Baru dapat berita kena hantar balik kereta Ferrari aku untuk dibuat modification sikit-sikit. Kalau tak nanti terbakar masa bawa laju-laju. Engineering defect. Alahai.. tak dapatlah nak melaram ngan Ferrari tu raya ni. Baru dapat tak sampai sebulan guna, dah kena pulangkan. Kalau aku tau hari tu, baik aku amik Lamborghini atau Porsche Spyder ke.. huh.
Oklah. Ni pendapat aku. Sebenarnya tak salah pun nak jadi excited kalau ternampak kereta-kereta super mahal macam ni dan memang tak salah kalau nak tangkap gambar dengan kereta-kereta nih. Pertama, sebab kereta macam ni tak taulah sampai mati nanti pun belum tentu kita mampu nak beli atau dapat peluang tengok dekat-dekat dan tangkap gambar. Jadi bila dah dapat peluang keemasan macam ni, layankan aje.
Kedua, aku pasti pemilik kereta tu sendiri dah bersusah payah bekerja dan jaga bisnes diorang sampai dapat beli kereta mahal macam tu. Mesti berlubang gak poket diorang beli kereta macam tu, belum cerita kos nak bela kereta tu lagi. Jadi bila dia tengok orang lain teruja tengok kereta dia, ada sedikit kelegaan la sebab orang lain hargai kereta mahal yang diorang beli tu. Cuba kalau dia bawa kereta tu, orang tak pandang dan buat tak kisah je, mesti terasa macam bawa kereta biasa kan. Lagipun kereta tu memang dibina untuk lagak, untuk tunjuk kat orang supaya mereka terpegun. Oleh itu, tak salah untuk jadi terpegun.
Cuma satulah, jangan la nak gatal tangan sentuh-sentuh kereta tu. Nak tengok boleh, intai, tenung, apa sahaja. Tapi kalau time tangkap gambar tu janganla nak pegang-pegang. Calar ke hape nanti mampu ke nak bayar? Kecuali kalau ko kenal owner tu dan rapat ngan dia lain ceritalah.
Sorilah aku tak dapat bawak korang jalan-jalan naik Ferrari ni. Tak taulah bila diorang siap buat modification tu. Tapi kalau dah siap pun confirm masa tu aku kat Moscow. Tunggu sampai tahun depan lah ye :P
Enjin dia besar giler kot
Max kat speedometer adalah 220mph atau 354 km/h
Sponsor Ferrari Ariff Shah

Comments
38 responses to “Hantar Balik Ferrari Aku”
[…] ja aku tengok rakan-rakan aku yang lain tayang kereta kat blog masing-masing. Walaupun aku tak ada kereta, hanya moto buruk ja yang jadi peneman aku kesana kemari, tapi dalam […]
Serius gilerr memang caaaaaaaaaaaaaaaaantikkkkkkkkkk kot!!!
Ariff memang kau punye Ferrari ke??? Ke saja tumpang bertepek kat situ..
hahaha.. manalah mampu nak berferrari
Kadang2 terserempak ngan ferari kat highway. Budak2 yang dok belakang selalu nampak dulu siap tau model apa. Dasar budak lelaki.
Satu hari ayah dia komen, “keta tak elok tu..” Kitorang pun bulat mata tanya “kenapa? kereta class tu!”
Senang je dia jawab, “ye lah, kalau elok mesti ramai orang pakai, ni sikiit je..”
Ala… nak kenakan kitorang rupanya…. ha ha ha anak2 pun gelak ramai2.
hahaha mesti gelak sakan dapat ayah melawak gitu
ouch..
teringin gak nak bergambar..
serius cantik giler ferarri, bilalah aku dapat melaram dengan ferarri ni, hahah
macam kenal je fellali ni..owh~fellali gua masa lepak genting aritu~hehehe
Nissan 350z lagi best lah :D
Fuh, betul tu. Sapa tak suka tengok kete power… kalau kat highway nampak pun siap toleh walaupun tengah drive.. haha
kalau nak senang tengok kete macam ni depan times square la.. confirm ada :D
Ahaks. Baru ingat nak buat kenderaan rasmi semasa raya ya, terus kena hantar kilang balik.
[…] ja aku tengok rakan-rakan aku yang lain tayang kereta kat blog masing-masing. Walaupun aku tak ada kereta, hanya moto buruk ja yang jadi peneman aku kesana kemari, tapi dalam […]
style gila-la-lah. :)))
wow ferrari! kalau main need for speed pun belum tentu dapat bawak keta ni…habis kuat pun bmw je huhu
Fuhhh Hidup Mati Semula Lom Tentu Leh Dapat.. Hahaha~
gyahahahahaha~ mcm kenal ini ferrari.. haha.. beb tadi siang aku gi ss13, terjumpa lak opis Lamborghini Malaysia kat sana.. byk seh lamborghini dlm tu.. jom ape lagi kita gi snap2 la.. lamborghini lagi syok dari ferrari… gyahahhaahha~
ss13? jap. mana tu eh? tak pernah tau lak aku ada ofis Lamborghini kat Subang ni. Apa lagi, jom test drive la :D
ahahhaa…meletop la gambar yang last skali tuh…
wah.
ada ferrari.
nak tompang.
5 saat pun okayyy la.
5 tahun lagi. insyaAllah
=)
Nanti bleh la race sama2
fulamak ariff…
bergaya mutu keunggulan…
hahaha..
haha.. gambar tu memang best! aku suka =)
Artis!
Hahaha~
Abang polis tepi tu usya kau lain macam je Ariff~
=)
Abang polis nak naik sekali lah tu.
hamboi!
high maintenance neh..
ferrari tu..minat tu memang minat la..tipu la tak minat..tapi sekadar minat je la..=)
Perghhh…
Stylo lah kete ni…
Tapi lagi minat kete Lamborghini…
Hohohohoho… :D
takpe bro. lepas raya leh amek balik kete tu. tak pun trade in kete proton jer. hehehee.. takde risau terbakar pun..
ish. xnak ah jual. Simpan dalam garaj jelah lepas raya
selalu nampak kete ni sebab kat sebelah kilang saya bengkel ferrari =)
wah. best giler. Aku suka kalau lalu kat Shah Alam Glenmarie sebab kat situ ada dealer Porsche
hehe.. macam aku gak, jumpe kete beso2 je mst nk posing sebelah….
muahaha. aku sokong! keta ni mmg dicipta untuk lagak gaya. senang kata mmg untuk menunjuk ah. tipu la kalau beli ferrari tapi tak bangga langsung kan. huahua!
Huh Ferrari kena panggil balik?
hahaha~suda confrim2 nie kat genting~
pot biase pengguna2 ferari nie..
aku punye wrna kuning tuh bila nak pulangkan?
tak nmpak dah abg polis sbelah tuh tggu kunci?ekekeke..
aiseh. Dah 3 orang claim yang kuning tu dia punya. Susah la camni.
macam kenal la tempat ni, hahahahahahahahahaha.
Ferrari putih aku pun dah hantar balik, tayar botak :P