Geng Blogger – Kita Boleh Bernafas Untuk Seketika

Reading Time: 2 minutes

Mungkin sekarang cukup untuk aku katakan yang penyangak yang kacau Geng Blogger tu telah di ban seumur hidup. Apa-apa pun kita masih pada tahap berjaga-jaga. Ya, nak bangunkan web komuniti daripada 0 tak senang. Mungkin orang tanya kenapa aku emo sangat dengan Geng Blogger.. Mana tak emo, first sekali sebab Geng Blogger punya age lebih kurang je ngan blog aku. Sejak join Geng Blogger, sejak itulah blog aku makin berkembang. Umur blog Ben Ashaari pun lebih kurang sama je umur ngan blog.ariff ni. Haha~

Lepas tu, aku pulak menang pertandingan cipta tagline, jadi kalau Geng Blogger ni sampai mati ada dan tak berubah fungsi dia, maka sampai matilah tagline ciptaan aku tu melekat kat Geng Blogger. Sekarang, kita dah ada cara lain nak tinggalkan kesan sejarah kita untuk tatapan masa hadapan. Geng Blogger tu dicipta untuk blogger anak-anak Malaysia yang tak segan nak guna bahasa Malaysia. Ada anak Malaysia nak sangat kita panggil dia Malaysian, tapi tengok blog dia tak pernah pun nak tulis entri dalam bahasa Malaysia. Kenapa? Malu? Takut orang cakap low standard?

Dan aku dengan yakinnya cakap banyak blogger-blogger ni lebih berjaya daripada masa tak ada Geng Blogger dulu. Dari tak tahu apa-apa pasal berblogging kepada menjadi seorang blogger yang mampu berdebat dalam forum dan mampu menulis entri yang bermanfaat untuk pembaca. Even blogger hebat seperti Just Khai pun ping blog kat Geng Blogger. Cukup nak katakan impak Geng Blogger ni memang kuat.

Jadi ya, aku emo bukan sebab aku ni ada title admin je kat situ. Aku tak faham orang yang buat kacau tu, nak cari duit kasi anak makan tapi abuse habis-habisan sistem Geng Blogger supaya dia boleh dapat advantage. Jadi macam mana hasil kutipan yang dia dapat, dengan makian sumpah seranah 4000+ ahli Geng Blogger yang lain, berkat ke makanan yang anak dia makan? Hang fikir la sendiri. Malu bila orang Melayu yang beragama Islam sanggup buat kerja terkutuk macam ni.

Dari segi positifnya, developement untuk ban orang ni semua dipercepatkan dan dah siap. Reliable. Kita tak suka ban orang, tapi kalau abuser macam tu yang mengganggu user experience kat Geng Blogger, maka banning adalah jawapannya. Harap lepas ni pelesit macam ni tak wujud jagi kat Geng Blogger. Sekarang apa yang aku harapkan, ahli semua dapatlah gunakan link referral masing-masing dan invite lagi kawan-kawan blogger yang lain. Referral terbanyak dapat hadiah pengiklanan percuma selama sebulan kat Geng Blogger [Baca sini] =)

Ikhlas,

Ariff Shah
Admin
GengBlogger.com


Posted

in

by

Comments

95 responses to “Geng Blogger – Kita Boleh Bernafas Untuk Seketika”

  1. Juan Avatar
    Juan

    aku peminat gengblogger

  2. slimdiet2 Avatar

    macam-acam orang ada zaman sekarang ni erk

  3. rashid Avatar

    PErnah jugak masuk GB ada masalah, tapi tak pernah maki sebab GB dah banyak bantu dari segi trafik percuma…kalau ditakdirkan GB berbayar, terpaksala lunaskan …harap-harap toksahlah…hehe

  4. Omar Avatar

    apa boley buat, itulah kebenaran dunia ICT..ada sahaja vulnerabilities, lebih-lebih lagi yang guna database..tapi sepatutnya gengblogger sebagai laman web yang faymous menggunakan sistem Content Delivery Network..jadi jika kalau laman di server 1 down, ada berpuluh server lain yang masih elok..

    apa-apapun, pihak pengurusan GB perlu mengambil perisitwa ini sebagai salah satu langkah untuk menghadkan penggunaan syntax-syntax tertentu di URL dan field GB itu sendiri.
    .-= Cerita terbaru Omar.. Keputusan Tawaran Hosting dan Domain – PERCUMA =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Eh. CDN bukan macam tu la. Kalau main server down, semua down. CDN ni dia tarik image file, video, audio tapi bukan database. Content sahaja. Maksudnya kalau main server takde, tak boleh la log in sume.

      CDN bagus untuk website yang banyak gambar dan segala macam benda yang aku cakap tu.

      Bercakap berdasarkan pengalaman..

  5. shida Avatar

    nak tny,td pagi leh msuk GB..tp la ni die suh sabar2 nak check coding..xphmla..kene sabar tu mean tggu lg shari 2 ke..
    .-= Cerita terbaru shida.. ISTILAH YG MASIH TAK DIFAHAMI DALAM DUNIA BLOG: SESAPE LEH BAGI DEFINISI??? =-.

  6. Nia Avatar

    Salam kenal Ariff,

    thanks for this entry. i memang blur betul masa tak boleh nak log in tu. ingatkan dah tukar sistem ke ape.

    harap2 lepas ni semua ok.

    Cheers!
    .-= Cerita terbaru Nia.. Apa nak jawab kalau org kata-Harap-harap la anak u tak ikut macam u =-.

  7. nick Avatar

    err, saya tulis entry dlm bahasaa inggeris dan juga kadang2 bm… bukan malu or low standard just utk belajar menulis dalam bahasa tu.. saya ni dah student uni kan so saya akui BI saya mmg lemah… huhu so tu je la cara since sya ni mmg jarang lah ckp BI ngan kawan2.,hhehe… apa lagi membaca suratkabar ke.. huhu.. so hrp2 ariff jgn la ckp mcm tu ek.. huh terasa aku.. hahha… :) baru nak join geng blogger tp yg tulis bi xleh ke? huhuhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      Eh tak. Tak ditujukan kepada awak tapi kepada golongan yang lebih besar bilangan dia. Kan saya cakap orang Malaysia (Melayu Cina India). Ada diantara mereka ni, cakap dalam dunia seharian nak guna Bahasa Inggeris dan bahasa mereka, blog pun nak guna bahasa Inggeris..

      Tak nak hurai lebih-lebih. Ni kena maklum sendiri la situasi dalam negara kita sendiri.

  8. AmanRicky Avatar

    down lagi. AmanRicky baru nak berjinak-jinak dengan GB. sabar super admin. kami berada di belakang anda.

    p/s nak tanya ada international version tak untuk GB. bukan ape. ada satu lagi blog nak promo. sistem GB menarik la.!
    .-= Cerita terbaru AmanRicky.. Akhirnya Twitter for BlackBerry Secara Rasminya Akan Dilancarkan! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hm. International version eh? Masih belum ada lagi. Kalau ada yang lebih kurang pun ozbloggers je. Kalau Malaysian + English, bloggerunited.

      1. AmanRicky Avatar

        ozbloggers dah try
        bloggerunited sama konsep ke? cuba buka tapi tak dapat
        .-= Cerita terbaru AmanRicky.. Akhirnya Twitter for BlackBerry Secara Rasminya Akan Dilancarkan! =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Bloggerunited konsep lebih kurang, cuma kat situ kena rajin login. Every time log in, latest post bump naik atas.

  9. Aiza Avatar

    smpai hari neh gb taleh in lagik.. huhuhuhu =(
    .-= Cerita terbaru Aiza.. Segala maksud terungkap di sini =) =-.

    1. Amir Avatar

      kitorg ping blog kat ozbloggers.com
      .-= Cerita terbaru Amir.. Jom Sertai Program Earth Hour 2010 =-.

  10. phy Avatar

    Adeii…aku baru je berjinak2 ngan GB tu. Baru sempat ping 4 entri klu xsilap. tetiba nak masuk smlm xbole plak..

    harap2 cepatla sehat semula GB tu..
    .-= Cerita terbaru phy.. Cara Berkesan Memikat Lelaki =-.

  11. PoJiePooh Avatar

    Sedih siot GB dah down.. Xsudah² orang nk khianat!
    Jahat laaa…
    Agak² ada penyelesaian tak??
    .-= Cerita terbaru PoJiePooh.. Lagu Untuk Ferris – BUAIAN RINDU =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ada punya. Orang tu takdelah hebat mana pun, kalau hebat dah jadi coder untuk company besar-besar and tak payah nak buat blog kecik2 untuk buat ads dari blog. Cuma dia tau benda lebih sikit-sikit je.

  12. MC Avatar

    owh i see….
    so that the problem…
    .-= Cerita terbaru MC.. [Video][18sx] Why Israel Is Called Holyland? =-.

  13. Mohd Shahrul Hafizi Avatar

    Man jadda wajjada. Peace!
    .-= Cerita terbaru Mohd Shahrul Hafizi.. Assignment: Sebab aku tak makan ikan masin. =-.

  14. MC Avatar

    hello ariff…

    why i cant login to GB?when i go to there it asked password and login name…after I fil it up,then the same messages came again…and again…and again constantly…what happen in GB?

    for your info,i am using Firefox [latest]…I also try to use Google chrome and it not work..also IE [latest] also not work…last but not least safari also didnt work…aiyooohhh
    .-= Cerita terbaru MC.. [Video][18sx] Why Israel Is Called Holyland? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Currently we’re transferring to a new server. Hopefully by tomorrow everthing will be okay.

  15. Nescafe ais Avatar
    Nescafe ais

    Salam.

    Memang mengecewakan bila ada manusia yang jenis suka dengki mendengki macam ni. Menyusahkan orang lain untuk kepuasan diri sendiri. Harap masalah yang seperti ini tak akan timbul lagi.

    Apapun, tahniah kepada mod dan admin GB yang sentiasa cool melayan kerenah ahli GB.
    .-= Cerita terbaru Nescafe ais.. Cara mudah buat flash header dengan Aleoflash =-.

  16. fifi Avatar
    fifi

    orng tuh kenape?
    lepas nie kena slalu perhatikan jgn tjadi lg..
    .-= Cerita terbaru fifi.. tribute nasi lemak 2 bungkus.. =-.

  17. Meow Avatar

    kerja orang pandai tapi jahat..mmg xakan diberkati la..

    xpe, biar Allah yang balas “jasa baik” mereka2 ni…

    kalu tak dapat sekarang, kat akhirat nanti…

    kpd admin, sabar banyak2…jgn giveup ok…susah nak cari programmer mcm bro…huhu
    .-= Cerita terbaru Meow.. Kehangatan ABP 2009 April Ini =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Eh kejap2. Aku bukan programmer. huhu~ Programmer orang lain. Aku admin biasa..

  18. jue Avatar
    jue

    sebenarnya sy xde tmpt nk tanye, sy tanye kat awk je la ye.. nape banner GB kat blog sy tiba2 hilang, klu 1 blog maybe my mistake, tp 2 blog ni.. please help me…. tq…

    1. ariff Avatar
      ariff

      sebab sekarang GB tengah down. so kalau apa-apa image hotlink terus dari sana memang akan hilang. Itu sebab kita tak galakkan hotlinking gambar2 dari tempat lain kalau nak letak kat blog

      1. Azizuan Avatar

        bila nk elok balik bro?klik ja request password..mn nk carik
        .-= Cerita terbaru Azizuan.. Firefox Tips : Full Page Screenshot Dengan Screengrab =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Maybe esok. Dont worry =)

  19. zaiMi Avatar

    tu la masalah manusia. bila dia tak dapat apa yang dia nak mula la dia buat jahat. memang lahanat betul. menyusahkan orang je. kalau boleh ko dedahkan la url dia. biar kitorang pergi serang blog dia ramai2. kalau dia pakai blogspot lagi bagus. boleh flag terus.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Boleh ke flag? Kalau nak flag tu semua leceh. Ramai2 orang masuk blog dia takde guna gak. Untung-untung je dia dapat trafik banyak2 secara percuma.

  20. white02 Avatar

    hurmm baru nk usha geng bloger pagi td bro..
    (**tk penah nengok sebenarnye~)

    harap korang buleh fix “bug” tu..
    teringin nk nengok..
    (mata bersinar2 neh~)
    .-= Cerita terbaru white02.. Hot Air Balloon Fiesta 2010 =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Dah ok nanti aku inform. Harapnya dapat la ok secepat mungkin

  21. ben ashaari Avatar
    ben ashaari

    ariff..nanti celeb birthday sama sama ek..hahahhaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      haahha. boleh2 =)

  22. daHLia Avatar

    ariff, apsal ke saat dn ketika ni sejak jam 3ptg lagi td, sis xlepas nk masuk??
    huhuh…dah tu pulak, bila bukak blog orang lainm kuar prompt window suh masukkan kos authorization ke apa ntah…sengal doww…..setiap blog tu lak kuar..huuuh
    .-= Cerita terbaru daHLia.. G, aku konpius!! =-.

  23. epulafea Avatar
    epulafea

    aku baru saja nak kenali gengblogger ni.

    seronok boleh jumpa komuniti blogger malaysia.

    pertama kali memang kagum dengan gengblogger sebab ia produk tempatan.

    tapi itulah, malaysia ini seringkali gagal apabila culprit yang tak tau erti inovasi ini terus-terusan menjaja eksperimen orang lain.

    apa-apa pun harap admin dan developer tak pernah sesal untuk terus meningkatkan potensi gengblogger.
    jangan putus asa; anggap semua ini cabaran untuk memartabatkan dunia blogging di malaysia.

    jangan putus asa.
    .-= Cerita terbaru epulafea.. 20 mac 2010 =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Akan disampaikan kepada coder sebenar Geng Blogger. Saya ni hanya admin, sampaikan berita daripada encik coder sahaja ^^

      Insya allah esok ok la.

  24. ReD Avatar

    ooowwhhhhhh.patutlah try bukak website geng blogger tak lepas2. asik kena authentication je. lahanat tu punya pasal rupanya.. cis!
    .-= Cerita terbaru ReD.. ~ KERANA SAYANG, AKU RELAKAN SEGALANYA… ~ =-.

  25. awek ninja Avatar
    awek ninja

    hurm..nk tanya….apsal tiap kali sy bukak blog blogger2 lain keluar command window secure yg minta id ngan password erk??
    .-= Cerita terbaru awek ninja.. CHATTING DI 8TVNITELIVE =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kita tutup kejap sebab ada orang kacau lagi hari ni.

      1. awek ninja Avatar
        awek ninja

        hurmmm org yg abuse tu yg ader 14 blog ntahpaper tu ker????
        .-= Cerita terbaru awek ninja.. CHATTING DI 8TVNITELIVE =-.

  26. Luth Textile Avatar

    taktau la nak kata apa pada budak2 perangai mcm tu..
    ermmm..
    .-= Cerita terbaru Luth Textile.. (PANAS) Rakaman Sindiket Penipuan Power Root Menang Rm10k =-.

  27. eiyda Avatar

    lorr…macam2 lah..dorang ni…busuh hati..patut arr xleh nk masuk Gb..sejal smlm..da ok ke lom ni ek..
    .-= Cerita terbaru eiyda.. eiyDa::Dah Bersedia Tamatkan Zaman Bujang:: =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Semalam dah okay dah. Time tu admin memang dah ban dia, tapi yelah. Sentiasa ada kelemahan benda ciptaan manusia ni. Kita improve je la dari masa ke semasa.

  28. Azrul Hisham Avatar

    bangsat betul sape buat taik kat GB ni…jenis Melayu dengki tahap puaka dah ni…hari ni tak dapat masuk pulak….masih menunggu GB kembali normal…harap ada berita terkini daripada pihak admin…
    .-= Cerita terbaru Azrul Hisham.. Jalan-jalan kat pesta buku @ PWTC =-.

  29. mr cEro Avatar

    mmg siot…
    agaknya ape yg dia dpat kalo wat camtu??
    ko ban je dia, ban seumur hidup…
    kalo hebat lg, bg je dia blek ape yg dia dh wat kt GB..
    patut laa aku nk masuk GB pon takleh…
    siot giler..
    .-= Cerita terbaru mr cEro.. Lagu yang mengaktifkan amygdala =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sekarang ni dia buat memang sebab dengki. Inilah rupa sebenar orang Melayu yang busuk hati. Dia dah tak dapat apa2, dapat kutuk maki orang adalah.
      Dah buat dah ban seumur hidup tu, tapi yelah apa yang kita buat belum tentu perfect.

      1. imran Avatar

        Mereka masih boleh lepas kerana gunakan proxy IP
        .-= Cerita terbaru imran.. Bowling Time =-.

  30. ezany Avatar

    poblem lagi eh.. kalau blog budak tu ade nuffnang.. boleh jer kot report kat nuffnang.. kan ade register personal details.. mmg sengal la org camtu..
    .-= Cerita terbaru ezany.. Kenapa Earnings Nuffnang Masih RM0.00? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Masalahnya nak berurusan ngan Nuffnang & Advertlets ni memang satu hal. Diorang mesti la nak investigate bla bla bla dulu baru boleh amik tindakan. Untuk advertlets, aku dah email Josh Lim semua site orang tu sebab advertlets dia dah cecah RM2000 tapi senyap jer.

  31. aini Avatar

    Sekali lagik tak oleh masuk gengblogger nih.. Geram sungguh.. =( Siapakah yg empunya angkara itu?
    .-= Cerita terbaru aini.. CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100 =-.

  32. jue Avatar
    jue

    ade effect x klu bg id & psswrd, sbb smlm sy cuba byk kali, mcm2 id & psswrd yg sy mskkn…
    .-= Cerita terbaru jue.. PUISI: Suami vs. Isteri =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Takde. Haha~ Yang tu memang untuk admin je

  33. aboi Avatar

    tapi kan..aku selalu kalau nak masuk geng blogger keluar peringatan web dia ada virus…kenapa ek?

    entri ko tak ada skroll baru nampak kemas.
    .-= Cerita terbaru aboi.. Kawan Lama dengan Kawan Baru..Siapa yang kita kena ‘Back-up’? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      ha? ada ke? nanti print screen peringatan tu. hantar kat aku

  34. Azrul Hisham Avatar

    memang teruk punya perangai…tak pasal2 kena maki ngan ribuan gengblogger yang lain….jenis ‘mental disorder’ memang macam tu…huh

    harap security gengblogger dapat diperkuatkan lagi….
    .-= Cerita terbaru Azrul Hisham.. Jalan-jalan kat pesta buku @ PWTC =-.

  35. imran Avatar

    Perkara biasa yang akan terjadi pada sesebuah laman web apabila sudah terkenal. Oleh itu, pastikan owner GB upgrade security terutamanya untuk mengelakkan DDOS ATTACK

  36. wawaa Avatar

    Hohh! Ko admin rupenyaa..ok then, ko ada kelebihan tu…go ahead..
    btw, byk prubahan kat blog ko ni..suke aku tgk..makin kemas..and aku mmg suke tulisan verdana drpd georgia neh…hehe…
    aku plak xde masa nak update blog lgsg…~xpelaa..
    .-= Cerita terbaru wawaa.. Bola bowling hempuk aku! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hoho~ Ni theme mahal~ Sehari gak la aku godek coding dia. Dan beberapa hari gakla aku testing theme ni.

  37. farenova Avatar

    Patutlah tak boleh masuk semalam, kena isi nama dan password, tapi takut nak isi mcm mcm berunsur virus, pastu petang sikit buka dah boleh dah, huhuhuhu lega.

    kepada budak yg bijak pandai tu, lepas ni jgn buat mcm ni lagi kat GB, dia boleh kerja dengan company2 perisik, dapat sikit duit.
    ok,
    .-= Cerita terbaru farenova.. Law of Attraction =-.

  38. fina fento Avatar

    jahat punya manusia. dengki. laknat. mongok. oke, dah. cukup.
    takde otak. oke, cukup cukup.
    .-= Cerita terbaru fina fento.. Jatuh sayang =-.

  39. Daus Avatar

    Salam Ariff,

    Patut ler aku takleh masuk GB semalam, dia bukak diwindow prompt bila aku nak masuk… huhu, jahat laknat betul sape punya keje tu…. kenapa nk ganggu komuniti orang?, huhu… Bukan ko je emo Ariff… ribuan Geng lain pun naik emo coz GB sumber trafik dia’orang yg paling kuat….

    Pasang contest GB yg invite rakan2 tu aku rasa aku tak layan kot join, tak pandai invite org, hehe…
    Peace!

    Ingat Hijau : Ingat Daus
    .-= Cerita terbaru Daus.. She-Wolf – The Last Sentinel Di TV3 =-.

  40. dinsblog Avatar

    patut la nak ping semalam cam ade problem…bagus la kalau dah filter pengodam tuh
    .-= Cerita terbaru dinsblog.. Buat duit dengan Innity Network =-.

  41. izzat Avatar

    Bila orang Malaysia ni ada sedikit lebih ilmu dia, mula la nak buat kacau. Memang tak beretika. Memang tak tahu bersyukur. Bila dah berikan kemudahan, disalahgunakan. Memang typical Malaysian habit. Maaf kalau ada terasa, tapi itu realiti.

    Platform Gengblogger tu dah cukup cantik, khaskan kepada blogger yang menulis dalam BM. Kalau dulu aku dan blogger2 lain kena berebut-rebut dengan blogger2 lain dari negara-negara lain di Innit Nuffnang dan sebagainya, sekurang-kurangnya, untuk blog berbahasa Malaysia, ada juga platform sendiri. Walaupun entri2 aku di Gengblogger tidak mendapat trafik seperti pengguna2 Gengblogger yang lain, sedikit sebanyak membantu dalam menaikkan ranking dalam enjin carian disamping SEO. Apa yang aku boleh simpulkan, GB ni memang bagus untuk dapatkan first blog exposure ataupun immediate blog traffic daripada pengguna2 GB. Harap2 pengguna2 GB yang seterusnya lebih beretika dalam menggunakan GB.
    .-= Cerita terbaru izzat.. Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      YUp. Itu tujuan asal Geng Blogger ni. Dulu takde tempat untuk blogger BM, kebanyakan orang Malaysia yang bukan Melayu bukan nak sangat pun baca blog dalam bahasa Melayu ni.

      So kita buat Geng Blogger, kasi blogger berbahasa Melayu ni tempat mereka untuk berinteraksi dan berkomuniti. Alhamdulillah semua target berjaya dicapai, tapi bila ada kaum sendiri buat bangsat, aku tak tau nak cakap apa dah. Kecewa.

  42. FTN Avatar

    nafsu manusia ni memang tak pernah puas. ada je cara nak guna untuk kepentingan diri sendiri.
    mungkin si dia tu ingat gengblogger dia punya saja. Cis, walaupun aku tak paham apa itu multiple mysql injection kejadah, good job to admins sebab banned mereka-mereka itu.
    .-= Cerita terbaru FTN.. No Sweat! =-.

  43. Lord Zara Avatar

    haip~

    orang yang buat dajal tu memang amat haram~

    manusia sakit ada di mana2 kan?
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Mungkin Kau Belum Cukup Tahu Sedalam Mana Aku Cinta Kau – Jam 2203 : 22 Mac 2010 – Kita Bermesra. =-.

  44. iyllienaz Avatar
    iyllienaz

    hahaha..aku tergelak sendiri..sbb xpenah masuk lagi website geng blogger..lepas hantar thesis la baru aku nk usha website tu..
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. bertambah serabut fikiran.. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      eh. tak pernah masuk lagi? Kena masuk lepas ni =)

  45. aizuddin Avatar

    memang tak de keje len..nak menyusahkan orang je keje dy..huhu

  46. shida Avatar

    patutlah xleh nk msuk GB pagi td..die mntk username ngan password..pelik sangat..siap tny kat encik mimpi lagi kot2 die tau..cek emel kot2 ade username ngan passwordnye emel..rupe2nye ini yg jd..walaupon xbpe paham n bru lg dlm blog2 ni,tp rse sedeh gak klu GB xde..sush la nk jalan2 tgk blog org..=))

    jengukla blog sy…

  47. Kujie Avatar

    ‘orang yang sama ke”
    si dia tu… tuuuu…. mcm makcik2 muncongkan molot
    .-= Cerita terbaru Kujie.. Geng Blogger : Jangan Berdebat Seperti Ini =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahahahaha.. orang sama.

  48. maisyara Avatar
    maisyara

    terkejut sbb td nk masuk GB tk leh. rumah yea ade org kacau2. fuhhhh! selamat. harap2 tak ada yg kacau2 mcm td. mati2 ingt GB dh tade. T____T
    .-= Cerita terbaru maisyara.. Mimpi indah jadi pelik. lebih pelik blogger lain sesat masuk dalam mimpi aku ni. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ish. takkan la senang sangat GB takde. Biaselah tu, kalau nak bangunkan web ni mesti orang akan amik kesempatan terhadap apa-apa kelemahan untuk kepentingan diorang

  49. ezany Avatar

    bagus2.. berita gembira ni.. hapuskan anasir2 yg tak guna dari GB..
    .-= Cerita terbaru ezany.. Kenapa Earnings Nuffnang Masih RM0.00? =-.

  50. TycoBlogger Avatar
    TycoBlogger

    Ariff…aku selalu doakan agar ko pun tidak diabuse pada masa akan datang.. hehehe.. gurau bro….
    .-= Cerita terbaru TycoBlogger.. PERCUMA: Hantar SMS PERCUMA =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hm. sapela yang nak kacau blog aku yang tak seberapa ni..

  51. miss lolly Avatar

    HOI.

    yg bukan admin p0m gerammmmmmmmm.
    .-= Cerita terbaru miss lolly.. kali ini memang BERITA TERGEMPAR ! tolonglah percaya. =-.

  52. neo Avatar

    wew..betul punya marah,sampai aku tak sempat tarik nafas nak baca..LOL
    Klau ko marah ,aku lagi angin bro.Takpe2,harap2 lepas ni semua akan ok balik..Insyaallah.
    .-= Cerita terbaru neo.. Jom sertai template blog tercantik di Gengblogger. =-.

  53. joegrimjow Avatar

    tadi pagi agak terkejut jugak la dengan tetiba rasa pelik je blog sendiri
    tulis pasal gb gb
    bukak gb, xdapat pulak
    baru tau ada masalah
    ok la tu da satel

    sape buat ozblogger?
    cam same je platform
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. tip shopping online : hadiah pemenang pertama =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      ozblogger? hm. entah la. kurang tahu lak.. nanti aku investigate

        1. hanis aleeya Avatar
          hanis aleeya

          Kong la yang buat.. Hari tu ada dia tunjuk kat kitarang.. template dia apa sume sama kan?
          .-= Cerita terbaru hanis aleeya.. Dokumentasi Alam =-.

  54. yus Avatar

    err.. tak faham.. sape kah ‘dia’ yg meng abuse GB tuh? kene rahsiakan ek?

    1. ariff Avatar
      ariff

      biarlah rahsia. hehe~

  55. nursarah Avatar

    nila tak dapat masuk tadi memang terus pk pasal abuser. dengar kata orang yg sama yang buat kerja keji ni. aduhai. susah betul kalau ada orang macam ini, buat hal bukan sekali malah dah dua kali. kalau akali ketiga dia buat jugak perlu disaman terus agaknya. haish
    .-= Cerita terbaru nursarah.. no sweat =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      harap lepas ni dia tak boleh masuk lagi la. kena sentiasa alert.

  56. topo Avatar

    dia abuse macam mana ek?
    .-= Cerita terbaru topo.. Panduan Lengkap Contoh Penggunaan Emoticon Seperti Ini (*^.^) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      multiple mysql injection atau sesuatu yang seperti itu, aku tak faham sangat bahasa coder nih sumer. Tapi apa yang aku faham benda tu macam refresh beribu kali dalam masa yang singkat la

      1. Jake Hays Avatar
        Jake Hays

        Refresh banyak kali? DDOS namanya, selalunya kalau kena DDOS ni, wbsite akan down terus. Aku tahu dari pengalaman aku sendiri sebab aku sendiri adalah admin kepada satu forum ni, tahun 2009 kalau tak silap, kemuncak DDOS yang kami terima.. tiap-tiap hari selama sebulan.. memang buat sakit kepala… =.=”
        .-= Cerita terbaru Jake Hays.. Layakkah ‘Dara’ wanita di Persoalkan? =-.

        1. Wan Perlis Avatar

          admin putera ka?

          hebat gak mamat tu dapat buat ddos dan sql injection.
          siapa lagi admin gb selain ariff?
          .-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Layan Formspring Sat =-.

          1. ariff Avatar
            ariff

            Ben Ashaari. Itulah mamat tu. Sakit otak kot..