Guna CPanel Backup WordPress

Reading Time: < 1 minute

Aku ni jarang nak buat kerja-kerja backup, leceh dan malas. Lagipun aku takdelah nak tulis entri berapi-api nak burukkan orang, negara lain atau apa-apa pun. Jadi macam takde keperluan sebab tujuan aku berblogging bukan nak cari musuh. Kadang-kadang kalau aku tulis tips berblogging sampaikan ada orang komen cakap terasa.. ish.. takde niat apa-apa ok. Aku tulis berdasarkan apa yang aku tengok yang boleh diperbaiki. Tak nak kutuk atau burukkan sesiapa. Kalau rasa berguna tu, ikutlah. Kalau terasa, maafkanlah.

Jadi berbalik kepada isu backup ni, aku tak nak la bermusuh dengan mana-mana pihak. Sekali ni nanti diorang attack blog aku ke apa, tak pasal je. Disebabkan entri yang aku tulis sebelum ni mungkin agak kasar sikit, tapi nak buat camana kan. Kebenaran. So aku terpaksalah merajinkan diri membackup segala-galanya kat server sebelum apa-apa musibah melanda. Kalau musibah datang, kurang-kurang boleh la restore terus je. Nasib baik database tak besar sangat. Kepada yang nak upgrade ke WordPress 3.0 silalah buat backup juga.

Aku backup guna Backup Wizard dalam CPanel je. Pergi situ, letak email dan lepas tu CPanel akan sediakan database file untuk didownload. Launch FileZilla ftp client dan download dari situ.

Cukuplah tu kan? Apa lagi yang aku perlu buat? Cuba korang bagitau sket. Selama ni aku memang kurang amik perhatian kat sekuriti ngan backup ni. Jadi memang ilmu tentang keselamatan ni semua zero! =_____=’


Posted

in

by

Comments

10 responses to “Guna CPanel Backup WordPress”

  1. ET Avatar

    oke. skang dia bg dua choice. nk full / atau partial. betol ke tak ako da lupa. kalo yg full cun la. abes mak nenek dia backup. korang dload simpan file tuh dlm pc. tp korang akan ada masalah. sbb nak restore nnti, kompem xleh sbb xde option dalam cpanel. len la korang de ssh. jalan penyelesaian kontek orang hosting. nnti die suh korang upload backup tue letak dlm public_html. pastu dia orang buat kerja! tadaaa. ape yg akoo ckp nie pengalam sari dua lepas. sbb akoo pindah hosting. hehe.

    tp syarat hostng dlu dan sekarang kna sama2 run cpanel. akoo nye backup da cecah 600mb. huu! oke la. daa!

  2. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    “Selama ni aku memang kurang amik perhatian kat sekuriti ngan backup ni.”

    Aku pun sama dan dah ada pengalaman, walaupun bukan pasal blog la. Lepas tu terus menyesal. Sekarang memang lebih prihatin sikit la pasal backup.

  3. TMUkmkd Avatar

    aku hsting tak guna cpanel XD
    so aku backup guna plugin WP je :D aku mudah dia (blog) pun mudah.

  4. denaihati Avatar

    Betul tu paling bagus guna Cpanel.

  5. khairil Avatar

    aku guna plugin je..auto backup everyday terus ke email

  6. menteil Avatar

    yup.. samala kita.. aku pun tak amek perhatian..
    sampaikan kena hack.. huhu…

  7. Anwar Osman Avatar

    kalau xdak cpanel mcm mana nak backup lak? setakat copy root folder guna filezilla rasanya x cukup…

  8. syahirul Avatar

    mcm aku guan backup wizard dari cpanel gak.. pas backup dia akan antar email bahawa full backup dah siap.. so aku bukak cpanel balik, pegi kat tempat full backup td dan download guna IDM aje dari situ.. semalam dah buat 200++ MB gak sizenya.. huhu..

  9. rashid Avatar

    Aku setkan autu…so tadi tibe-tibe ada file backup…macam suro tukar ke WP 3.0 jek…kehkeh

  10. esyam Avatar

    backup ni penting, takut jd cm flisterz hbs entry brtahun2 kan dh rugi….