Hampir Menjadi Gila

Reading Time: 2 minutes

Dari dulu aku dah mengaku awal-awal lagi, aku memang lemah kalau sampai bab mengedit code html, xml, css dan segala jenis bahasa gaban yang digunakan dalam dunia internet ni. Adoyai.. rasa macam nak pecah kepala pun ada menghadap benda ni tiap-tiap hari. Kenapa aku boleh terjebak dalam bidang coding website dan WordPress ni padahal aku ni student engineering. Kenapa aku obses sangat dengan blog aku eh?

Pagi tadi kan, entah macam mana aku buat, entah apa yang aku godek dalam blog ni sampai tak boleh masuk langsung. Perasaan masa tu, tuhan sahaja yang tahu. Rasa macam nak menangis dan nak terjun je dari tingkat 12 hostel ni. Serius aku cakap. Masa tu memang terus aku cari kawan nak mengadu nasib ni. Memang gelabah tak ingat dunia dah sampaikan aku plan kalau blog aku tak boleh restore balik, aku nak hilangkan diri terus. Deactivate Facebook, delete Twitter, Formspring dan segala bagai. Tak sanggup nak hadap persoalan orang lain. Tapi aku ada lain dalam bahasa Inggeris (yang korang tak perlu tau sebab tu tempat aku mengarut), so oklah.. kalau teringin sangat nak menulis, tulis kat sana je.

Satu pengajaran penting (#8 Hidup Seorang Blogger) kalau nak buat coding blog ni, janganlah sesekali dibuat selepas bangun tidur, sebelum mandi dan sarapan. Alamatnya memang kesilapan besar akan dibuat. Bila dah buat tu, confirm pemikiran jadi tak tentu arah. Password cPanel pun boleh lupa dan oleh sebab login banyak kali guna password salah, server ban IP atas sebab kemungkinan ada bruteforce attack. Masa tu badan dah seram sejuk, muka dah pucat. Blog ni macam nyawa aku weh. Selama setahun tiap-tiap hari menghadap benda ni, dah jadi macam keperluan harian.

Banyak yang aku belajar dua tiga hari ni dan banyak juga orang register email untuk aku notify bila blog ni buka balik. Rasa macam terharu pun ada. Walaupun tak banyak yang aku dapat capai mengikut perancangan asal, aku terpaksa buka blog ni. Tak elok kan kasi orang menunggu lama-lama.. dan aku pun tak suka tak menulis lama-lama. Aku lebih suka menulis blog daripada mengubah code. Jadi aku buka dululah blog ni. Kalau aku ada masa nanti, aku sambung tambah feature kat blog ni. Dan ya, aku masih belum berpuas hati dengan apa yang ada. Takpe.. Belajar slow-slow. Esok masih ada..

Terima kasih kepada yang setia dan sabar menunggu.

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me


Posted

in

by

Comments

48 responses to “Hampir Menjadi Gila”

  1. .encik.SEDAP.™ Avatar

    aku tiap2 minggu backup. kalau something wrong, masuk je yang lama. hoho..

  2. za Avatar
    za

    nampak lebih simple n cool.. sy lebih suka font yg lama nmpak lebih kemas n sejuk je mata memandang.. apa2pn cerita kejauhan dr ariff lebih dinanti2kn x kira lh ariff nk wat apa.. hehe

  3. cahaya Avatar

    sy belajar programing pon memang tak suke coding2 ni..huhu..nway..yg baru ni nampak kemas n sedap lak mata memandang..hehe…

  4. shira ayumi Avatar

    aku oenah edit coding belog sambil gayut telepon and.. darn! habih musnah punah.. luckily itu my second blog.. tapi ade gak la rasa nak baling gak la telepon dengan laptop tu sekali.. emo sehhhh..

  5. Nadia Avatar
    Nadia

    erk.. baru je amik exam xml programming 2 hari lepas. huhu for me, xml semua tu lagi senang dr php.

    p/s: previous template smart lg. :p

  6. jard Avatar

    lmbt lak loading kali ini.. hurmmm…

    1. ariff Avatar
      ariff

      eh. serius? ada orang cakap bertambah baik, ada orang cakap lambat. Hurmm..

  7. Wawa Avatar

    Hoho.. Janganlah sampai nak terjun bangunan bro. Nanti lain cerita jadinya. Jangan lupa study yep? =P
    Kiteorang tengah final skrg. Doakan kiteorang.. =D

    1. ariff Avatar
      ariff

      Good luck!!

  8. PJ Avatar
    PJ

    sama mcm aku engineering leh terjebak ngan blog lak..aku nak kena blaja wordpress nie dapay domain hosting free..susah ke..kena blaja suma coding tu ke

  9. lina Avatar
    lina

    congrats….nice setting…

  10. namia cinta Avatar

    memang boleh jadi gila bermain degan cording
    kekadang hanya kesilapan kecil boleh merosakkan keseluruhan blog
    lagi tensen bila kita tak capai apa yang kita mahukan dalam mengubah suai blog

  11. Fitrihadi.com Avatar

    buat backup dulu before nak edit coding..tak perlu takut dengan coding..kalau takut tu yang menggelebah tu..

  12. Anwar Osman Avatar

    wah gini rupanya yer theme yg dimakeover. very the simple and fast loading.

    aku slalu buat silap edit code kat ofis pagi2. bila jem something ja aku turun la makan. perut dah kenyang baru layan edit code balik. mcm aritu error comluv yg aku kena tu, lepas lunch then lepak rehat minda.. baru jumpa solution dia.

    berhati2 next time bro

  13. fazidahaziz Avatar
    fazidahaziz

    aku yg budak multimedia pun alergic ngn php, css nie semua,,,hahaha
    tp tima kasih sbb dh buka blk blog ko,,,,

  14. mffzone Avatar

    aku ni bukan saje lemah dalam code2 & html nie tp malas gak nak komen blog org lain nak update blog sendiri cuma cita2 nak dpt traffik mcm ko je la yg buat aku rajin

  15. YobSumo Avatar

    aku tak reti main main coding. makan aku reti lah. hahhahahhaha.

  16. mcjust~ Avatar

    lagi comel yang ni. suka font baru ni. ;)

  17. Lord Zara Avatar

    Yeay!
    Dah dapat masuk~
    4 hari aku kat kem, tak bleh tengok blog kau, dah nak meracau aku~
    >.<

    1. L.Y.N.N Avatar

      dsyt tuu kak.zara..
      siap nak meracauuu lg..
      penangan ariffshah.com!hahah

      p/s:::wajah bru yg cool!=)

      1. ariff Avatar
        ariff

        cool eh? terima kasih.. =)

    2. Affan Avatar

      hahah. tipu sampai cmtu skali. heheh

  18. en akuBlog Avatar
    en akuBlog

    Belajar dari kesilapan.. Pegangan akuBlog.

    Sebab? akuBlog suka tweak coding sana sini hingga hancurnye interface blog itu. Jadi, cara mudah, tweak, review, re-tweak, review, reverse, go head , gostan..

    1. shaharil Avatar

      kesilapan adalah guru yang terbaik. hehehe

  19. chokilala Avatar

    install la wordpress dalam localhost, lepas tu edit theme dekat localhost dulu. dah puas hati, install dekat blog, preview dulu pakai plugin theme test drive. kalau blog buat hal, takde la pucat sangat. hehehe

    aku pun pernah berpengalaman pucat juga. sekarang dah tak buat lagi dah live edit, mesti test pakai plugin or disable dulu blog. hehe. good luck :D

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. semua orang suruh buat camtu, tapi itulah. aku ni degil terlebih sikit. takpe2… next time buat camtu lak

  20. sebokmama Avatar
    sebokmama

    he he cian nya akak pernah rasa apa yg ariff rasa….sabar ye semoga berjaya tp mintak maaf la ye akak rasa x ada perubahan pun pd blog ariff ni

  21. TheSharkox Avatar

    Rileks bro…aku dua hari tak dapat jenguk sini rasa macam nak pelempang adik aku ajer..haha..(takde kaitan)

  22. arrizz Avatar
    arrizz

    sejak dah tukar wp nie, bab2 coding langsung tak sentuh..kalau dulu masa kat blogspot, boleh kata hari2 main coding..haha

  23. Piratz Avatar

    chait.. samela kite.. belajar pasal kapal.. tetiba nak edit html, php bagai, dah macam ape dah.. blom gik campur ngan programmer.. lagi tak paham ape dia cakap.. demm u…

    1. ariff Avatar
      ariff

      programming aku minta maaf awal2 la.. boleh jadi botak lama-lama

  24. mas Avatar

    hati-hati next time then

  25. nabilpotter Avatar

    hampir tak pa lagi ariff..tak gila lagi..hehehe..

    betul2..ak pon pernah jadi cmtu..bukan wp je ada coding, blogspot pon ada gak..hehehe..terlebih pandai edit sampai tak leh buka..gelabah jugak la..

    huhu..

  26. cik 18 Avatar

    cik 18 lagi haru…langsung xreti…guna yang ade jer…haha..

    jangan jadi giler, nanti fida susah..

  27. lylaROCKprincess Avatar

    haha…
    sabo ek…
    kata blogger terhangat malaysia…
    hikhik…

    1. ariff Avatar
      ariff

      takdelah hangat mana pun..

  28. syahrilhafiz Avatar

    wow…ni ke temanya bro..
    gempak gak..clean gitu..
    so jangan la ko gila2 pasni dalam mengedit..
    padahal ak pun tak bape pandai…ngeh3

  29. RedBoys Avatar

    memang betul tu bro.. kalau silap code, habis ranap blog kita.. aku pun pernah beberapa kali theme rosak sebab edit bnyk code dlm tu.. huh

  30. Daus Avatar

    ooH! ptut lah tak boleh msuk :( aku bru nak cari tips blogger .. :(

  31. nev Avatar
    nev

    its ok bro…basic knowledge pon da ok ape…

  32. Azah Avatar

    aku tau blog tu… hehehe…

  33. ikram Avatar
    ikram

    patut la pagi tadi tak ley masuk, nasib baik dah ok :)

  34. idasm Avatar

    parah bunyinya tu. pelan2 lah dik. all the best yea..

  35. nrshasha Avatar

    ermmm lama x dtg sini..
    bila dtg jek..
    dah dengar mcm2 rencah kuncah lak..
    adeh..
    tumpang simpati..
    ape la nasib badan tuan yek..

  36. aizuddin Avatar

    takpe..belum gila lagi..hehe

  37. Afiq Bukhari Avatar
    Afiq Bukhari

    huhu memang nak pecah kepala la kalau tersalah usik, mau meroyan depan lappy tu..selamatla ada fungsi backup template ekeke

  38. appledia Avatar

    Laaaaaaa..ingat menderla.

  39. ENCIK TIKUS Avatar

    same macam aku, lemah dalam coding and html nie. ada tutorial pun malas nak tengok. haih~