Bila dah kerja ni, kena atur jadual mingguan dengan betul. Cuti umum macam hari ni adalah hari untuk bersantai dan bermalas-malasan. Baru ada masa nak update blog.
Walaupun nama je hari bersantai, banyak jugak benda nak buat. Motor dah nak kena hantar servis. Of course, kena basuh motor every weekend dan kena pastikan berada dalam tip top condition. Tak naklah kalau ada problem apa-apa kat motor tu. Susah nak pergi kerja nanti.

Bacaan hujung minggu. Curious dengan apa yang mereka tulis dalam majalah ni
Baju kerja lima pasang kena basuh dan iron. Walaupun tinggal dengan family, takkan la nak harapkan mak buat semua kan. ish.. memang tak patut. Kalau tak siapkan baju kerja ni, nanti menyusahkan sebab everyday kena iron baju.
What else? Malam ni ada kelas saham from 8.30 sampai 12.30. Esok pun ada meeting pasal saham dari pukul 2.30 sampai 5.30 petang. Sangat bertuah sebab dapat join group ni. Ramai sebenarnya yang email saya tentang saham ni (dan banyak yang belum sempat reply) membuatkan saya merasakan ada baiknya saya buat seminar/webinar a la seminar pengenalan kepada pelaburan hartanah yang AE buat. What do u think?
Ok. Migraine dah datang. Nasib baik cuti hari ni. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55. Gunakan semangat kemerdekaan ini untuk membebaskan diri anda daripada apa sahaja yang membelenggu hidup anda, bukan setakat kibar bendera je.

Comments
19 responses to “Hari Bermalas-Malasan?”
Lebih baik menggunakan waktu untuk melakukan hal2 bermanfaat ketimbang menghabiskan untuk bermalas2an, :)
dalam bermalasan tu sempat jugak buat macam-macam xtvt…huhu
nak join seminar saham
iron baju siap-siap macam tu senang nak pi keje. kalau bangun terlambat pun masih boleh sampai di tempat kerja on time.
Situasi yang sama akan berlaku time cuti public holiday – 16 September….hehehehe
Yes. September ada cuti lagi XD
motor tiap2 minggu basuh bro? dasyat.. heheh
luntur warna karang,, hahahah
memang jadual yg sgt busy
hoho..aku memang bantai tdo aje. penat punya pasal..
wah, siap masuk kelas lg utk belajar saham. mmg btol2 serius ni. bgslah. semoga lebih ramai anak melayu yg berjaya dlm bidang pelaburan di Msia ni.
Nampak sejak berkerja agak sibuk hanya pada hujung minggu baru hendak menjengah blog. Dirt bike perlukan cuci selalu? :-)
seminar saham?hmmmm..teruja dgr…. tunggu IPO astro nih…tgh jg educate kwn2 yg tak tau pasal saham..klu sebut saham jek terus diorg kata -> nanti rugi qbis muflisssss… bg yg dh berkerja, hujung mgu sgt penting sbb ni la ms tuk family dgn refresh balik otak dr kekacauan + ketensionan buat paperwork+ proposal yg tak henti2 masuk kat pjbt tu…….
Kalau ada mental block macam tu, memang takkan berjaya dalam pasaran saham. Orang yang main saham ni berani tapi berani pun sebab dah ada ilmu. Kena timba ilmu baru boleh survive
Yup.bila dah bekerjaya memang kena arrange time sebaik mungkin. akan ada yg perlu disacrificekan untuk dapat kepentingan yg satu lagi. cthnya. masa utk diri sendiri.
Sebetulnya sich…tak ada hari untuk bermalas-malasan, karena sayang sekali jika waktu dibiarkan berlalu begitu saja….betul tak bro?
Betul. Hari cuti sekarang pun dah penuh dengan aktiviti
bju kerja saya malas nak iron siap2. Biasanya malam sebelum tidur atau bila bangun, baru fikir nak pakai baju apa. Selalunya pilih baju yang tak payah nak iron, cepat. Hehe. Tudung plak suka no 1, kadang2 xiron pun xada kedut. Rahsia tu. Hahaha. Nasib baik la belum ada suami. Kalau ada, kena la iron awal2.
Pergi la ambik rawatan migrain. Jangan stress2 k.
Baju kerja semua yang jenis kena iron. So nak tak nak kena prepare awal2
Selamat bercuti Ariff. Ready untuk Jumaat ye.