Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 12) – Gaya Memasak Pelajar Malaysia

Orang tanya: “Ko masak apa? Rendang ke?” Aku: (angguk je. Malas betul kalau orang interview time masak nih)

Hidup sebagai student kat Moscow ni memang tak boleh tidak tak masak. Yelah, duit biasiswa dapat berapa sen sangat kalau nak tampung untuk makan luar tiap-tiap hari, dah la elaun sara hidup baru je kena potong bulan ni. Lagilah kena saving lebih sikit. Lagi satu kalau masak sendiri ni, tak payahla makan makanan orang kat sini. Entah apa-apa entah diorang makan. Serius aku memang tak suka apa orang Russia ni makan. Takde taste langsung.

Bila memasak kat hostel ni dan berkongsi dapur dengan orang lain aku nampak macam-macam stail yang ada. Haha.. ni antara yang nampak la setakat hidup aku empat tahun kat sini..

Campak & Tinggal

Stail campak dan tinggal ni adalah stail yang paling biasa sekali aku nampak. Basically, si tukang masak akan tumis, letak itu ini dalam kuali, letak air, letak daging/ayam dan lepas tu lesap. Ada yang lesap pergi hisap rokok, pergi sambung main Facebook dan entah ke mana lagi hilang aku pun tak tau. Golongan ni memang hebat sebab diorang dapat timing supaya apa yang dimasak tu jadi, tak hangus dan boleh dimakan.

Cuma satulah, stail ni juga digunakan oleh si pemalas termasuk aku kalau hari tu aku malas masak atau terlalu busy. Masak guna kiub tomyam atau sup bunjut je. Tumis ala kadar, letak air, letak kiub lepas tu settle. Balik bilik, hadap kerja apa yang ada (tapi tak gak, last-last main Facebook. Tak pun update blog). Cukup masa letak garam secukup rasa dan siap. haa… simple kan? Kalau sekali sekala buat macam tu orang faham la. Hidup sebagai student kat sini tak tentu, kadang-kadang dalam jadual habis kelas pukul empat, tapi balik pukul tujuh. Balik dah penat. Jadi dimaafkan la..

Kenduri

Masak stail kenduri ni maksudnya masak beramai-ramai, lepas tu lauk nak 10 jenis. Memang tak ingat dunia punya. Biasanya kaum perempuan la suka masak macam ni. Aku tak faham kenapa padahal nak makan biasa-biasa je. Dapur kecik tu jadi sesak kalau sampai masa geng memasak ni memasak. Kalau bertembung dengan geng macam ni memang payah la.. satu nak kena berebut dapur dengan diorang, yelah kalau dah masak banyak-banyak mesti kalau boleh satu dapur tu diorang nak monopoli. Kena la timbang rasa sikit kat orang lain kan..

Biasanya diorang nih rotate balik kot lauk tu untuk entah berapa lama. Haha.. masak banyak-banyak, makan sikit-sikit. Lepas tu panaskan balik je.

Awal

Yang ni aku. Kalau sampai giliran aku memasak, memang aku masak seawal mungkin. Sebab utama untuk mengelakkan dapur sesak. Kalau kena time semua orang nak masak, dicampur dengan budak Myanmar kat floor ni yang memasak sekali, fuhh.. rasa macam nak nak terjun je dari tingkap dapur kat tingkat 12 ni. Tak boleh la.. Budak Myanmar ni pun jenis masak stail kenduri. Lepas tu bersepah dia, ya ampun… Kalau cleaner cuti atau hujung minggu, dapur tu macam baru lepas kena tsunami je.

Orang yang masak awal ni biasanya paling best sebab kadang-kadang bila balik kelas je makanan dah ada. Terus boleh makan dengan hati yang gembira. Kena ingat, Moscow ni bukannya ada mamak untuk disinggah semasa pulang ke rumah. Sampai bilik biasanya memang dah lapar tahap gaban. Jadi adalah penting supaya makanan tu ada, dan siap on time kalau boleh.

Cincai

Masak cincai ni biasanya sebab nak cepat obviously. Datang dapur, goreng nasi sikit, goreng telur, settle. Tak payah nak sedia bahan-bahan itu ini, tak payah potong sayur. Letak mixed vegie sudah. Biasanya yang masak cincai ni ikut stail campak dan tinggal gak. Tengok lauk la.. Kalau setakat goreng telur sebiji dua lepas tu tinggalkan memang hangus la telur tu kan.

Yang tak tahan kalau ada golongan yang memang stail memasak dia simple habis macam ni.. yang tu susah la nak cakap.. kalau masak dengan kawan-kawan lain, lama-lama orang cakap belakang gak kan sebab lauk main bantai benda sama je tiap-tiap minggu, masak pun macam nak tak nak je.

Paling Last

Golongan yang ni kalau boleh diorang nak masak paling last sekali. Contoh kalau hari ni dia masak, memang silap-silap pukul 10 malam karang baru start masak dan pukul 12 tengah malam baru nak makan. Memang rosak diet kalau dalam rotation memasak ada orang yang masak macam ni. fuh… kalau aku dalam hati boleh maki-maki sebab lapar punya pasal nak tunggu makanan siap.

Perlu diingatkan, seeloknya makan empat hingga enam jam sebelum tidur untuk mengurangkan risiko perut boroi.

***

Jadi itulah serba-serbi macam mana budak-budak memasak kat sini. Tempat lain aku tak taula.. Tak sama kot. Persekitaran berbeza, tempat tinggal berbeza. Tambahan sikit, kalau nak tau apa yang dimasak tu sedap ke tak, atau sekurang-kurangnya boleh dimakan tengok berapa punya cepat lauk dan nasi tu habis. Kalau lauk habis dulu, nasi banyak lagi maksudnya lauk sikit. Kalau lauk dengan nasi habis licin malam tu gak, maksudnya memang sedap. Kalau ada lebihan pagi esok, lepas tu orang pun tak nak habiskan lauk tu dan nasi banyak lagi tak habis, maksudnya.. ermm.. pandai-pandailah korang kan.

+ Gambar: Lauk malam tadi aku masak. Daging masak cili, telur goreng serta nasi kelmarin yang tak habis..

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

50 Comments