
Sebelum..
Selalu pergi event launching produk, jenama dan barangan je. Memang best, senang nak pergi dan tak memerlukan banyak tenaga. Tapi takkan nak buat benda sama je kan? Jadi kali ni saya tukar angin sikit dengan menyertai event Gotong-royong Bersama Petronas sempena perayaan Deepavali.

Cemerlang semua ni..
Program ni diadakan di Kampung Wellington. First time dengar nama tempat ni dah terbayang negara New Zealand dengan pemandangannya yang cantik. hmm.. kalau tak kenapa dia bagi nama Kampung Wellington pulak kan?
Pertama kali kena bangun seawal jam empat pagi semata-mata nak ikut pergi event sebab kena berkumpul di KLCC dan bertolak dari sana. Dalam perjalanan, hujan. Kasut basah dan terpaksa patah balik untuk tukar kasut. Last-last sampai gak walaupun lambat. Nasib baik bas tunggu.

Selepas..
Kampung Wellington ni terletak di Manjung, Perak. Basically, penduduk kat sini yang kebanyakannya beragama Hindu, jadi tepat sangatlah lokasi yang dipilih Petronas untuk mengadakan sambutan Deepavali dan pada masa yang sama program Sentuhan Kasih dan Gotong-royong Petronas ni.
Rupa-rupanya, sukarelawan dari Petronas telah tiba beberapa hari sebelum program ini untuk melakukan persiaapan sebelum program Sentuhan Kasih ini berlangsung. Kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh para sukarelawan daripada Petronas dan juga pelajar UTP yang turut serta bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.


First time tengok tarian ni. Yang menari semua budak UTP
Antara pengisian dalam program ini yang menarik perhatian saya ialah sharing session bersama ahli Pengasih – sebuah NGO yang ditubuhkan untuk membantu mengatasi masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol. It’s a good thing, really. Sekurang-kurangnya kanak-kanak di sini diberikan pendedahan awal tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan alkohol yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Tak pasti samada director nak suruh saya cakap panjang ke pendek. Bila cakap lebih, dia ‘cut’ tapi bila pendek, dia kasi signal suruh roll lagi. pfft

Ada gaya tak nak jadi hos tv? heheh..

Beberapa VIP Petronas turut turun padang untuk memeriahkan program ini. Syabas diucapkan
Sempat berbual dengan salah seorang pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) ketika program Sentuhan Kasih ni dan apa yang diberitahu kepada saya ialah program ini adalah salah satu daripada pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Petronas setiap tahun. Setiap kali program sebegini diadakan, pelajar UTP diberi peluang untuk menyertainya sebagai sukarelawan. Ini merupakan usaha yang baik untuk pelajar supaya bergiat aktif dalam program kemasyarakatan seperti ini.
Di samping itu, imput yang diterima daripada beberapa penduduk tentang program ini adalah sangat positif. Mereka berasa amat gembira atas bantuan yang diterima dan sangat menghargai program Sentuhan Kasih yang dianjurkan oleh Petronas ini. Mereka juga berharap program supaya program ini dapat diadakan setiap tahun di Kampung Wellington.
Tahniah kepada Petronas kerana berjaya menganjurkan aktiviti kemasyarakan seperti ini. Semoga usaha murni ini tidak terhenti di sini sahaja. Teruskan memberi.
Walaupun tak cukup tido, basah dan penat tapi memang puas hati la join event kali ni. At least something for a change dan berpeluang melawat tempat yang tak pernah saya pergi lagi. Thanks Petronas & Advertlets for the opportunity.
Kredit gambar: Eazy Izzuddin – thanks a lot, bro!

Comments
23 responses to “Gotong-royong Bersama Petronas”
Dato Medan pun turun, mengoreng lagi tu, tahniah semua yang join ni.
memang ada talent jadi hos tu bro..hehehe
waaah. teringat aku masa zaman kat univ dulu. biasa gak join program bakti siswa. lbh kurang mcm ni la..
Aktiviti yang bukan sahaja menyihatkan badan tapi menyihatkan rohani volunteer yang terlibat. Tahniah.
Menyertai akviti begini memang menyeronokkan.
bagus ikut program amal ni.. boleh mengeratkan silatulrahim.. macam kid je tu kalau tak silap yg pegang camera tu.. cayolah..
Program kemasyarakatan cmginie bagus buat blogger. Satu pendedahan baru. Bukan setakat mengadap lappy, tapi turut menyumbang di realiti.
canon camera + white lens. best tu,patut bokeh cantik kat video..
teringat program OPKIM…
program2 macam ni biasanya kalau dapat kerjasama penduduk setempat yang sporting memang best… tahniah…bro..
Memang best event mcm ni rasa seronok dpt membantu…
terserlah 6pax tu bro..bagus bro join program komuniti camni…last year sempatla pi rumah anak yatim bersama mamee..memang tersentuh hati tengok diorang…
Blogger kena join jugak event community service macam ni. Harap banyak lagi corporate lain yang jemput join community service mereka
Wah kacak bro dengan memegang penyapu rumput. Macam hulubalang.
Program yang dianjurkan oleh Petronas dapat membantu golongan kurang upaya dan miskin untuk sama merai perayaan seperti orang lain dan beban mereka dapat di ringankan.
Haha, kelakar pulak tengok muka member UTP masuk blog ni… dia yang menari tu
Tak turun sekali semasa Program ini dilaksanakan?
tak join sekali sebab pelajar UPAG (UTP Performance & Art Group) je yang join kalau tak silap.. dan saya bukannya member kelab tu. Takde bakat menari, hehehe
Mana tau takde bakat? Dah try? hehehe..
Tapi tengok budak2 tu menari, rasa macam tengok filem Bollywood pulak
Serius tak sangka yang menari tu budak UTP, ingatkan penduduk kat situ
Jelas ke skemaan kau Ariff pada gambar pertama. Haha
hahahahah… ikut corporate besar macam ni memang kena skema
Alhamdullilah,anda merupakan masyarakat yg prihatin.
Bagus sesekali join aktiviti begini.. sekurang2nya kita lebih dekat pada masyarakat disekeliling baik jauh + dekat..
CUT.. asik cut jer ekkk.. ponat keluar aik liur nak bercakap.. tak bg skrip ke?
Takde skrip.
Yang cut tu sebab ada banyak ‘gangguan luar’
Tak tau la bila boleh tengok video tu