killvearn dia dulu, tapi masa tu sebab blog aku ditulis dalam bahasa Inggeris, memang takde orang kenal aku langsung. Jadi sejak daripada itu, kalau ada apa-apa event mana-mana, memang aku pergi dengan Syah ni. Sampaikan melekat gelaran sebagai driver aku. Adeh. Tapi tu semua gelaran mesra jelah, dia tetap seorang kawan yang baik.

Syah – driver, photographer, kawan baik. Oh ada Bro Framestone kat belakang dia.

Syah ni peramah habis, jadi kebanyakan blogger yang dia kenal dan jumpa aku kenal gak. Senang sikit kerja aku. Kalau aku sorang-sorang alamat sampai bila-bilalah susah nak berkenalan dengan orang lain. Ya, itu memang kelemahan aku. Tak boleh buat apa dah. Ramai yang aku dah jumpa, daripada fulltime blogger macam Justkhai kepada blogger-blogger yang lain macam Nursarah Puteri Biru yang agak underground. Dalam diam, aku ada juga kenal beberapa fulltime blogger yang lain, tapi tak pernah cerita kat orang atas sebab menjaga privasi.

Lepas tu, tak taulah entah macam mana aku boleh melekat dengan Ayong, Eny, Een, Paeh, Hanz, Aman, kadang-kadang Blowie dan kalau sampai seru Mr. Piratz pun ada. Rasanya start lepas mandi kat Sungai Gabai kot.. Lepas tu mulalah pengembaraan gila-gila kitorang. Merata gak pergi, hujan panas basah kering bersama. huh. Boleh kata memang enjoy gaklah ngan diorang. Entri-entri aku sebelum ni dah cerita banyak pasal tu. Dalam pada tu ada gak join Azizan Kadir dan geng dia Chaon & Yus. Diorang ni minat dua benda, bowling ngan karaoke. fuh.. bulan puasa pun boleh pergi bantai main bowling 9 game. Lepas bowling karaoke.

Blogging sebagai kerjaya, benda ni kena tengok tiap-tiap hari

Hidup aku sebagai seorang blogger ni.. macam orang bekerja gak. Aku anggap blogging ni sebagai kerjaya. Kerja sendiri. Kerja sendiri ni seronok, kita tak perlu ikut tunjuk kata orang lain. Lagi banyak usaha kita curahkan dengan cara yang betul, lagi banyak hasil dia. Alhamdulillah, dalam nak sampai setahun aku berblogging ni, aku dah boleh dapat pendapatan tetap dari sini. Tak pernah terfikir pun boleh sampai ke tahap ini, tapi kalau kita buat sesuatu atas dasar minat dan luangkan banyak masa pada benda tu, tak mustahil ia boleh jadi sebuah cerita kejayaan.

Aku buat ramai kawan dalam dunia blogging ni. Mungkin juga ramai musuh dalam tak sedar. Tak terniat pun nak bermusuh atau bermasam muka dengan sesiapa. Kadang-kadang yelah, ada je tersalah cakap. Kalau tak salah cakap, tersalah faham dengan penulisan kita. Manusia ni tak sama semuanya, jadi benda-benda ni tak boleh dielakkan. Kalau ada yang berkecil hati dengan apa yang aku coretkan kat sini, ampun maaf banyak-banyak aku minta. I’m just silly and stupid at times.

Cerita pasal dia? hm.. satu kenangan best, teringat lagi time berbalas-balas pantun kat forum Geng Blogger dulu. fuh.. siapa yang ada time tu, taulah. Cerita kami panjang.. mungkin lain masa, lain waktu, lain entry kot.

– Gambar dari page Facebook syahirul.com

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

51 responses to “Hidup Seorang Blogger”

  1. fendy Avatar
    fendy

    best2..

  2. fendy Avatar
    fendy

    best siot tgk korg…haha…bila la nk gathering dgn blogger2 ni….

  3. slimdiet2 Avatar

    aku teringin gak nak ada personel blog. tapi masa tak mengizinkan lagi. tahniah bro, blog yang menarik

  4. MIEYRA Avatar

    alo alo cian ko….xde kete ek?tahun dpn aku ade kete ko tumpang aku plak.hahaha.aku pun same pemalu.so lebih senang smpn sndiri je.sal tu aku cube2 wt blog ni.tp kna luangkn lbh mse ckitl pasni.mane nak cari mase ni…huhu.kerja banyak je memanjang.minggu dpn meeting plak.adoi…

  5. Pojie Avatar

    i want to be like u…. heheheheh

    1. ariff Avatar
      ariff

      ish.. be yourself. why be someone else?

  6. arrizz Avatar
    arrizz

    waa, best2..nak berjaya macam ko gak..hehe

  7. mas Avatar

    sronok bace blog adek neh. keep it up.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks mas =)

  8. syahrilhafiz Avatar

    wah kan best dapat bermesra2 macam ni..
    kerjaya , blogging, belajar..
    semua tu boleh buat kan…=)

  9. wai Avatar

    yelah…tunggu netry bunge2…

    tp sajak yg AS bg kat FA tu pun dh shweet laa

  10. syahirul Avatar

    ko ni buat aku tersipu2 malu derr… hahaha.. jumpa la next year or next 2 years…

    nanti ko balik malaysia bawak anak hasil ko ngan awek blogger tu eh :) hehehe… pastikan kawen dulu :)

  11. eykameow Avatar

    tak sabar nak tggu entry bunga-bunga :)

  12. cik yuki Avatar

    huhu sme la kite.~
    wlpn ad yg ajk g gathering tp masih malu2 lagi..
    hihihi

  13. eyriqazz Avatar

    bro memang blogger unik..nice knowing u bro…n good luck ..

    1. ariff Avatar
      ariff

      heh. thanks bro =)

  14. Anwar Osman Avatar

    pengalaman yang indah mmg sukar dilupakan dan akan segar selamanya dlm ingatan. semoga selalu beroleh teman-teman yang best-best. good luck.

  15. diriku Avatar

    smoga terus berblogging..he2

  16. zool Avatar

    tu le tak sangka plak kau penah bermastautin di negeri Melaka..
    Nanti aku anto air Long Chan satu botol kat RUssia.. huhuhuh

  17. Ain Avatar

    satu benda yg sgt saya perasan.
    ariff da BBC=bunga2 chenta.
    semoga bahagia sentiasa.
    hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      bila dah jumpa orang yang sesuai, benda ni memang dah tak boleh elak. haha~

  18. azurie_zue Avatar
    azurie_zue

    berkawan biar beribu.bercinta biar satu. ;)

  19. amar haziq Avatar

    aku setuju dengan arif..hopefully satu hari nanti aku boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan arif;)

  20. cEro Avatar

    apa-apa pon, ariff shah mmg thumb up!!

  21. aYaz Avatar

    wah..berjayanya anda..
    ape pun,teruskan usaha..semoga berjaya..
    ^_^

    jom intai masam-manis

  22. Bro Framestone Avatar

    mu check static blog pakai ape ek.. PM bro ek

  23. Bro Framestone Avatar

    awat pic bro di blocking… nie bukan takat driver.. dah cam body guard je kan he…23x

    pe2 pun ariff bukan seorang yg pemalu ek kenkawan.. xpercaya.. try bawak g gabai huhuh….

    sure terkuar kemaluannya.. awek2 keliling siap dok keliling nk tgok die mengelongsor huhuhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. ye ke awek keliling usha? tak perasan langsung. seronok giler kot main gelongsor. haha~

  24. L.Y.N.N Avatar

    seriusss mmg xsabar tggu ‘arifida’.story!!
    oh..so sweettt la chenta blogger!hihihih

  25. Denaihati Avatar
    Denaihati

    Thank you bro I learn a lot from your blog

  26. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    wah hebat…mmg best bila jadi blogger ni sebab ramai kenalan…bila agaknya aku nak sampai tahap ko ariff

  27. Faizal Avatar

    hehe sonok aku tengok korang berdua ni. makin byk idea nak blog. sorang blog, sorang reply. sorang reply, sorang lagi blog.

    gembira tengok orang lain bahagia :)

    btw, aku kagum dengan blogger2 berjaya macam ko, joe, dan lain-lain. tabik hormat!

  28. Fitrihadi.com Avatar

    what a wonderful world… ermm

  29. ery farieha Avatar

    tak sabar tunggu cerita dengan si dia tu

    hehehehhe

  30. hanisaleeya Avatar

    hidup seorang blogger akan jadi meriah bila ada usaha memeriahkannya. kalau tak sunyilah duduk seorang diri.

  31. AyongQiela Avatar

    ariff, ade hikmah disebalik kte semua rapat kn? heee. and ktorang gak yg tahu perangai in and out u. hehehe.

    btw, tak pernah sangka akan dapat kawan mcm korang, and am really glad and appriciate itt. :D

    <333

    friends forever.

    ps; minggu ni dorang nk dtg umah, makan2, main bunga api n mercun, then the next day nk g congkak, jgn jeles yeee. hik2~ :P

  32. nursarah puteri biru Avatar

    eh.eh. ada nama aku gak eh. mmg underground pun. blog carca marba je, hehe. sebab blog. kenal ramai sangat kawan. walaupun jauh di mata tapi dekat di blog n FB. tetap best kan?

    haaaa. bab balas pantun kat GB dulu mmg kenangan la. antara si dia dan ko. aku join, joe pun join. siapa tah lagi ek. haha. takleh lupa

  33. Lord Zara Avatar

    Hahaha.

    Kenal aku?
    Haip! Ni yang babap si Ariff ni. :)
    Terima kasih atas kad raya kau tu. Gila sempoi kau tulis, siap cancel2 lagi bila salah alamat aku kan?

    Hahaha.

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. memang ramai aku tak tulis. takpe zara, ko tetap di hati aku. haha~

      eh jap. buku nota tu dapat x?
      haa… sekarang baru ko tau macam mana punya ‘artistik’ tulisan aku.
      dan ya, kalau tulis pun memang banyak salah. hahaha~

  34. joegrimjow Avatar

    wahaa, ada featured herbalife disitu. hoho. thx u thx u

    ko balik tahun depan, ku mesti dah pakai merc
    aceceeh
    =)

  35. joegrimjow Avatar

    gadis blog
    ekeke

  36. tarmizishukri Avatar

    kat kuching xde ke nk buat gathering?

  37. eyra Avatar

    ok malas baca. takde nama aku sbb aku bukan geng bff dah. ekkekeke *ayat tacing

    1. ariff Avatar
      ariff

      ah ko.

      1. eyra Avatar

        betul lah. kan?

  38. paeh Avatar

    nice. blogging sangat sempoi. ada ke member aku kata duk depan komputer cam takbest. maksud aku blogging tu tak best… tak patut kan

  39. Azah Avatar

    lawan een ke?
    hehe… x pela.. dapat kawan melalui blog, aku rasa better.. sbb blogger biasanya tunjuk siapa diri mereka yg sebenar.. i mean.. apa yg ada dalam hati seorg blogger, benda tu la yg dia tulis..
    so.. kawan dengan blogger lagi best dari kawan dengan org yg x tau ikhlas ke x nak kawan ngan kita..

  40. serol Avatar

    siapa kata jd blogger tak best? :D tp setuju sgt2, minat kena ada. kalau tak buat apa pun tak kemana

  41. Piratz Avatar

    pasal aku takde ke? hahhaa.. gile mencapap jap…

  42. eesyaheera Avatar

    dapat gf pun dari dunia blogging. memang kau kena sayang blog kau ni. hehe