Google Update: Perang Terhadap Content Farm & +1

Tiada Lagi Content Farm

Bulan lepas Google telah mengumumkan perang mereka terhadap content farm atau laman web yang berunsur autoblogging dan seumpamanya. Tahniah. Aku memang menunggu pengumuman ni sebab aku cukup benci dengan autoblog ni semua. Tak memberikan satu nilai pun kepada search engine dan internet ni secara amnya. Content farm ni semua merosakkan SERP sebab content yang ada dalam tu semuanya spam semata-mata dan buat sakit hati je kalau termasuk laman spam tersebut. Jadi elok sangatlah Google buang terus laman web ni semua daripada search index mereka.

Setakat ini mereka hanya akan melancarkan ‘perang’ ini di US sahaja dan merancang untuk mengembangkannya ke seluruh dunia tidak lama lagi. Harap sampai ke Malaysia secepat mungkin. Ingat, semakin kurang laman sampah macam tu, semakin tinggi peluang blog anda untuk tersenarai di laman pertama SERP.

Google +1 Bakal Menggantikan Facebook Like?

Google dan Facebook sedang bersaing sebab kedua-duanya merupakan sebuah laman web yang sangat besar. Dari situ, pendapatan utama kedua-dua laman ni bergantung kepada pengiklanan. Satu kekuatan yang ada pada Facebook adalah ianya sebuah laman sosial, maksudnya laman itu bergantung kepada interaksi sesama manusia yang berlangsung di sana. Iklan akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dicadangkan atau dikaitkan oleh orang yang kita kenal dan Google tak mahu ketinggalan ke belakang dalam bidang media sosial.

Apa yang mereka buat adalah dengan melancarkan sistem Google +1 di mana pengguna boleh mengundi link, produk, iklan atau apa-apa sahaja di dalam internet ni. Fungsinya lebih kurang seperti Facebook Like di mana apa-apa sahaja yang kita +1 akan dipaparkan di profile Google kita. Sebagai permulaan, +1 masih di dalam tempoh percubaan (anda boleh cuba sendiri kalau berminat) dan hanya boleh digunakan dalam Google seach. Mereka akan melancarkan butang +1 mereka sendiri tak lama lagi yang boleh diletakkan di dalam blog/website.

Selain daripada social sharing, +1 ini kemungkinan besar akan digunakan dalam SEO selaras dengan perang yang mereka lancarkan terhadap content farm ni tadi. Dengan adanya sistem +1 ni, hanya link yang betul-betul berguna sahaja akan mendapat undian dan mendapat tempat yang lebih baik dalam SERP. Aku rasa bila nilai social sharing ni diambil pakai sepenuhnya, PageRank akan dilupakan.


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Google Update: Perang Terhadap Content Farm & +1”

  1. Syafiq Zainal Avatar
    Syafiq Zainal

    Kunci UTAMA:
    – Buat Mende yg org suka dan syg bila baca.
    – Letak Button Social Sharing
    – DOne.

    Tak perlu nk backlink berbagai..

  2. titan Avatar

    satu perkara berani yang dibuat oleh google. Yeh!

  3. Mohd Isa Avatar

    tak sabar nak tunggu function +1 untuk blog ni, bertambah lagilah butang dalam bloh nnt. hehe

  4. samanosuke_04 Avatar

    hehe.. pasnie gerenti orang akan ingat +1 tue akan jadik SEO fuel gak.. hohoh

  5. Izwan Avatar

    profile +1 tu wt kat ne?..ada kat account google ke?..
    autoBW kah ?.. haha..mcm2 skill..iFrame dah senyap, lepas ni apa trick plak r eh..
    Oh,ada satu kat FB..mcm spam sbb profile member2 aku dapat link blog tapi via share..tak tau menda..

  6. adib Avatar

    maksudnya, blog yang tak ramai pembaca dan tak banyak 1+, akan berada kedudukan bawahlah..saingan makin sengit nampaknya bagi blogger2 baru

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak jugak. Kena faham SEO ni ada beratus-ratus petunjuk dia. Cuma +1 ni akan banyak membantu dalam menapis content farm tu semua.

  7. sNoe Avatar

    hmm.. camne tu?

  8. syahrilhafiz Avatar

    memang terbaik, ak dah baca, yang bagusnya boleh Undo dan bla2..

  9. Akid azami Avatar

    autoblogging ni macam mana ariff? Hm tapi macam best gak googl +1 tu.

  10. CJ Avatar

    great info bro!! +1 cam menarik..oyeah!

  11. Ezany-Kun Avatar

    autoblog = scam

    thumbs up untuk google sebab perkenalkan sistem baru ni.. harap2 berjaya..

  12. akubiomed Avatar

    Bagus dibuang autoblog dari indexing. Harap apa yang cuba diperkenalkan oleh Google mendatangkan hasil

  13. yanmie Avatar

    Salam, setuju sgt google buat mcm nie, sbb kadang klu menggoogle banyak je yg autoblog nie, blh merosakkan SERP. nak2 pulak kita yang menggoogle..haha hampess je

  14. anastasyea Avatar

    Memang bagus 1+ nie :D

  15. yas Avatar

    menarik…awas kepada pengguna autoblogwalking…anda dalam perhatian uncle Google..hehehe

  16. zul Avatar
    zul

    bro,leh cite sket autoblog ni macam mana?

  17. aizuddin Avatar

    bagus jugak dia buat camni..ada la pembaharuan sekurang-kurangnya

  18. auctions Avatar

    wah menarik….dh register di google tggu dia launching jer nie utk guna +1 nie…

  19. naimulfirdaus Avatar

    kita tunggu dan lihat apa nak jadi..

  20. Lord Zara Avatar

    Autoblog adalah rasa cam nak tampar juga kadangkala. =.=

    Lebih2 lagi yang konon2 pinjam kita punya entry dan paste dalam dia punya blog. Hampeh. Bila Google balik, tak naik kat blog sendiri.

  21. MuJE Avatar

    part autoblog tu memang aku cukup setuju. nak buat assignment pon susah.

  22. Affan Ruslan Avatar

    nice. aku tak terfikir pulak kesan pada SEO, tapi memang betul tu, yang lagi banyak +1, maknanya lagi bagus.

    Aku pun benci autoblog, cis

  23. suffer8zine Avatar

    nice info dan perincian, ade baca sikit kat blog amanz td

    Terkini : 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011