Hari Terakhir di Moscow Aviation Institute

Reading Time: 2 minutes

Hari ni pergi ke universiti buat kali terakhir. Selepas segala urusan selesai, memang tak boleh masuk kawasan universiti dah lepas ni. Urusan hari ni adalah untuk mengambil tandatangan dan cop 10 tempat berasingan sekitar universiti. Terbalik pulak sebab biasanya kat Malaysia kerja ambil tandatangan ni dibuat masa orientasi. Tu dulu la.. tak tau sekarang ada lagi ke tak.

DSC_7138
Tangkap gambar sambil berjalan. Inilah jadinya..

Buku semua perlu dipulangkan sebelum ambil tandatangan dari mana-mana. Jadi kena ikut turutan dalam senarai tu. Nasib baik takde buku hilang. Last time pinjam buku adalah dua tahun lepas.

DSC_7121
Perpustakaan

Sistem kat sini lain sikit. Perpustakaan adalah tempat penyimpanan/pengambilan buku. Kemudian, ada tempat berasingan yang jadi reading hall. Yang kita tau, kebiasaannya perpustakkan dan reading hall adalah dalam satu tempat, tapi kat sini tak.

DSC_7129
Reading hall
DSC_7124
Nasib baik hari ni tak sejuk -20. -12 je..

Akhirnya sempat jugak sampaikan buah tangan haritu kepada student advisor saya. Sepanjang semester akhir ni, profesor ni banyak membantu saya menyiapkan projek. Agak emosi jugak tadi. Sebenarnya saya sangat beruntung dapat lecturer yang memang ambil berat dan bantu sebanyak mungkin yang dia boleh untuk menyiapkan kerja saya. Ada pelajar lain, lecturer dia buat tak tau je. Dah new year baru dapat assignment. Kesian.

Bila kita tau kita takkan jumpa lagi orang yang banyak berjasa pada kita, perasaan sebak tu memang kuat..

DSC_7133
Karev Vladislav Ivanovich

Selesai urusan hari ni. Senarai tadi dah pun diserahkan ke pejabat. Tamat kisah pasal universiti. A new beginning ahead.


Posted

in

by

Comments

46 responses to “Hari Terakhir di Moscow Aviation Institute”

  1. AbIcEHHa Avatar

    Bila tengok leturer tu, teringat pulak kat arwah tok wan..mesti banyak ilmu yang diturunkan sebab mereka dah makan garam dulu dari kita…sangat2 mahal ilmu tu..

  2. zhazmi Avatar

    Wah, best la.. Dah habis belajar.. :D

  3. arrizz Avatar

    Bila kita tau kita takkan jumpa lagi orang yang banyak berjasa pada kita, perasaan sebak tu memang kuat..

    demm ayat nie buat mata aku masok habok la..haha..gud luck bro on the new journey ahead..

  4. Sya Isya Avatar

    mestilah sedih nak tinggalkan orang yang dah banyak berjasa. Tapi nak buat macam mana kan, setisp pertemuan akan ada perpisahan.

  5. Ekspresi Ruang Avatar

    selamat kembali belajar di alam pekerjaan :)

  6. Minn Avatar

    tak kenal tu lecturer tu, tapi bila tengok muka dia rasa sayu mcm kite pulak nka tinggalkan dia.

    anyways, all the best k for ur future undertakings. :D

  7. Wan Gerrard Avatar

    selamat berjaya bro :)

  8. KiD Avatar

    Karev Vladislav Ivanovich tu, macam pengetua ke? err… canselor? emmm.. dekan?? =)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Lecturer yang handlekan aku punya final year project

  9. Wawan Avatar

    Mantep lah gan postingannya,.. Prien si angel pisan arep ngomong

  10. queen teratai Avatar

    selamat memasuki ke dunia baru..

  11. KiD Avatar

    hurraayyy!!! balik sini ke? hmmmm.. mesti sedey sikit kan?

  12. ciksembang Avatar

    welcome home, selamat menempuh dunia pekerjaan

  13. Bang Iwan Avatar

    Good Luck… tentunya tugas yang berat akan menanti.

  14. Denaihati Avatar

    selamat kembali ke tanahair tercinta

  15. PJ Avatar

    tahniah..balik mlysia gtau le

  16. khaizarien Avatar

    congrats n good luck ariff :)

  17. KG Avatar

    All the best in your future endavour, Bro Ariff!

  18. Eswahyudi Kurniawan Avatar

    Kapan saya bisa ke Moskow? hmmmm… Ajak saya bro T.T

  19. syahrilhafiz Avatar

    tak mau pi sana balik ke? :)

  20. fina fento Avatar

    Cabaran baru menanti. Selamat pulang.

  21. little daisy Avatar

    congratulations and good luck!
    ^_^ ‘real’ life begins now…

  22. abangensem Avatar

    Welcome home Bro. Akan ku tunggu lu dengan teksi limo kat airport nanti. Lu seru je nama Abang Ensem kat Brader teksi tu, mesti dia suruh lu naik mana-mana teksi nanti..

  23. hatiputera Avatar

    sudah sampai masanya untuk menempuh alam baru,,alam pekerjaan.Good Luck

  24. maszuki Avatar

    WAH, TAHNIAH BRO…SELAMAT PULANG DAN BERKHIDMAT DI NEGARA TERCINTA…

  25. titan Avatar

    dahh..cukup. time untuk cari kerja lepas ni. hehe..

  26. JAI Avatar

    Pastinya kenangan yang terindah. So next plan? Taknak koje kat sana dulu ker bro..ada awek russia nak disedekahkan kat AE tak..hehe..di tengah tunggu tuhh..Apa-apa pun tahniah kerana berjaya menamatkan pelajaran

    1. abangensem Avatar

      Lu lambat la Bro. Awal-awal lagi dia dah twitkan aku facebook awek russian kat gua dan sekarang aku dengan awek russian tu tengah ahsyik mahsyuk berkasih-kasihan.

      1. Aslam Avatar
        Aslam

        LOL.. Ar memang pakar. Segala bangsaawek dia boleh ayat.. Ekekeke

  27. LilyNrman Avatar

    Honestly, kalau aku tengok gambar2 kat Moscow ni…rasa cam sunyi, sepi…boring? Anyway, selamat pulang ke tanah tumpah darahmu!

  28. hayat haniza malek Avatar

    gila tak sejuk -20 ? aritu kat paris 0 pon da nak pengsan dah !

  29. Miss Meen Avatar

    Wah!! Biar betul perpustakaan dia mcm tuh??
    Seronok betul byk buku…hehe
    *Perasaan tamat belajar..mmg syahdu!!! Huhu lagi lagi bila dpt skroll*
    terimbau memori sat.. ~~~~~~

  30. Azman Avatar

    Mana tak sedih dah 5 tahun berkampung kat situ.Apa2 pun Tahniah dapat habiskan study.

  31. namee roslan Avatar

    tahniah ariff. selamat pulang. :)

  32. amira Avatar

    yang dekat pun sedih nak ditinggalkan .
    ni apatah lagi yang jauh kan .
    yang penting semuanya sweet memory :)

  33. Azyyati Elias Avatar

    Nasib baik hari ni tak sejuk? Hahaha. Sejuk la tu, salji bagai. :D

  34. LawrenceVision Avatar

    Mesti arif tengah sedih di hari2 terakhir di Rusia.beli apa yang patut sebagai kenangan bro hehe

  35. Adib Avatar

    adakah entri ini entri terakhir di moscow?? hope not..ape2 hal pun, good luck pada masa akan datang

  36. LynnAiza Avatar

    selamat tutup kitab campus life ariffshah.
    goodluck! ;)

  37. naihusna Avatar
    naihusna

    Welcome to the real world!! Kata2 nilah yg selalu lecturer saya ckp masa tgh belajar dulu…dan bila berada ‘in this real world’…memang sangat2 real…tak boleh nak main2 dah..hehe..

  38. bubbles182 Avatar

    Dah nak balik Malaysia…?

    Souvenir!!!!!

    1. Fazreen Avatar

      oit mana boleh

  39. akubiomed Avatar

    Selamat kembali ke tanah air. New Chapter akan bermula.

  40. sukacuka Avatar

    Tahniah bro..dunia baru bermula!!

  41. Yuyu Avatar

    sedih, i’ve been there..but life has to move on..

  42. n.a.z Avatar

    selamat menikmati hari-hari terakhir di Rusia :)