Handphone Untuk Anak

Murid sekolah dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah. Pada saya ok je. Cuma kalau saya ada anak, saya akan berikan phone seperti ini untuk anak saya. Kenapa?

  1. No Angry Birds, no Facebook, no Fruit Ninja, no Temple Run dan macam-macam lagi permainan yang melekakan. Sedangkan pelajar yang dah tua sikit di universiti dan kolej pun boleh leka dalam lecture hall dengan semua jenis permainan tu, inikan pula budak-budak sekolah. Tegahlah macam mana pun, mereka akan leka main game jugak nanti. Jadi solution terbaik, bagi phone yang tak boleh main game.
  2. Phone hilang. Saya pasti gejala phone/iPad hilang akan berleluasa di sekolah nanti. Benda ni berlaku di mana-mana sahaja, jadi jangan anggap kat sekolah tak berlaku kes kecurian. Sedangkan orang dewasa pun boleh kadang-kadang cuai dan hilang phone sendiri, inikan pula budak sekolah. Jadi, bagi phone yang tak nampak menarik untuk menjadi sasaran pencuri. Kalau phone macam ni hilang pun, takdelah ralat sangat sebab murah.
  3. Kos. Bila dah kasi smartphone, kena ada data plan pulak. Jadi dengan penggunaan phone seperti ini, tak perlulah data plan.

Yes. Zaman sekarang dah susah dan komunikasi tu penting. Bergantung pada keperluan, memang kadang-kadang anak-anak memerlukan kemudahan ini. Cuma diharapkan kemudahan itu tak menjadi sesuatu yang negatif dan mengganggu sesi pembelajaran di sekolah. Oleh itu, janganlah diberi smartphone pada budak-budak ni.


Posted

in

by

Comments

41 responses to “Handphone Untuk Anak”

  1. Jeryteh Avatar

    tapi macammana pun, ada banyak customer kami yang beli tablet untuk anak!

    Tetapi, apa yang kami buat(kami=customer dengan tabletshop) ialah hanya masukkan apps yang bermakna, seperti Android Quran, Kingsoft Office, Doa Harian, Grammar for Kids, Math magic, Bubble of math dan lain lain.

    Lepas tu, hanya masukkan satu game dalam satu masa sahaja, nak game baru, delete yang lama punya. :)

    Penting juga untuk kanak kanak sekarang sesuaikan diri dengan teknologi,
    kan i-generation~~

    tapi, janganlah iPad yang mahal mahal, dapatkan android tablet yang high grade OEM la, boleh dapatkan di kedai kami atau webpage kami ^^

    http://www.tabletshop-malaysia.com

  2. Ekspresi Ruang Avatar

    hp ni waktu sekolah bg je kt cikgu simpan. lps skolah, ambil la balik buat contact mak bapak yg lewat dtg

  3. ab dzar Avatar

    ;) good info, pandai ker nak guna

  4. Shafina Bazilah Avatar

    Lepas berborak dengan beberapa orang kawan yang anak-anak dah masuk sekolah (baca: darjah tiga dan ke atas), mereka rasa memang perlu sebagai ibubapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak.

    Terutama kalau anak mereka perlu transit di mana-mana taska, atau perlu ke kelas tuisyen. Jadi, ibubapa perlu tahu lokasi anak-anak mereka terutama kalau ibubapa bekerja.

    Dan cadangan untuk guna handphone Nokia kat atas tu memanglah disokong sangat-sangat! Hihi! Bravo Tuan Ariff! Pendapat yang bernas! Sekarang tinggal nak cadangkan cara bagaimana ibubapa nak pujuk anak-anak guna handphone Nokia tu.

  5. Syed Naqiuddin Avatar

    Bdk2 skrg demand tinggi, bukan nak kalau kita bg hp cap ayam tu,
    nak yg smartphone aje.. so better tak payah bg kebenaran terus bwk ke sekolah. Lagi pun sekolah bukan nya tak ada public, kalau emergency just guna je phone pejabat sekolah. Bawak hp ke sekolah memang banyak keburukan dari kebaikan bg pndapat aku.

  6. halif Avatar

    Tak bersetuju sama sekali. Reason utama macam reason bro bagi yang kes kecurian tu. Tak payah bawa langsung.

  7. deen Avatar

    betol tue..kasi yg murah2 dah la…kang kasi yg jenis smartfon, cikgu2 lak yg asyik dok pinjam nak maen angry birds

  8. ika Avatar
    ika

    tengoklah mak anak you kata apa dulu.

  9. foreverstuffs Avatar

    ya..betul tu jangan di beri phone yang canggih..byk sgt benda yang melekakan…..beri yang cuma boleh call dan sms lagi bagus…sesuai..!!!!!

  10. Khaidir Avatar

    Marhaban ya Ramadhan! Harapan Ramadhan 2012, semoga usaha tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan agar dapat kita laluinya dengan sempurna :-)

  11. onlajer Avatar

    Aku hanya setuju jika phone yang hanya mempunyai basic function. ini kerana dugaan pelajar remaja tentang godaan telepon pintar pasti amat tinggi sekali dan meraka pasti ingin menunjuk – nujuk telepon ,meraka pada teman2 sekelas meraka dengan ini godaan untuk meraka memujuk rayu terhadap ibu bapa meraka, cuba anda fikirkan jika ibu bapa penjaga dari golongan pendapatan paras2 hidung bagaimanakah perasaan meraka jika anak 2 remaja membrontak untuk mendapatkan apa yg meraka hajati. pastilah ini menyebabkan ganguan pada emosi kepada sianak dan sipenjaga si anak tidak dapat dan sibapa tidak mampu untuk mendapatkanya. jika hendak diulas pasti berjela-jela tentang keburukan dan kebaikan jadi perlulah ada satu garis panduan untuk isu hp ini.serius bhai aku pernah lalui.walau pun zaman aku bukan hp isu yang dicari. jika kerajaan nak sponsor 1 pelajar 1 ipad iti lain lah. Dan ini hanyalah pandangan peribadiku buat masa ini aku pun takde hp sendiri hp company adalah boss aku memang nak bagi.

  12. Diera Avatar

    As salam.
    Mcm2 budak zmn sekarang. Nak cegah susah sbb dorg ni sume generasi Y yg mmg hidup dlm teknologi. Tp kalau pergi sklh pon nk bwk handphone, mmg sy setuju laa ngan cdgn handphone awk tu. simple. they should limit kot handphone jenis apa yg dibenarkan utk bawa kesekolah.. kalo xnk, xya bawak h/phone. heehee. zaman kita2 dulu x merasa sume neh. isk isk isk T_T

  13. Denaihati Avatar

    idea yg baik juga. guba hp yg basic function je. peraturan ketat lain dalam kelas mesti diutamakan juga, kalau tak cikgu sibuk kat depan, budak2 pun sibuk sms bawah meja.

  14. wanabe Avatar

    betul tue..bg handphone murah2 jek..mcm samsung n nokia yg ringtone polifonik tue..hahaha..

  15. azman Avatar

    Isu ni sedang hangat diperkatakan,kena ada garis panduan talipon jenis macam mana yg anak2 boleh bawa.Kalau i phone dan ipad,rasanya tak sesuai untuk dibawa ke sekolah.

  16. ReM Avatar

    Boleh bagi Nokia phone yang murah dan simpan dalam beg. Guna masa perlu saja contoh nya masa nak balik untuk bagi tau kat mana dia berada. Masa-masa lain hp patut dalam silent mode.

  17. Orang Kampung Avatar

    Benda ni penting buat masa skrg…cuma klu anak2 bawa ke sekolah tu rasanya bnyk yg perlu diubah.

  18. boni kacak Avatar

    betul tu.. cukuplah telefon yang boleh terima mesej, balas mesej, buat panggilan dan jawab panggilan…. kalau tak, makin banyak keburukannya

  19. wanmus Avatar

    hoho..sekarang sangat terbuka..sangat perlukan perhatian lebih kepada anak2..

  20. Ikhtiar Shah Avatar

    ehehhe..mula2 phone tu kemudian bila tak tahan tgok kawan lain mula simpan niat nak phone lain.tak mustahil berlaku…

  21. Zarul Umbrella Avatar

    ada pros and kons…pandai2 lah jaga anak

  22. KiD Avatar

    jom lawan fruit ninja… hehheheee

  23. Shahrul Avatar

    setuju sangat, kalau nak bawak, bwk henpon yg mcm 3310 je

  24. Bring Me Info Avatar

    bdk2 skrang hanphone pom dh canggih..zmn kita dulu2,pki hntar surat gune kambing je..haha

  25. comel Avatar

    yang saya tahu bagi budak2 skolah bawak hengpon g skolah sgt berisiko sbb kekdahnya pencuru akan aim untuk samun..bkn saja nyawa, keselamatan xterjamin

  26. elyanayazmin Avatar

    thumbs up! i was actually planning the same thing for the future later on. Nice input. keep it up :)

  27. natasya Avatar

    student sekarang dah ramai yang bijak2. pandai nak menilai mana yang baik dalam pnggunaan hp kecuali kalau dia terpengaruh dengan rakan sebaya. displin kena kuat. ;)

  28. Aziela Adam Avatar

    Hahahah…macam tau-tau jer akak nak supply phoneyg adik beradik dengan gambar tu pada my son si Adam tu. Owh Ariff, my son secretly asked me, macam Abang Ariff tu jadi pandai yer mama..? He is so pemalu so dia segan nak tegur Ariff that night.

  29. cEro Avatar

    bawak fon ke sekolah bakal menggalakkan gejala kecurian.
    yg miskin akan terasa lebih disisihkan bila kawan2 berbicara ttg fon masing2..
    yg kaya sudah tentu akan bawak fon canggih atau tablet.
    cikgu sudah tentu tak setuju sbb tanpa fon pon susah nak tarik perhatian murid, ni plak ada fon..
    pastu kejap2 berbunyi, ganggu kelas..

  30. tutti Avatar
    tutti

    guru tak ada masa yg cukup untuk mengumpul semua hp/ipad murid dan kemudian turut memakan masa untuk memulangkan semula hp/ipad murid setelah tamat sesi persekolahan. why? bcos satu tingkatan at least mempunyai 9 buah class, each class got at least 30 students. then, each school got 8 tingkatan including peralihan n form6 class. try to estimate how many students is there in a school(30 x 9 x 8*form 1,2,3,4,5, low6, upper6, peralihan*). then baru u faham kenapa ramai guru yg membantah hp/ipad dibenarkan disekolah. tugas guru akan bertambah gara2 gadget so hasilnya sekolah tidak lagi produktif.

  31. Izwanyusof Avatar

    kalau yang mana dah ada iPhone 4s siap2,ape mahu diorang nak downgrade beli hp torchlight.. zaman sekarang jauh beza zaman kita sekolah dulu.. dulu curi2 bawak 3310 gi skolah pun dah macam bangga giler.. haha

  32. Cikgu Hairul Avatar

    Bertambah lagi tugas guru, mengumpul dan menyimpan handset murid, memeriksa jenis handset murid, memantau penggunaan hs di kelas, mencari hs yg hilang. Kos sekolah juga bertambah.. Perlu menyediakan locker @almari penyimpanan. Perlu diingat, satu waktu cuma ada 35 minit je. Set induksi dan penutup dah ambil masa 10 minit. 25 minit sesi p&p tak jadi apa. Apa pun ibu bapa kena main peranan. Yang tak bersetuju sila halang anak dari bawa hs ke sekolah. Yang bersetuju sila sanggup tanggung risiko. Tiada saman menyaman jika ada kes luar biasa berlaku disebabkan hs.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks atas input. Dalam hal ni, memang memerlukan input daripada pihak guru.

    2. itafukada Avatar

      yup. setuju dgn cikgu hairul. makin bertambah tugas tambahan buat guru2. sedangkan kerja hakiki guru pun da melambak2, ini pulak mahu menjaga harta murid pulak. lg satu, mak bapak skrg semua lebih sygkan anak, nt bykla kes saman menyaman cikgu. aduyai..

  33. zharmin Avatar

    Jualan phone Nokia dijangka meningkat pada akhir tahun ini dan awal tahun depan.

  34. Lyla Ibrahim Avatar

    Betul juga. Tetapi, saya lebih suka penggunaan kad telefon di telefon awam. Kalau diperbanyakkan telefon awam di sekolah-sekolah lagi bagus.

  35. faizfakhirin Avatar

    betul tu..budak pn setakat nk guna call n msg jer..

  36. sadun Avatar

    gejala sms dalam kelas macamna pula?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kena ada peraturan yang tegas tak boleh gunakan telefon bimbit dalam bilik darjah. Rampas telefon kalau ada yang ditangkap.

      Preventive measure: Pelajar semua letak telefon bimbit ke dalam satu sampul, kumpulkan sampul tadi dan letakkan dalam laci/kabinet berkunci. Dah tamat sesi belajar baru boleh ambil semula

  37. Naurah Alwani Avatar

    Fruit Ninja. Yeahh. Hahaha

    :D

  38. Man Avatar

    budak sekarang tak nk phone macam ni..tak de kelas katanya.