Gaji Jurutera Offshore – Apesal Aku Tak Masuk Bidang Oil & Gas Dulu?

gaji-jurutera-offshore

Dalam kebosanan malam, saje-sajelah cari maklumat tentang gaji jurutera offshore kat internet. Silap besar. Sekarang ni tengah menyesal sebab salah bidang. LOL

Orang kata gaji jurutera dalam bidang oil and gas paling tinggi adalah dari company Schlumberger. Berdasarkan penceritaan rakan yang bekerja di Petronas yang saya kenal masa Asia Harley Days dulu, orang Schlumberger ni kalau jumpa kawan, mesti dia yang belanja. Pada mereka, kalau orang lain belanja boleh jatuh air muka sebab income diorang banyak sangat.

So berapa diorang dapat?

Untuk field engineer, average dalam RM20,000 sebulan. Saya difahamkan yang RM20,000 dah termasuk elaun bekerja offshore yang dibayar dalam USD. Kerja 4-5 tahun dah boleh jadi jutawan. Basic salary pula adalah dalam lingkungan RM6,000 – RM7,000 sebulan.

So berapa pulak orang Petronas dapat? Alang-alang diorang dah umum keuntungan sebelum cukai untuk tahun 2013 yang berjumlah RM95 billion, let’s find out.

Untuk junior executive, dalam RM3,000 – RM4,000 sebulan. Saya andaikan junior ni adalah fresh graduate. Memang seronok macam ni. Untuk lain-lain jawatan:

  • Reservoir engineer – RM5,000 sebulan
  • Instrument engineer – RM7,000 sebulan
  • Process engineer – RM5,000 sebulan

Dan saya juga difahamkan bonus tahunan Petronas boleh mencecah 7-8 bulan. Pengsan. Walaupun diorang cakap dah tolak cukai tinggal 5-6 bulan punya bonus, masih lagi banyak woi! Bersyukur sikit.

Sebenarnya dulu dah pernah pergi UTP untuk inverview. Dipilih daripada result trial kot (boleh kira power la result trial boleh qualify untuk interview UTP). Tapi rezeki bukan kat situ dan lagipun dulu takde exposure tentang peluang dalam oil and gas ni. Too bad. Kalau tau dah go all out lepas dapat result SPM.

Tapi takpelah. Bersyukur dengan apa yang ada. Kepada adik-adik yang rajin belajar tapi masih lost nak pilih bidang apa, oil and gas is a good bet. Kepada yang malas belajar dan sentiasa berangan nak jadi college drop-out millionaire, jangan hanya berangan sahaja. Do something, learn from the right people.

Note:

1. Salary figure adalah average dan dirujuk dari laman Glassdoor. Mungkin outdated but you get the idea.

2. Terima kasih kepada pembaca yang berkongsi pengalaman. Korang memang best! Boleh tengok komen pembaca lain di timeline Facebook saya seperti di bawah.

54 Comments

  • joe

    7 April, 2014 at 3:35 pm

    Banyak yg menokok tambah la komen kat sini…mcm kerja petronas je ckp gaji cmtu camni..saya bekerja engineer di petronas so saya tau banyak komen kt sini yg melebih lebih..huhu sorry

  • fudge

    4 April, 2014 at 11:48 am

    Salam,

    gaji banyak2 mmg best…tp imagine gaji sedap..bole buat side income during weekend..buat bnda yg kita minat plak..hari2 jmpa mak abah bini..main dgn anak..weekend g wedding jmpa sedara…sb tu Tun M ckp org melayu lambat maju bkn susah…sb kita ni bkn goal hunter…kita nk berjaya tp kita nk kiri kanan depan belakang juga…its up to everybody preferences… tp bg aku…ckup serba serbi..alhamdulillah…i work in creative industry where bz for 5days & relaks for 2days before we start to bz back for the following days..tp hari2 xsunyi tanpa rakan dan keluarga… :)

  • lagubestbest

    24 March, 2014 at 6:11 pm

    Em? Ada lagi ke jurutera dok offshore? Jurutera just pergi melawat sekali sekala jela. Sekarang jurutera control/ jenguk pakai komputer kat HQ je. Kalau ada problem yang susah nak setel je baru pergi.

  • Hafizul

    13 March, 2014 at 3:39 pm

    Wahhhh bertahun gaji saya tu baru dapat 10,000…hahaha..sekarang ni, tengok aje lah..dulu malas nak belajar rajin2..kan dah menyesal..adoi…

  • bini orang minyak

    6 March, 2014 at 11:52 pm

    sebagai o&g operations engineer:

    – gaji banyak, keja banyak.
    – oncall 24hrs macam doctor.
    – weekend pun keja
    – kalau bigger corporation, lagi byk performance filter utk dapat bonus beribu2 lemon tu.
    – bila masa pett bonus 10 bulan? haha tu semua urban legend.

    sebagai bini orang minyak
    – kecemasan, ahli family meninggal, laki offshore
    – anak lahir, laki offshore
    – anak jumpa bapak in total 6 bulan dalam setahun
    – laki balik, masih kena ngadap boss
    – laki balik, kena bahagi masa pulak dengan family, bini, anak, kengkawan
    – nama je cuti/vacation. tapi kena ngadap whatsapp 24/7 utk follow up critical data

    pro and cons. yang best nya saving anak2 penuh, medical support terbaik.
    tapi kalau besar periuk besar kerak susah la. money is not everything but everything needs money. heh.

    • EIJA

      12 March, 2014 at 11:26 am

      SETUJU. NAK CUTI? TGK MASA.. SORRY LA NK BOOKING FLIGHT AWAL2,, BOOKING BOLEH TAPI ENCIK SUAMI BELUM TENTU ADA KAT DARAT.. HUHUU… SEKALI BALIK.. “EHH ANAK KITA DAH BESAR EK…” PUASA? RAYA? BKN SEMUA ISTERI MAMPU HADAPI… TAPI SAYA MAMPU… ALHAMDULILLAH.. INI SEMUA REZEKI ALLAH BAGI…

  • myliferia

    6 March, 2014 at 3:26 pm

    pernah kerja kat oil & gas company tapi bukan engineer…hehehe…

    yg diaorang bgtau, expatriate yang kat negara dia hanya pekerja biasa, bila datang ke misa, biasa jadi bos.

    • Ariff

      6 March, 2014 at 3:36 pm

      haha.. Itu biasalah kat Malaysia ni. Dalam bidang aviation pun. Yang dihantar ke sini dari luar biasanya technician je, tapi kat Malaysia disanjung tinggi…

  • azlanvai

    6 March, 2014 at 12:06 pm

    Saya pernah naik rig dekat Indonesia tahun lepas. Tanya gaji rough neck berapa, lagi tinggi dari gaji saya. 100 usd per day. 2 weeks duty basis. Padahal tak perlu cert spesifik pun. Just training je. And keje berat sikit.

  • don

    6 March, 2014 at 9:49 am

    Indah khabar dari rupa. zaman sekarang keje offshore gaji tidaklah sebesar mane jika dibanding kan bekerja di dalam office. kerja mmg fatigue, mind, soul, physical.

    cuma yang best time cuti. Imagine, duduk rumah and holiday bersama family, one month. balik rumah, kerja tinggal di laut. dari segi working hours, keje offshore minimum 12 hour everyday for one month(tgk position).

  • kz

    6 March, 2014 at 8:23 am

    Bila aku baca komen-komen dan apa yg kau orang tulis ni 20 % je yg betul, yang lain semua salah, aku keje offshore ni dah 15 tahun, bab Shlumberger gaji plg mahal tu salah lah, tapi klu nal kira company plg teruk treat dia org punya pekerja Schlumbergerlah, pasal belanja org kerana jatuh air muka tu salahlah, petronas tu client, schlumberger tu 3 rd party contractor so pikirlah dlm kontek bisnes sapa agak2 nya yg kena bayar. Apa2 pun gaji kerja offshore mmg tinggi bukan setakat rm 20k, itu kira kecik je tu…..good luck sapa yg nak kerja offshore, kerja senang fb dan whatsapps hari2pun duit masuk.

    • atex

      10 March, 2014 at 7:17 pm

      Betul chip.. Schlumberger x best. Keje cm buruh paksa. Keje kekadang lebih 15 jam (wireline/slickline). Baru membuta 2-3 jam client kejut suruh sambung keje. Elaun kecik. Harap project bonus (begantung ngn keje yg dibuat).. Nak btulkan info bro Ariff je.. Engineer O&G gaji x best. Nak taw yang masyuk?? Bkn schlumberger aa.. Kalo nak main offshore, g halliburton, baker hughes etc yg penting bkn schlumberger. Nak main onshore, jadi lah welding inspector, eni insp, NDT insp or mcm2 lg insp. Cert 5-7k + experiance & income sinang2 boleh dpt 20k sbln (kecik dah tu). Itu blum campur kalo join HUC lagi. Skarang ni kalo nak best main R.O.V. Masyuk.. Blum terlambat sbenarnya untuk bro Ariff..

  • saylihim

    6 March, 2014 at 7:31 am

    Entry level sekarang RM4500 – RM6500 per month.
    5-10 years experience for Reservoir Engineer can get RM15k – RM40k per month without the needs to go offshore but highly depend on your performance. 10-20 years experience in Drilling can get RM50k-RM100k per month…Malaysian drilling manager can earn RM150k – RM200k per month. Multinational Oil company like Shell, Murphy, BP will pay your more monthly basic compare to service company like schlumberger & halliburton. Service company require you to go offshore a lot to make money

  • ciko

    6 March, 2014 at 3:19 am

    aku pun dulu masa kecik2 berangan nk kerja oil and gas nie…sekarang tuhan dah makbulkan segala doa aku…aku kerja kat stesen minyak Petronas…hehehehe

  • fahmi

    6 March, 2014 at 1:08 am

    Sebenarnya peluang byk selain OnG.even aku experience 5 years in construction je pon income 10k.hari2 bole jumpa anak bini.bebas sana sini mengular.xde punch card.bole pakai jeans pergi kerja.yang pentig karisma diri.jgn nk senang je.belajar dr kesusahan dulu.pilih la jalan terbaik.

  • saiful

    6 March, 2014 at 12:45 am

    tak semua orang yg kerja offshore ni bergaji besar2..kalau engineer memang gaji diorang besar,tp tanggungjawab yang dipikul di offshore amatlah berat dan besar,kalau tersilap atau ada problem boleh kene run off atau dihantar pulang ke darat terus,silap2 boleh kene buang kerja terus..

  • Ben

    5 March, 2014 at 11:13 pm

    Tak semudah tu bro dpt gaji. Sacrifice kami siapa yg tahu..
    Nenek atuk meninggal tak dpt balik.
    Kawin sahabat/saudara tak dapat pergi..

    Siang malam kerja.
    Tempat panas, mudah terbakar, sgt bising, bahaya dan sensitif.

    Belum cerita naik bot 36jam tak sampai2. 10 kali tidur pun bangun tak sampai2 destinasi.

  • ina

    5 March, 2014 at 10:07 pm

    dik…besar gaji besar gak beban dlm kepala hari2 nak ngadap..bkn senang nak ikot standard petronas dik oii..yg kerja kat offshore tu pon akak kesian hidup dlm dunia dorang…

  • Lola

    5 March, 2014 at 3:08 pm

    Chemical/electrical/mechanical/civil/petroleum semua pun boleh masuk O&G.
    But from my experience, duit byk tp byk juga sacrifice nya. Kerja with Radioactive Source, Pressure and Explosive almost hari2. Kalau dapat tidur atas katil dah kira nikmat. Usually 2-3hari tak tidur buat kerja sebab sorg2 je engineer in charge. Once dah siap kerja dekat one rig, terus next day jump to another rig. Tapi ni bukan untuk semua lah, ni case kalau bekerja dekat negara yang banyak land rig. Jangan cakap nak jumpa/call/chatting dengan family, kawan2 or pergi wedding..semua tu you have to sacrifice..Basically tak ada bende yang mudah dalam dunia ni :)

  • dudek

    5 March, 2014 at 2:15 pm

    Untung sungguh klu dpt oil n gas ni…nyesal amik chemical, sampai umur 30 pn kna study lg Sbb xde peluang keje sgt..huhu

    • Rai

      5 March, 2014 at 6:22 pm

      Belum terlambat sebenarnya. Saya dulu belajar Chem Eng, takleh bawak sbb tak kena dgn minat. Ambil pun sbb ikut cakap org. Last2 tukar ke chemistry. Rasa mcm dunia berakhir sbb impian dr kecik mmg nak keje atas pelantar semua tu tp dgn degree chemistry chance mmg hampir takde langsung. So apa sy buat? amik master petroleum eng. Lepas ada degree petroleum eng baru la ada peluang masuk O&G ni. alhamdulillah skrg kerja dgn international drilling contractor

    • Rai

      5 March, 2014 at 6:30 pm

      Satu lg silap kebykkannya yg nak masuk OnG ni (esp. fresh grad) rata2 semua nak terus target company besar2 e.g petronas, shell, exxon etc. sebeanrnya ada bahagian2 OnG yang tak perlu degree pun. Kat kemaman supply base contohnya boleh kerja dgn company2 yang support industri OnG ni contohnya sebagai pembantu gudang, welder, forklift driver etc utk dapatkan pengalaman. Dari situ boleh belajar bermcm cabang OnG yang ada, boleh nampak apa yg diorg buat sebenarnya, Boleh belajar drpd bawah dan naik ke atas. Tapi apakan daya ramai yang lagi sanggup tunggu dapat offer drpd petronas daripada ambik step skrg utk bermula daripada bawah

      • atex

        10 March, 2014 at 7:24 pm

        Betul chip.. Blajar welding, taw dah smua, keje 2-3 thn, mintak recomein bos, amik cert 3.1 kt TWI. Settle… Nak pegang jawatan tinggi kat petronas?? Xda xperiance mmg x la.. X best jd Maincon..

  • norhzlan

    5 March, 2014 at 11:09 am

    Syukur kepada yang kerja oil & gas, gaji berkepuk-kepuk. Kalau kerja gomen ni, kerja tunggang langgang…gaji naik 80 ke 320 hengget ja setahun. Bonus pun sebulan gaji ja… Tu pun dua kali bayar :)

    • Hoho

      5 March, 2014 at 12:35 pm

      Apa boleh buat… kecualilah kalau jumlah pekerja kerajaan dikurangkan… Yang malas-malas buang… Bolehlah dapat bonus banyak sikit bila orang tak perform semua kita buang :D

      • norhzlan

        5 March, 2014 at 3:20 pm

        Kalau dah buang kesian pulak kat anak bini nak makan apa pulak… tapi untuk makluman skim dalam kerajaan yang tak pernah cukup pekerja adalah spt berikut:

        1) Doktor
        2) Jururawat
        3) Cikgu

        Tak mungkin nak berhentikan kerja dia org ni…sebab pesakit dan pelajar saban tahun kian bertambah :)

  • NotaKembara

    5 March, 2014 at 10:46 am

    Starting salary junior exec Petronas dah naik jadi 4,800 dah sekarang kalo tak silap. 2-3 tahun lepas, 4,000.

    Yup, peluang besar sekarang alang-alang tengah oil & gas boom. anak-anak muda di barat pulak menunjukkan trend kurang minat terhadap industri ni. Maka, persaingan untuk kerjaya dalam bidang ni dikatakan makin kurang. Peluang besar untuk expert2 dari Malaysia!

  • Yuyu

    5 March, 2014 at 10:29 am

    Ada org tu dulu Cakap, kalau terima aviation engineering dulu tu, confirm fly..tak payah prep..fly pun awal..

    Ada lah org tu kan..hahah..

    Rezeki weh, Tuhan dah tentukan sejak Azali..i’Allah nanti2 Kau kaya je jgak..

  • PattDaniel

    5 March, 2014 at 9:39 am

    Big money = sacrifices.

    Masa single, of course all you want is big bucks. No responsibilities, no priorities. Duduk offshore 30 hari, balik rumah only 2-3 days, then travel offshore again for another 30 days. You miss your friends’ weddings, family deaths, etc.

    But as time comes for you to settle down, money is no longer the priority, family is.

    Just my take anyway. Go for big bucks when ur still single. Kumpul banyak2 duit, when time comes to settle down, find a job that makes u happy.

    • Ana

      5 March, 2014 at 12:03 pm

      I second that, while young & single, perah tenaga puas-puas,
      bila dah nak settle down, atau dah ada option income lain,
      go for things that we loved,
      better money work for money,
      we do our things ;)

  • Mohd Isa

    5 March, 2014 at 9:06 am

    member aku ada sorang kat schlumberger, usah ceritalah bab gaji. training pula kat jerman, merata tempat boleh pergi. memang slamba jer dorg hantar. kalau tanya semua engineer dekat malaysia ni, memang oil and gas la tempat nak jadi jutawan. haha

  • Nadia

    5 March, 2014 at 7:46 am

    Gaji untuk fresh grad SLB – RM5,400, Baker Hughes – RM5,666, Petronas – RM4,500. Increment untuk Petronas Executive – RM800 setiap tahun. Kalau Petronas Carigali pergi offshore elaun untuk sehari memang masyukkk. Kalau non-exec pun dah mahal ini kan pula exec kannn.

    • afiqms

      5 March, 2014 at 8:20 pm

      Annual increment RM800 utk staff PETRONAS tu macam xbetul je~ increment still tertakluk kepada penilaian prestasi tahunan~ kalau gaji basic RM4000, dpt increment RM800 tu da jd 20%, n xpernah la plak PETRONAS announce increment smpi 20%, plg kuat pon 15%~ tu pon kalau penilaian prestasi dapat yg terbaik~

  • Mykrk

    5 March, 2014 at 7:18 am

    Bekerja di kilang yang membuat peralatan untuk oil and gas pun terkena tempias gajinya. Memang padan dengan pengorbanan yang dicurahkan. Namun terasa macam tiada kehidupan dan sudah beri surat letak jawatan.

    Tenang dengan bidang sebenar – elektrikal enginering. Walaupun jumlah peruntukan masa bekerja itu sama dan gajinya kecil sedikit.

    Faktor umur menyebabkan kita berbeza keutamaan. Tambahan pula sudah bebas hutang, alhamdulillah.

    Itu yang bekerja. Saya si peneman setia pun terganggu emosi hinggakan blog pun terlantar sama…………

  • Amirul

    5 March, 2014 at 1:21 am

    Offshore untuk org yg tak kisah kalau kehidupannya dipenjara selama berbulan2 di laut.

    gaji bnyk, tapi perlu korban kehidupan. Mana anda pilih? Masa muda boleh la tahan, makin berumur?

  • Mommy Lyna

    5 March, 2014 at 1:20 am

    Masa kerja dgn petronas dulu, tak pernah pun dapat bonus sampai 7-8 bulan. skg ni lagilah katanya dah takde bonus. hehe.

    Tapi… makin besar gaji, makin besar ‘benda’ yang perlu dibayar.

  • UpProfits

    5 March, 2014 at 1:04 am

    Kalau dapat keje offshore mmg la best gaji besar..tp nk dapat tu bknnya senang, mcm petronas interview pun filter smp 4-5 kali..kalu dpt mmg puas ati la..nk senang keje pam minyak jela..petronas jugak..haha

  • Faiz

    5 March, 2014 at 1:02 am

    Basic salary should be around that range..tapi increment in some company boleh naik extensively. A senior of mine started with 4000. Next month 5000, next month 6000. But the big bucks come from the offshore allowance. Highest in Msia I heard is around 700USD perday. Normally hantar offshore for 2 weeks. But some send for a month and a half or more.

    Bonus petronas the last I heard was 10 months from my lecturer. Not sure kalau dah ubah. But highest bonus in the industry i know is 13 months bonus. My mentor worked for just 2 years with a ong company and made a million ringgit a year. :O