Gaji RM2500 Sebulan

Reading Time: 2 minutes

gaji 2500

Terus terang, gaji RM2500 ni rendah, terutamanya untuk lepasan ijazah. Come on la. Majikan dan pemilik syarikat boroi-boroi belaka sebab terlebih makan dengan kereta mewah 4-5 biji bersidai depan rumah, takkan tak mampu nak bagi gaji lebih dan masih nak perah orang paling bawah dalam syarikat anda?

Kalau ikut keadaan semasa sekarang ni, gaji fresh graduate peringkat ijazah paling busuk pun RM3,000 la. Yang dapat RM2,000 tu memang kesian. Tapi nak buat macam mana kan, Malaysia ni masih lagi negara kelas ketiga. Yang paling bawah akan dieksploitasikan oleh golongan atas, jadi yang bawah-bawah ni terpaksalah bersusah payah sikit untuk keluar daripada kepompong golongan bawahan.

Yang ni kita tak boleh buat apa dah. Kalau boleh kerja oversea, pergi. Malaysia memang tak best bab kerja dan gaji ni. Nak kena bergantung pada MNC/PLC atau kerja dalam industri oil & gas baru dapat gaji bagus.

Kalau saya dapat kerja di luar negara dulu pun sampai sekarang saya tak balik lagi. Tapi nak buat macam mana, rezeki saya bukan kat sana.

Tapi.. kira bertuahlah kalau anda dapat RM2500 basic sebulan. Masa kerja pertama saya dulu, gaji RM2000 je sebulan + RM500 elaun. Cukup ke?

Cukup kalau:

  1. Tak beli kereta
  2. Tak hisap rokok
  3. tak itu, ini dan macam-macam lagi..

Yeah. Awal kerjaya kena berkorban. Memang kadang-kadang rasa dunia tak adil bila tengok kawan seangkatan lain dapat gaji RM3000 hatta RM3500 sekalipun, tapi kadang-kadang kena redha dengan rezeki yang kita ada. Paling penting, jangan putus asa.

Dalam dunia kerjaya, kena sentiasa nilai harga kita di mata majikan. Bekerja ni bukan macam bisnes, kerja keras dapat banyak. No. Bila kerja kena sentiasa pastikan kita dibayar ikut market value dan kalau boleh lebih daripada itu. Setiap tahun kerja kena pergi interview tempat lain dan cuba upgrade daripada skala gaji lama ke gaji baru.

Itu cerita pasal kerjaya dan gaji kecil la.

Tentang cerita gaji kecil cukup ke tak ni, betul-betul bergantung kepada diri sendiri. Kalau belanja banyak, atau bercadang nak kahwin awal, atau nak beli rumah, pandai-pandai buat side income untuk tampung perbelanjaan.

Orang mungkin cakap, “alah.. ko cakap senang la Ariff Shah. Nasib ko baik. Blogger popular.. bla bla bla.. ” Tak jugak. Kalau blog ni banyak buat duit, dah lama saya berhenti kerja dan fokus pada blog. Seperti semua orang, saya lalui jalan susah, from nothing to at least adalah something. Strategi kena ada.

Kalau diberi peluang nak ubah macam mana saya start awal-awal dulu, tak banyak saya nak ubah kecuali nak start buat bisnes Takaful ni awal-awal. Kalau start dari dulu lagi, mungkin sekarang saya dah on the way nak beli rumah ketiga dah. Besar potensi perniagaan ni biarpun sekadar part time Wealth Planner je.

Paling penting, bila buat bisnes ni, saya tahu rezeki saya halal, tak perlu tipu orang malah membantu orang, bukan MLM, tak perlu jual aurat & cerita skandal selebriti serta pendapatannya kekal.

Apapun, ini cara saya la. Saya tau banyak lagi side income lain yang boleh dibuat di luar tu. Saya tak kata apa yang saya buat ni terbaik, tapi kalau anda-anda yang berada di Lembah Klang berminat nak join, boleh je contact saya.


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Gaji RM2500 Sebulan”

  1. Atiqah Zulaikha Avatar
    Atiqah Zulaikha

    Duet mana penah cukup. Org gaji RM 25k pun xkan cakap cukup. Apatah lagi gaji RM2.5k mmg sgt xcukup. Actually for me mmg kena struggle utk dpt better life. Jgn cut cost yg mmg dh dh abis sederhana ni. Kita shud increasekan pendapatan je. Belanja n n manage duet kita ikot keperluan.

    This is my financial planning:

    Tabungan 1 : Tabung FFA (Financial Freedom Account ) 10%.
    Cth :
    #RM 2.5k – Saving ASB etc (RM250)

    Tabungan 2 : Tabung LTS (Long Term Saving) 10%.
    Cth : Dwnpymnt rmh 5% & Kecemasan 5%
    #RM 2.5k – (RM250)

    Tabungan 3 : Tabung NA (Neccessary Account) 60%. (RM1500)
    Cth : Loan kereta, bil, tuisyen anak, barang dapur

    Tabungan 4 : Tabung EDU (Education) 10%. (RM250)
    Cth : untuk anak

    Tabungan 5 : Tabung GIVE 5%.
    Cth : Zakat, sedekah (the more u give,the more u get) (RM125)

    Tabungan 6 : Tabung Play 5%.
    Cth : (RM125)
    1. Menghargai diri sendiri.
    2. Bercuti bersama keluarga.
    3. Makan selamat

    ” ITS NOT ABOUT AMOUNT, ITS ABOUT HABIT”

    Ini contoh calculation utk gaji RM 2.5k. Kesimpulannya if gaji RM2.5k mmg nyawa2 ikan…so find new job utk better life or just do apa yg make money. For me I prefer utk find sumethg yg boleh bagi masa n duet..

    Kita mesti kna ade saving. So buatlah apa2 yg boleh tambah saving. Y saving is so important??? Economi makin meruncing. Nak buat loan pun makin susah. So plz dont tambah hutang. We need to tambah over duet. Bukan sekat perbelanjaan.

    1. Ariff Avatar

      Terima kasih atas idea money management macam ni. Harap pembaca lain dapat manfaatnya.

  2. Yuzz Avatar

    Gaji RM2,500.00 sebulan zaman sekarang ni kecik sangat, kalau orang bujang boleh tahan lagi, tapi kalau dah kahwin siaplah..hehehe :) Pengalaman saya, gaji sendiri campur isteri RM8K++ sebulan pun masih menyesakkan nafas pada setiap bulan..

  3. Asyrof Asri Avatar

    Gaji RM2500 ini rasanya cukup mahal bagi sesiapa yang masih bujang dalam lingkungan umur remaja.

    Kalau nak berumah tangga, nak miliki kereta.

    Rasanya parah la.

    Apapun kita kena pandai strukturkan gaji kita how to buy something bila dah gaji akhir bulan.

    InsyaAllah, jika kita pandai beranak-anak kan gaji kita itu. Rezeki lain akan masuk.

    Semuanya atas usaha kita dan ALLAH tuhan yang memudahkan segalanya. :)

  4. ohcikgu Avatar

    gaji cikgu pun..dalam 2 ribu lebih je. tak cecah pun rm2.5k.

    cuma elaun je lebih. hoho..

    carilah side income memandangkan bos-bos ni memang kedekut biasanya.

    1. Zamani 84 Avatar

      samalah kita.. huhu.. memang nak cari side income

  5. eray Avatar

    betul rm2,500 cukup kalau pengurusannya betul. tapi kalau nak ukur dengan rate inflasi sekarang, rm2,500 kira paras-paras hidung. tapi apapun paling penting yang cukupkan keperluan kita Allah swt, back to HIM.

  6. Raihanah Ahmad Avatar

    memang gaji kat msia tak competitive dan menindas. harap anak2 saya jadi bisnesman berjaya dan jutawan bila mereka dewasa.

  7. Yeen Avatar

    hehe.. sempat! Memang kesian tengok gaji scale dekat Malaysia.. nasib baik dah keje oversea.. bersyukur sangat!

  8. Kereta Sewa Shah Alam Avatar

    Masa abis grad dulu, first keje gaji rm2500 mmg dh bangga gila. Tp macam biasa la, tak cukup sebab boros. Huhu

    Wife lak pada masa sama cuma dpt gaji rm1300 je. Boleh lak simpan.

    Padahal dua2 degree holder tu.

  9. Mazni Azmi Avatar

    From rags to riches.

    Dan macam macam lagi. pepatah pepitih.

    A class student work for c class student.

    Kadang kadang tu rasa macam pelik sebab masuk universiti berhutang dengan nilai besar.

    Balik habis belajar.

    Gaji tak setimpal. Malah susah dapat kerja.

    Elok belajar dari muda buat bisnes kecil kecil.

    Walaupun dari blog.

    1. Baiebaayah Avatar

      Setuju.. 9/10 dari sumber rezeki datangnya dari perniagaan.

  10. Baiebaayah Avatar

    Gaji banyak pun takkan pernah cukup bagi mereka yang tidak mengurus kewangan sebaiknya. Jika kita lihat mereka yang bergaji kecil, hidup di bandar, anak-anak pun ramai, tapi masih mampu jalani hidup dengan gembira walaupun tak mewah. Kekadang tu mereka yang bergaji besar ni lebih banyak keluhan tak cukup duit disebabkan komitmen yang banyak. Bak kata orang, semakin besar gaji, semakin banyak komitmen. Untuk itu, berdoalah moga Allah meluaskan rezeki kita dan jangan putus asa untuk terus berusaha.

  11. blog amir Avatar

    ubah cara kita berfikir

  12. akubiomed Avatar

    Bergantung kepada lokasi dan pendidikan. Yang bernasib baik mendapat jawatan dengan gaji yang lebat. Kurang bernasib baik perlu mengikat sana sini.

    Macam adik ipar hanya ada SPM bekerja sebagai tukang bancuh air dikedai makan dikampung mampu milik kereta Myvi, main kutu dan buat simpanan ASB. Apalah rahsia beliau menguruskan kewangan?

    1. akubiomed Avatar

      Adik ipar mendapat upah mengikut hari iaitu RM80 sehari.

      1. Mazni Azmi Avatar

        Untung adik ipar tuan. Ada ilmu pengurusan kewangan yang bagus.

        Muda muda dah pandai

  13. misz-ella Avatar

    Setuju dengan Entry ni. Unlike 20 years ago when i started my career life, cost of living di KL tak setinggi sekarang ni.

    Still i feel RM2500 is too low .. sebab Secretary/Exec Assistant with 2 years experience *still category Junior* pun dah boleh earn RM5k.

  14. asha Avatar

    Yelah macam kerja Pegawai Perubatan Siswazah (HO) starting RM2777.98 plus elaun adalah dapat dalam RM4377.98. Oklah tapi NO LIFE. Dikerah habis habisan sampai nak makan tak sempat, nak solat pun terpaksa berkejar. Gaji tak setimpal. Sedih. Kalau kerja kawasan hospital daerah no leave. Kerja 24/7. Cuti berlambak tapi tak dapat nak mohon.

    1. Hasnul Mutawif Avatar

      Harga sebuah pengalaman. Jadi doktor memang ganas sungguh waktu HO ni.

      Sampai bila kitaran ganas ini akan berpanjangan

  15. ATA Avatar

    Tu tak tengok lagi gaji RA kalau sambung Master (research). Taraf ijazah pun gaji RM1600 je… Ntah apa yang mereka fikir budak2 Master nak buat dengan 1600 sebulan pun aku tak tahu. Jangan kata nak beli rumah, nak berangan pun tak mampu tambah2 di area Lambah Klang ni…

  16. ryz Avatar
    ryz

    mmg mnyampah dgn bos boroi yg overdose loaded mcm u tulis tu…
    tpi klu sykt swasta boleh maaf lagi la sbb mereka owner sykt kan…
    tpi sekdar jdi atasan di sykt under badan berkanun/ glc & seangkatannya tu contoh TnB yg bos nye cecah juta2 income setahun.. iskhhhhh, mmg x patut :(

  17. Abang Ensem Berketak Avatar

    Nasib baik gua ensem. Boleh gak la jadi duta.

  18. siti hazreen Avatar

    semakin besar gaji, semakin banyak benda yang nak dibeli…kenalah cari pendapatan sampingan untuk menampung keperluan hidup