Hartanah Leasehold Vs Freehold Untuk Pelabur Muda

Reading Time: 2 minutes
leasehold-freehold-pelaburan
Featured: Lexa Residency yang tengah hot sekarang. Dengarnya ada sifu cakap projek ni power, ada sifu lain pulak cakap cannot go. Saya? Err.. Does it matter?

Saya beberapa kali ditanya tentang ini dari client takaful hinggalah kepada pembaca dan orang hantar email. Jadi ada baiknya saya tulis pendapat saya terus untuk memudahkan rujukan. Saya rasa kat sini tak perlu saya terangkan lagi apa maksud leasehold/freehold. Orang yang bertanya soalan ni biasanya dah tahu maksud kedua-dua status pegangan ini.

Dua ni je pendapat saya tentang leasehold vs freehold ni:

  1. Dah tahu ke belum objektif pembelian? Kalau beli untuk disewakan, maka saya cakap tak perlu pening sangat nak fikir freehold/leasehold. Kalau pulangan daripada sewa menepati target, teruskan.
  2. Kalau beli untuk dijual bila dah siap (biasanya untuk hartanah primary market atau under-construction), tak perlu fikir sangat sebab habis kuat anda simpan hartanah ni pun 10 tahun. Masa tu tempoh pegangan masih panjang.

Bagaimana pula hartanah yang lama?

Secara asasnya, saya elakkan memilih hartanah yang dah terlalu lama. Pada saya, >15 tahun dah kira lama. Yang ni tak kisah leasehold atau freehold sebab hartanah yang lama ni biasanya akan mula ada kesan wear and tear. Kalau ada lif, kemungkinan lif dah mula rosak sekali sekala. Cat dah pudar dan kalau maintenance tak berapa bagus, memang akan nampak macam bangunan lama.

Tapi ini kriteria peribadi saya sekadar perkongsian di sini. Kalau anda masih nak beli hartanah yang lama atas sebab-sebab anda sendiri, teruskan. Tiada siapa yang menghalang.

Bila nak beli freehold?

Kalau tanya saya, saya hanya akan membeli freehold untuk hartanah yang saya nak tinggal sampai saya mati. Ni jawapan terus-terang. Maksudnya kat sini, hartanah yang saya nak beli ni adalah untuk persaraan dan settle down. Masa tu mungkin dari segi kerjaya/bisnes saya dah stabil atau saya dah ada cukup duit untuk hanya survive dengan main saham hari-hari.

Walaupun begitu, tak semestinya nak freehold lah kan. Kalau masa saya nak beli hartanah untuk bersara ni takde hartanah freehold yang saya minat, hakikat ni takkan stop saya daripada membeli hartanah leashold di kawasan tersebut.

Itu perancangannya lah. Mungkin tak kesampaian sebab bila-bila sahaja nyawa ni boleh ditarik.

Yang pasti, saya tak kejar nak beli hartanah freehold sangat. Buat masa sekarang dengan umur yang masih muda, kalau ada hartanah leasehold yang boleh bagi pulangan sewa yang bagus pun cukup dah.

Kesimpulannya, pada saya perkara ni tak jadi isu sangat dalam kriteria pemilihan hartanah. Banyak lagi faktor yang perlu diambil kira seperti future development, kemudahan awam, accessibility, rental return dan lain-lain.

Sekadar perkongsian daripada saya tentang leasehold vs freehold. Memang tak pernah kongsi lagi pasal perkara ni dalam blog. Saya alu-alukan pendapat pembaca lain untuk pengunjung blog ni.

Nak ikut atau tak, terpulang. Semoga dapat manfaatnya.

 


Posted

in

by

Comments

10 responses to “Hartanah Leasehold Vs Freehold Untuk Pelabur Muda”

  1. semak saman Avatar

    thanks arif atas maklumat ni. memudakan saya untuk memahami berkenaan hartanah pada usia muda ni.

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    dulu memang tak faham, kondo saya sekarang ni leasehold, sampai ke sudah pk macam tak berbaloi. dengan kefahaman ini boleh merungkai kegelisahan

  3. zokan Avatar

    betul tu.

    beli aje.

    nak duduk leh, nak sewa leh..nak jual pun leh.

    sekurangnya, ada tempat untuk berteduh buat sementara kat dunia ni.

  4. sabree hussin Avatar

    banyak sangat bermain dalam kepala… almaklumlah rumah pertama, macam-macam benda yang difikirkan sebelum beli :D

    nak pilih leasehold atau freehold

    sedangkan sendiri kena tau, apa matlamat pembelian tu

    1. Ariff Avatar

      Samalah. Bila dah ada pengalaman, baru faham. All the best!

  5. OhPanduan Avatar

    Kalau untuk sewa mana-mana pun ok jika pulanganya baik. Apa yang penting sebelum beli mana-mana satu tu kaji dulu baik buruk tempat yang kita nak beli.

  6. Raihanah Ahmad Avatar

    oo baru faham, apa beze kedua2nya

  7. Noriza_mommavogue Avatar

    Alhamdulillah kami dah ada hartanah yang boleh disewakan dan diduduki..ada leasehold dan juga freehold..

    Mana-mana pun ok janji lokasi tu agak strategik dan mudah untuk dapatkan perkhidmatan awam juga..pendapat peribadi saya

    1. Ariff Avatar

      Betul. Tu yang ramai orang muda tak faham. Leasehold/freehold ni patutnya tak jadi isu sangat kecuali kalau leashold dah lama sangat

      1. OhPanduan Avatar

        Saya setuju tu Tuan Arif dengan komen tu. Jika ok boleh aje nak beli.