Hidup Dengan Duit Supaya Mudah Mendapat Kejayaan

Dengan duit kita boleh dapat hampir apa sahaja dalam dunia ni, betul tak? Tapi jangan pula anda silap faham dengan perkataan ‘duit’ yang aku maksudkan ini. Sebenarnya duit yang aku maksudkan membawa pengertian yang lebih panjang, malah takde kaitan langsung dengan duit (instrumen pertukaran nilai yang kita gunakan setiap hari).

To tell you the truth, aku percaya duit ni sejak dari bangku sekolah lagi. Malah, itulah sebenarnya rahsia kejayaan aku dalam mengumpulkan banyak A untuk peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. I’m not that smart. For every A I achieved, I worked hard for it.

Doa

Doa adalah pemula usaha. Bila berdoa, kita berniat untuk melakukan/mendapatkan sesuatu. Bila ada niat, kita mula merancang ke arah mencapai matlamat tadi.

Doa juga menyedarkan kita tentang kita hanyalah manusia lemah yang sentiasa memerlukan bantuan Tuhan.

Usaha

Usaha adalah apa yang kita lakukan untuk mencapai matlamat tadi. Kalau nak sesuatu, kenalah bekerja untuk mendapatkannya, betul tak? Kita bukan anak raja, minta sesuatu terus boleh dapat. Jadi usaha itu satu kemestian.

Ikhtiar

Ikhtiar bukan setakat usaha, malah berganda-ganda lagi usaha. Nak tahu kita ni berikhtiar ke tak, senang je. Bandingkan dengan orang lain yang menginginkan benda sama. Adakah mereka berusaha lebih daripada kita? Kalau kilta berusaha lebih daripada mereka, maka itu adalah ikhtiar.

‘Berusaha lebih’ tak semestinya ‘lebih keras’ atau ‘lebih masa’. Boleh jagi ‘lebih efisyen’ atau mungkin ‘lebih efektif’.

Tawakal

Tawakal itu kembali kepada Tuhan. Berdoa dan berserah. Kadangkala apa yang kita ikhtiarkan tak semestinya boleh dapat on time. Orang cakap bukan rezeki, belum sampai masanya.

Bila dah tawakal, walaupun gagal kita tahu kita dah lakukan yang terbaik. Oleh itu, kegagalan tersebut tak menjadi penghalang untuk kita berusaha mencapai cita-cita dan impian lain.

There you go. Itu rahsia aku.


Posted

in

by

Comments

29 responses to “Hidup Dengan Duit Supaya Mudah Mendapat Kejayaan”

  1. Tian Chad Avatar

    Macam Law of Attraction jer =) Nice one ar

  2. Izwan Avatar

    ni tip basic yang diajar sejak dari sekolah lagi.. :)

  3. bluedianthus Avatar

    Hmm..kalau rokok tu letak RM50 lagi bagus..hehe..
    Kalau nak banned rokok ni tak boleh juga sebab kerajaan tak dapat la untung. :)

  4. Ekspresi Ruang Avatar

    kaedah dgn DUIT ni insyaAllah akan berjaya

  5. Denaihati Avatar

    Ramai yg takut GAGAL bagi mereka GAGAL adalah akhir sebuah kehidupan tapi semua tu salah GAGAL adalah permulaan sebuah kejayaan. DUIT ada formula utk berjaya melalui KEGAGALAN.

  6. titan Avatar

    setuju. Duit satu motivasi yang baik.

  7. Lagubestbest Avatar

    Kadang2 terfikir juga, perluke cari kejayaan banyak2, dengan alasan nak jadi CEO la, rumah selesa, etc. Sebab bila sampai masa, kita pun akan mati (nenek atuk dah xde, nanti parents pula xde, kemudian kita lah), dan lepas tu segala kesenangan harta yang dicari, langsung tak beri manfaat apa2. Keluarga sendiri pun belum tentu akan sedekahkan 1 doa walaupun mereka dah diwasiatkan dengan harta bertimbun.

    Nabi Isa dulu pun sama, memandang dunia sebagai kampung yang langsung xkekal, sebab tu dia bawa ibu dia Maryam ke bukit (lupa nama), dan disana Maryam mati, pergi ke tempat menunggu yang best (Maryam diberi peluang bercakap lepas mati dengan Isa sekejap) sebelum ke syurga nanti lepas hari kiamat.

    Isteri nabi Siti Khadijah pun sama, harta bertimbun disedekah sampai muflis demi Islam.

    Qarun, manusia paling kaya dalam sejarah manusia (mati dalam murka Allah), sah-sah jalan dia lepas ni terus ke neraka.

    *PS: Dalam mengejar DUIT dunia… (pandai-pandailah)

  8. azrijohan Avatar

    Duit oh duit..
    teringat zaman sekolah dulu…selalu sebut words2 camni.Hehehe

  9. bean moreno Avatar

    DUIT memang perlu

  10. SS Avatar

    jangan lupa juga (F)okus (U)ntuk (C)apai (K)ejayaan

  11. abang teddy Avatar

    post yang ringkas..tapi bermakna dan bermotivasi..:)

  12. Noriz Avatar

    sgt tepat susunan ariff tu,

    tawakal kena letak last sbb cikgu penah sebut dulu, tak boleh bertawakal klu belum ada doa dan usaha…
    hanya mereka yg dah berdoa dan byk berusaha je layak utk tawakal @redha
    kan :)

  13. akubiomed Avatar

    Setiap perit jerih dan kerja kuat akan dibayar dengan harga setimpal. Enjoy it because you deserve it

  14. zuls Avatar

    menarik betul duit ni.. hidup dengan duit .. hidup dengan do-it :)

  15. srikandi cinta Avatar

    yes.. totally agree.. DUIT ni memang sy gnakan sejak pmr sampai spm. alhamdulillah, i succeed to get straight A’s . praise to Allah, sy tau term “DUIT” ni pun dripada senior saya dulu ^_^

  16. samanosuke_04 Avatar

    hoho memang formula nie popular kat mana2.. omputeh pun pakai gak formula nie cam dalam buku ‘the secret’ tue.. haha, doa usaha tawakal.. there you go..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak tau pulak orang putih pun guna sekali formula ni

  17. Pacifista Avatar

    perghh…cukup tersusun :D
    bro,aku pun tak pandai jugak.upsr cuma 2A.pmr pulak 1A je.spm 2A.yang lain2 cukup makan je.mungkin kurang U tu kot.huhu… :P

  18. donha Avatar

    banyak yang tak berjaya mungkin kerana mengejar DUIT lain. bukan DUIT yang dimaksudkan ini.

    mane lg bagus? DDDDUIT @ DUUUUUIT? doa doa doa doa @ usaha usaha usaha usaha. >.<

  19. NauRah aLwaNi Avatar

    Sejak kecil dulu sampai sekarang, kalau ada kem motivasi kecemerlangan, formula DUIT lah yang penceramah sebut-sebutkan.

  20. JMR Avatar

    ni la rahsia kejayaan bg org yg dh ramai berjaya dgn formula nih..:-)

  21. namaakulynn Avatar

    Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal!

    formula kejayaan yang paling berkesan.nodoubt!

  22. nursarah Avatar

    selain DUIT, nak berjaya dalam hidup, kena taat perintah Allah, Rasul dan Ibu bapa. berjaya di dunia dan di akhirat InsyaAllah.

    1. Jyundoo Avatar

      sangat setuju dengan cik :)

  23. Aqif Azizan Avatar

    Agak kontroversi entri ini. Tetapi diolah dengan baik dan menyampaikan input yang bermanfaat. Terima kasih! :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tajuk tu je kontrovesi. hehe..

      1. Aqif Azizan Avatar

        Formula berkali-kali yang terbukti berkesan. Hehe.

    2. Jyundoo Avatar

      tajuk yg membuat tangan terus nak klik, dalam kepala, Ariff ni nak cari pasal ke. hehe. tapi, memang betol kita kena usaha lebih dari orang yang telah berjaya. baru la, kejayaan datang kepada kita