Garden Wedding Di Malaysia

Reading Time: < 1 minute

Alang-alang dah masuk majalah edisi perkahwinan, eloklah sangat bulan ni saya cerita lebih sikit pasal perkahwinan. Kali ni nak cakap pasal garden wedding di Malaysia. Saya tak rasa garden wedding ni sesuai dilangsungkan di Malaysia sebab satu je, cuaca kat sini PANAS!

Think about it, tak ke susahkan diri sendiri nanti? Dengan berpeluh tak sudah kat tengah taman. Pakai baju Melayu dalam rumah pun dah panas, inikan pula kat luar bawah sinaran matahari. Memang leceh.

Kesian pulak pada pengantin perempuan. Pakai dah berapa banyak layer, lagilah panas. Habis make up cair.

Dan kalau pengantin sanggup nak menghadapi semua tu, kena fikirkan jugak tentang tetamu yang bakal hadir. Selesa ke tak mereka nanti?

Itu kalau panas, kalau hujan pulak tiba-tiba macam mana?

Walaupun begitu, tak mustahil nak buat garden wedding ni. Kena tahu bila masa yang sesuai iaitu bukan musim hujan dan kalau nasib baik, hari pilihan untuk wedding tu tak panas terik.

Pada saya, kalau ye pun nak buat garden wedding kat Malaysia ni, tempat sesuai adalah kawasan peranginan di tanah tinggi seperti Cameron Highlands atau Fraser Hill. Tak pasti ada ke resort kat sana yang boleh sediakan tempat untuk anjurkan majlis ni.

So itulah pandangan saya tentang garden wedding di Malaysia. Tell me what you think.

– Kredit gambar: Wedding Belog Reen


Posted

in

by

Comments

27 responses to “Garden Wedding Di Malaysia”

  1. fmtt Avatar

    barangkali kerana keterujaan mejadi raja sehari menyebabkan orang sanggup lakukan apa sahaja biarpun terpaksa menanggung kepanasan.

  2. ohcikgu Avatar

    wat biasa-biasa cukuplah. hhee..

  3. Hafizul Avatar

    setuju..tambahan pula cuaca kat malaysia bukan bermusim sekrang ni..rasanya elok dibuat dalam dewan kot..selesa..org yang hadir pun selesa jer makan…hehe

  4. azriMy Avatar

    wah ni kalau demand nak buat style kahwin camni banyak, untunglaa pemilik resort di kawasan tanah tinggi yang cuacanya terkawal sejuk sepanjang masa… boleh je caj mahal-mahal, and for sure pengantin sanggup bayar untuk nampak romantik dan bajet kahwin di oversea gitu

    in before,
    “kahwin ni cuma sekali, kecuali diizinkan” – broframestone

  5. akak tulip Avatar
    akak tulip

    biasanya perempuan mmg suka garden wedding. perempuan kan jiwa-jiwa lebih skit dr lelaki. garden wedding ni mcm ‘kiut’ + ‘ so romantic’ la kot bagi perempuan.. masa kita nk kawen biasa nya akal kita ni jadi kurang waras skit, kita akan fikir sekali seumur hisup. pas ni tak merasa dah…sebab tu ramai jek sanggup amik risiko utk buat garden wedding style. mcm akak, of course tak bley..nanti org kampung kata i over tau…mcm style omputeh pulak…

  6. boni kacak Avatar

    rasanya aku setuju dengan bro..memang tak sesuai… aku lagi selesa buat dalam dewan je…

  7. sayha Avatar
    sayha

    agreed..cume saye rase boleh cume kene details skitla mcm pasang kipas yg ada air tu..and gantung bunge2an atau be creative to make somekind of bumbung.and pasal weathee checkla dulu dgn peramal cuaca tu. leceh sikitlah kerje.. ini hanyer pendapat saye.

  8. SADIQ Avatar

    Fuhh..tengah2 dok wedding hujan pulak tetiba..memang jenuh la tetamu dengan pengantin nanti.. =)

  9. Cikgu Syahir Avatar

    memang best. kalau tetiba hujan panas basah percuma. :p

  10. Dulu Lain Sekarang Lain Avatar

    Nampak mcm best.. cuma kalau sendiri punya perkahwinan maybe tak mahu ehhh… kalau boleh bawah radar jer…

  11. panglima muda Avatar
    panglima muda

    Salam….dah lama dah tak jenguk ni

  12. namee Avatar
    namee

    wedding paling best, buat kat rumah gak. boleh je buat garden wedding kat rumah. tapi apa apa pun kalau nak buat wedding, priority kena fikir tetamu la. jangan susahkan them.

  13. hisham Avatar

    mungkin ianya budaya…
    sama seperti konvokesyen… kat oversea kan konve kat tengah padang…
    kita konvo dalam dewan…

  14. Faris Al-Muhandisu Avatar

    pernah hadir majlis dgn konsep mcm ni. depa sembur mist tu nk kasi dingin ckit… but still panas jugak. hoho

  15. hatiputera Avatar

    Memang suasana cuaca kat malaysia nie tak sesuai untuk buat garden wedding, kekadang panas dan hujan. Walau apa pun terpulang kepada si pengantinnya tetapi saya cadangkan buat di cameron highland.kelas gitu.

  16. titan Avatar

    kita setuju ke tidak..kalau diorang sanggup bayar kosnya.. aku okey aje. tapi memang confirmlah time kahwin aku nanti aku tak wat..wat kat rumah aje. tidak pun..sewa dewan aje..lagi senang..orang nak datang pun senang, nak parking pun senang..

  17. Ekspresi Ruang Avatar

    dgn cuaca yg xmenentu skg ni, rsnya agak sulit utk adakan wedding kt garden ni. tp advantage wedding di tmpt sebegini adalah fasiliti parking kereta yg lebih byk berbanding di dewan, apatah lg kalau di rumah sendiri

  18. rafidah Avatar

    ntah ar..ikut cuaca ar..tapi skrg cuaca tak menentu..kalau yang tepi pantai tu dalam gambar memang nampak suweet..tapi as pengantin memang hazab nak bersanding tengah2 panas tu. even dalam rumah yang ade econ pon terase panas..banyak sgt pengaruh barat..nak garden wedding la..wane tiffany la..wat abes duit je..huhu

  19. nabila Avatar

    theme garden sweet sebenrnyeee…tpi mmg xok sgt la di malaysia..

    tpi kalu buat mcm tmpt2 like lebih byk hijau2 tu.. mungkin la sesuai..sebb sejuk kan kalu ade byk pokok=)

  20. paeh Avatar

    Last year aku pergi wedding akulinglung.com bos Lejen Press. Dia buat garden wedding. Wahaha. Panas juga laa sebab ramai orang. Mujur time tu mendung. Jadi ok laa, not bad. Lepas makan ada juga laa tempat lepak duduk-duduk.

  21. Adam Dzirhan Avatar

    last year ada pergi Garden Wedding tapi dibumbungi canopy, memang tak panas dan kreatif..

  22. ika Avatar
    ika

    Just go and survey that restoran arab you were telling me….haissh..

  23. Vivie Avatar

    buat kat cameron/fraser hill atau tempat2 yang jauh dari kampung asal pun susah jugak, xde tetamu nak datang. kena keluarkan kos semata2 nak pegi wedding. orang2 kampung sah2 x datang. pendek kata… susah la garden wedding ni…

  24. akubiomed Avatar

    Sekarang ini sudah ada fan semburan mist dan portable aircond boleh mengurangkan rasa panas kepada pasangan pengantin dan tetamu cuma bajetnya lebihlah sedikit.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kos terlebih sikit la nanti nak sewa generator untuk kipas/portable aircon tu

  25. Lord Zara Avatar

    Anyway, kalau musim hujan – kawan aku pernah kata yang dia tetap nak buat ala2 garden wedding ni dengan provide baju hujan pada tetamu. Agak2 kau, ada ke orang2 tua yang nak duduk & sarung gak baju hujan ni?

    -_-“

  26. Lord Zara Avatar

    Aku buat kat rumah cam normal people.
    Jemput datang nanti :)