Notice: Undefined index: aiosp_license_key in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/aioseop_class.php on line 5808
Hari Ahad Hari Membasuh | Ariff Shah

Hari Ahad Hari Membasuh

Hari Ahad je memang malas nak pergi mana-mana.

Serius. Tak kiralah siapa yang ajak keluar hatta bakal tunang nak ajak dating sekali pun, hari Ahad tetap adalah hari untuk Ariff Shah membasuh dan duduk rumah.

Lepas sahur dan Subuh, memang tak tido balik. Orang cakap lepas Subuh ni pintu rezeki terbuka luas. haa.. tapi kalau saya, lepas Subuh memang best nak update blog. Idea banyak. Minda cergas.

Baju semua basuh sendiri. Walaupun tinggal dengan mak, tak biasa harapkan orang lain basuhkan baju. 5 tahun kat Moscow dulu semua buat sendiri. Dari basuh sampailah lipat/iron.

basuh-baju

Selain basuh baju, Duke pun perlu dibasuh. Apalah gunanya beli kuda tunggangan mahal-mahal tapi tak jaga kecantikannya, betul tak? Duke mestilah bersih dan presentable.

Selain dibasuh, rantai diminyakkan supaya tak berkarat dan tahan lama. Dah tukar rantai moto yang mahal sikit hari tu, kenalah jaga.

basuh-moto-duke

Kalau rajin sikit, basuh kucing. Biasanya dia memang standby je atas kereta setiap pagi. Tapi minggu ni tak payah sebab baru je mandikan dia minggu lepas. Kucing ni memang tidur jelah kerja dia waktu siang.

photo-1-(2)

Selesai membasuh, hadap blog. Pagi ni je dah empat entri ditulis. Mana yang tak sempat reply tu, direply. Kalau hari minggu, memang kadang-kadang tak sempat nak buat semua ni.

Bosan sikit nanti layan Melodi. Takpun tengok Neelofa Nona. Tapi sekarang jarang dah. Mengarut je semua tu.

Jadi itulah rutin hari Ahad Ariff Shah edisi bujang. Lepas kawen nanti tak tau la macam mana.

18 Comments