Gaji RM2,500 Untuk Budak Fresh Graduate Zaman Sekarang

gaji fresh graduate malaysia

Minggu ni sempat bertemu dengan klien takaful yang ada rumah di Bukit Jelutong tu. Adiknya pula nak ambil takaful. Macam biasa sambil-sambil isi form dalam iPad, kami berborak panjang.

Satu isu yang disentuh adalah gaji fresh graduate. Baru saya tahu enam tahun lepas, gaji fresh graduate pun RM2,000, macam sekarang. Okalah.. bagi peluang sikit. RM2,500. Tapi still kesian.

Enam tahun lepas, client saya ni boleh beli apartmen kat Sri Damansara pada harga RM82,000, sama harga macam low cost apartment kat Shah Alam yang saya beli dua tahun lepas. Bayar bulanan katalah RM410.

Sekarang, katalah boleh jumpa lagi apartmen ni pada harga RM200,000. Kalau nasib baik.. So bayaran bulanan RM1,000.

Beza bayaran bulanan apartment ni dulu dengan sekarang adalah RM600. Beza gaji pulak RM500. Tapi takkan nak kira macam tu je kan, cost of living zaman sekarang of course berkali ganda lagi tinggi.

Zaman dulu takdelah nak beriadah kan One Utama, Pavilion atau Mid Valley. Zaman sekarang, itu aktiviti hujung minggu anak muda, atau silap-silap hari-hari sebab ofis dekat dengan pusat beli belah ni.

Zaman dulu orang makan kat gerai-gerai tepi jalan je. Sekarang ada hipster kafe dan macam-macam coffee shop. Tempat lepak ada style gitu..

Zaman dah berubah. Lifestyle makin canggih. Property makin mahal. Gaji budak fresh graduate je tak berubah-ubah lagi.

Jadi ketahuilah gaji kat Malaysia ni rendah. Maka biarlah hidup kita pun berpada-pada dengan pendapatan yang ada. Kalau tanya saya, saya lebih suka cakap cari pendapatan lebih daripada berjimat bagai nak gila. Buatlah kerja apa pun, asalkan halal. Jangan join skim tersontot sudah.

Kalau tanya saya lagi, buat kerja takaful pun ok gak. Cuma kena kental lah. Kalau lembik, belum setahun dah hilang..

Saya doakan yang terbaik untuk adik-adik fresh graduate. Jangan tersilap langkah dalam perancangan kewangan. Awak naik gaji bukan RM3,000 – 4,000 macam ahli parlimen, RM200 – 300 je.. All the best!

34 Comments

  • AinSyu

    7 June, 2015 at 4:17 pm

    May i ask something? Gaji lawyer fresh graduate sktrg berapa ye? And engineer mana2 bidang jugak. Mostly yang abang blog ni gaji berapa sebulan? im matrics student, i just want to know because my ambition is an engineer (automotive)

  • mommy to be

    18 April, 2015 at 2:59 pm

    Act banyak mana pon gaji kite yg penting pandai menyimpan.. sy start keje basic 2500 + elaun 380 tahun 2013, now basic 2850 + elaun 780 .. increment 2 tahun baru 350 … Tapi evrymonth i plan my salary.. alhamdulillah.. mampu bg mak sebulan 500 xpnah miss, n byarkn kete mak sebulan 400 .. n my saving every month still 1000… n i still can buy branded handbag n shoes…. Just how u spend ur salary n jangan lupa berbakti pada org tua.. insyaallah berkat itu ada :)

  • Suriya

    15 April, 2015 at 11:56 pm

    Berjimat sangat tak best, yelah dah biasa dengan lifestyle begitu-begitu, tiba-tiba terpaksa sekat sana sini. Kan masih ada tulang empat kerat, usaha tambah duit tulah yang paling best. Dan lagi best, tolong orang lain sama-sama banyak duit.

  • aqmalfaiz

    15 April, 2015 at 2:09 am

    option 1 sekat perbelanjaan tu memang tak best. Anda akan jadi hidup by day basis je, takleh enjoy langsung.

    option 2 terbaik, tambah pendapatan. Boleh enjoy life danbantu orang lain jugak :)

  • rahimah

    14 April, 2015 at 7:19 am

    Kalau kita kreatif, banyak kerja boleh di buat secara online.Buat part time dulu untuk extra income. Siapa tau yang part time tu boleh beat gaji full time. Kalau duduk di bandar living cost sekarang memang melambung-lambung, carilah rumah di pinggir bandar. Boleh juga intai-intai peluang bekera di luar negara.

  • lla

    14 April, 2015 at 1:32 am

    Kos hidup sekarang memang makin naik, gaji 2500 fresh grads memang belum dalam zone “selesa” tambah-tambah lagi tinggal di KL. kalau bujang ok lagi, kalau dah bekeluarga? solusinya kena jimat cermat or cari extra income:)

  • Homestay wakaf Che Yeh

    13 April, 2015 at 11:55 pm

    Setuju. Lagi satu dulu kalau fresh graduate degree gaji RM2,000 tu dah kira tinggi dah. Aku dulu start kerja gaji RM1,800 je termasuk elaun sebelum potong kwsp dengan jawatan Site Engineer. Dah potong kwsp gedebak gedebuk ada la RM1,500 bersih. Memang tak cukup, dengan bayar kereta, sewa rumah, minyak, makan dan lain-lain. Kena ikat perut la.

    Kalau zaman sekarang ni RM2,500 untuk fresh graduate aku rasa pun tak cukup gak. Sebab taraf hidup dah semakin tinggi dengan tambahan gst lagi, lagi pening kepala. Kerajaan kena tengok dan kaji balik isu ni.

    Anyway aku sekarang dah tak makan gaji macam dulu. So far ok la dengan hidup sekarang ni walaupun macam-macam dugaan mendatang, huhu.

  • Zfarina

    13 April, 2015 at 11:17 pm

    Saya baru keja 2 tahun, lepas belajar keja guna degree xde, cari keja guna diploma. Masa tu gaji starting basic 1373.11, tolak campur elaun dpatlah dalam 1800. mak dah risau macamane nak survive dekat kl dengan gaji gitu. kenaikan tahunan pun rm145, T_T.,
    hari2 pegi keja jalan kaki ke lrt station sebab nak jimat tambang bas, naik bas seringgit ke tempat keja, bawak bekal ke ofis. Bukan senang nak survive, Beli kereta? sampai sekarang belum ada sebijik pun,
    Anak muda kena pandai berjimat, dan fikir masa depan, sekarang harga nasik goreng dengan paru goreng pun dah RM4.50, baik goreng sendiri kat rumah,.

    sekarang Alhamdulillah ada side income sendiri, cuba jugak even balik rumah sampai xcukup tidur hari2,, bukan senang nak senang..

  • Izwan

    13 April, 2015 at 12:10 pm

    Zaman sekarang ada ramai usahawan baru yang sedang cari pekerja. Gaji diorang offer rendah, akauntan ada degree gaji RM1900.

    Tapi apa yang menarik tak perlu masuk office 8-5. Hanya seminggu sekali. Lain2 kerja remote dari rumah. Jimat minyak, parking, masa.

  • mohdhiruan

    13 April, 2015 at 9:17 am

    Zaman skrg dah ada instagram dan FB, nak update status location kat kedai makan gempak gempak katanya…huhu

    sebab tu kena buat part time jual insuran, confirm cepat kaya :-)

  • Aida

    12 April, 2015 at 10:04 pm

    Bagi saya expectation & lifestyle orang sekarang yg terlalu tinggi & tak realistik. Esp student lepasan universiti. Dapat kerja, mesti beli kereta Myvi, nak beli rumah, hujung minggu Shopping Mall. Camane nak cukup?

    Tapi selalunya bila tahun ke-3 dan ke-4 bekerja baru sedar diri betapa susahnya nak hidup di bandar yg mana kena kekal bekerja sedangkan pd masa sama kena hadap stress lagi. Masa tu baru sedar, tak boleh senang-senang nak berenti kerja sebab komitmen kereta, loan, dll.

    Saya dah 7 tahun bekerja & sampai ke tahap manager, alhamdulillah semua pengorbanan saya semasa muda di samping bergelut dgn belanja harian suatu ketika dulu…. dah mula menampakkan hasil. Kawan-kawan sesaing yg rutin bulanannya tudung Fareeda, shopping mall & cinema masih kekal mcm tu, dapat gaji habis dapat gaji habis. Saya pula… sekarang dah bekerja sendiri, dapat bisnes sehari dibayar seribu, sebulan ada 10 hari je kerja, dah dapat 10 ribu. Sebab masa muda sy dah puas usaha keras mcm Ariff :)

  • Inspirasi Huda

    12 April, 2015 at 11:36 am

    Entri sarat dengan nasihat dan realiti kehidupan zaman sekarang. Berada di kampung pun dah terasa bahan beban ekonomi. Ini kan pula yang hidup di kota metropolitan. Zaman dah berubah..

  • myrujukan

    11 April, 2015 at 9:01 pm

    kadang kadang ada terfikir juga, pelik dengan ekonomi sekarang, kenaikkan gaji langsung tidak seimbang dengan kos sara hidup, rasanya xda masalah harga barang naik tp gaji kenalah naik juga, kalau berterusan macam ni, ini bermakna akan sampai pada satu masa dan keadaan gaji yang diberikan sangat sangat tidak setimpal dengan kos hidup semasa waktu itu. Jika dilihat begini, apakah masa depan Malaysia? serah atau malap kehidupan rakyatnya?

  • fendi

    11 April, 2015 at 4:01 pm

    saya merupakan salah seorang fresh graduate yg mengalami masalah ini. bermula dengan basic rm1800. tolak epf, sy mendapat lebih kurang rm1600. saya beli motor untuk ketempat kerja.

    duit minyak banyak guna sbb lokasi jauh dari rumah sewa. sebab yg dekat semua mahal.

    tiada elaun tiada OT kerja site hari hari. dan sy berhutang motor kerana baru memulakan alam pekerjaan.

    memang tak cukup sebab sy banyak habis dengan makan. sehari kos makan rm15. jika ke tempat lain makan mungkin kos rm20 sehari. rumah sewa pakaian alatan rumah dsb.

    saya berpindah ke company lain dengan basic yg sama. cuma ada elaun rm400. dan sy masih mampun menyimpan 300 setiap bulan. setelah beberapa bulan sy lompat company lain dengan basic rm2500 elaun 500. jika ada OT boleh cecah rm3500.

    dan sy memulakan bisnes kecil kecilan kerana perlu bayar PTPTN, rumah sewa, hutang motor, dll.

    sy terpaksa kurangkan aktiviti luar dan berjimat sambil berbisnes.

    zaman sgt mencabar. sekarang dah setahun lebih sy bekerja dalam suasana kos hidup makin naik.

    Kesian graduan akan datang. Mereka perlu jauh lebih survive dari saya. Dansy doakan rate gaji fresh akan naik mengikut peredaran masa.

  • lalau200

    11 April, 2015 at 10:50 am

    2008 gaji saya with comm eng degree – 2100
    pastu lompat 2500. naik jadi 2800. pastu x naik2 dah..
    nak tanak saya pegi shell,, masa tu dorang offer 3500..
    pastu x naik2 sudah. saya kerja 3rd party,, contract x de mc, x de cuti..
    nak tanak judak.. saya lompat masuk telco.. still sama la.. cuma permanent.. (lama jugak la saya cari kerja)

    skrg da 2015.. umur 29..
    basic saya baru 4300
    campur elaun ada la 5000..
    so kena la pulun OT baru la bernafas sikit… :(
    itu pun tiap2 tahun hanya nak 150 je… no bonus at all.

    skrang depa nak buang orang,, da dekat setahun cari kerja x dapat,,,harap 2 bukan masa tedekat nila dorang buang orang.

    kawan2 saya yg gaji da banyak.. 6k and above. baru2 ni kena buang..skrg kerja call centre gaji 3500.. market skrang susah laa nak cari kerja. retrenchment seb baik dpt VSS. kalau tak sian anak bini nak makan apa…..

    kerja banyak tapi gaji yg sesuai dgn umur kita n experience.. xde…
    so i sokong we need to work for extra income.. for BACK UP plan
    just my 2 cent!

    • Syahril Hafiz

      11 April, 2015 at 9:53 pm

      Dengar kisah lalau200 rasa macam akan datang habislah fresh graduate, nak kerja gaji tinggi tapi effort tak ada. Semua nak kena suruh , dah ada SOP pun kena suruh, macam manalah majikan nak bagi gaji tinggi.

      Kerja banyak.. level Banglasia. apa guna certificate kan kalau 4 5 tahun belajar, dapat tak setimpal..yang pasti sila berusaha lebih lagi! :)

      Kerja apa pun kena enjoy, baru fun tak stress :)

  • farhana

    11 April, 2015 at 7:05 am

    Bersabar je lah… Dulu dulu kami koje starting 1600 je. Memang beza lifestyle. Dulu lain, sekarang lagi lain.

  • apad

    11 April, 2015 at 6:14 am

    Hahaha..

    Just in time baru je bos review gaji semalam. Alhamdulillah ade la increment. Tang starting 2.5k tu memang betul, itule starting gaji teman.

  • Syahril Hafiz

    11 April, 2015 at 5:24 am

    Untunglah Malaysia masih aman, gaji kecik tapi negara aman. lol boleh macam tu :P

    Naik rm200 – rm300 rasa yang fresh graduate ni enjoy sakan dah ni. Tambah belum ada komitmen, tak fikir kedepan.. nak fikir kedepan kena la jadi MP ke Adun ke, JKKK pun jadilah…baru pointer 3.85 jadi kenyataan, saya tak bodoh. gaji dah cukup #s

  • Muhd Fadhlan

    11 April, 2015 at 12:10 am

    Last 5 years, average fresh graduate got offered RM2,200. Now, after 5 years only increase RM300?
    Not relevant but depend on the lifestyle. Lagi-lagi kalau masih bujang dan sewa rumah ramai-ramai.
    Dulu gaji biasa-biasa, hidup jugak kat KL. Sekarang gaji dah banyak, takkan tak boleh survive kat KL?
    Yang penting, jangan lupa ambil perlindungan insuran/takaful dulu!