Fresh Graduate Yang Nak Beli Rumah Pertama Kena Ada Kad Kredit

Reading Time: 2 minutes

Baru-baru ini salah seorang klien Bijak Takaful saya menghubungi saya untuk nasihat mendapatkan loan rumah pertamanya. Rumah tak mahal mana, tak mencecah RM200,000 lagi, loan kereta takde sebab dia guna kereta lama dalam family (bagus). Tiada sebarang personal loan (bagus) termasuk loan ASB (bagus).

Tapi kebanyakan banker yang dia jumpa malas / tak berupaya nak tolong dia dapatkan loan. Katanya susah nak cari banker yang nak entertain case dia untuk dapatkan loan. Beberapa banker yang saya recommend pun tak boleh tolong.

Kenapa?

Sebab rekod CCRIS. Rekod CCRIS ni penting untuk menunjukkan habit kita pada komitmen kewangan yang kita ada. Perkara yang diambil kira dalam rekod CCRIS ialah:

  • Kad kredit
  • Personal loan
  • Loan ASB
  • Loan rumah
  • Loan kereta
  • PTPTN (terbaru)
  •  .. dan loan lain di luar pengetahuan saya

Bila tiada rekod, bank tak berani beri kita pinjam duit sebab risiko beri pinjam duit pada kita tak diketahui. Pada mata pihak bank, risiko yang tak nampak ni lagi bahaya berbanding risiko bagi pinjam duit pada orang yang berpendapatan rendah.

Jadi cara mana paling senang nak wujudkan rekod CCRIS yang cantik dan boleh diterima bank? Dua je cara yang saya nampak sesuai.

1) Ambil loan ASB. Tapi nak ambil loan ASB ni orang kata biarlah ambil banyak. Baru berbaloi. Kalau ambil kurang daripada RM50,000, tak nampak sangat untungnya.

Masalahnya kalau nak ambil loan ASB, kena fikir cashflow pulak. Ambil banyak, kena bayar bulanan pun banyak. Cukup ke nak tampung instalment rumah dan komitmen lain nanti?

Jadi loan ASB ni leceh sikit kalau ada kekangan dari segi pendapatan. Lebih-lebih lagi untuk fresh graduate.

2) Cara paling senang tak pening kepala ialah ambil kad kredit. Dalam pasaran ada banyak kad kredit yang free for life dan patuh syariah. Ambil je mana-mana. Lagi best, dengan adanya GST, cukai perkhidmatan RM50 setahun telah dihapuskan. Tak perlu modal dah nak ambil kad kredit free for life.

Bila ada kad kredit, bulan-bulan jangan guna sangat. Guna untuk isi minyak je. Cukup bulan bayar full. Jangan pula anda jadi bloody fool dengan berbelanja di luar kemampuan anda.

Rekod CCRIS ni nak tengok anda bayar atau tidak je hutang yang ada. Kalau tak bayar sebulan, dia tandakan tak bayar. Kalau dua bulan tak bayar, dia tulis kat dalam tu dua bulan tertinggal bayaran. Sekarang ni apa-apa tunggakan dua bulan dalam rekod CCRIS pun bank dah takut nak approve loan.

Maka dengan itu, kalau tiap-tiap bulan anda bayar kad kredit penuh anda akan dapat rekod CCRIS yang cantik. Bank pun suka. Hantar permohonan loan kali pertama boleh terus lepas.

Sebenarnya loan rumah pertama untuk fresh graduate ni senang je nak dapat kalau situasi anda sama macam klien saya itu. Kalau nak beli rumah, concentrate beli rumah dulu. Jangan sibukkan benda lain. Anda akan dapat.

Mungkin orang lain ada cara lain. Pada saya, ni cara paling senang tanpa memakan sebarang kos. All the best!


Posted

in

by

Comments

39 responses to “Fresh Graduate Yang Nak Beli Rumah Pertama Kena Ada Kad Kredit”

  1. Hafsah Avatar
    Hafsah

    Sebelum ni sy juga takut nak guna kad kredit, tp setelah sy baca bgmn blogger boleh pergi melancung dgn kumpul point dr kad kredit, sy jd excited. Yang penting, bila guna terus bayar. Satu lagi cash rebate setiap hujung bulan…berbaloi.

  2. Khairul Zamri Avatar

    Bank memang suka kalau kita ada kad kredit hehe

  3. Raihanah Ahmad Avatar

    menarik tips ni, semoga menjadi panduan buat fresh grads atau yang masih belum ada rumah sendiri.

  4. attiey Avatar

    hmmm…kawan terdekat saya pun kena. Sebab tak banyak pngtahuan kot. kemain..nak buat loan punya pasal sampai hold beli rumah n kereta..sudahnya bank kata x lulus sbb xde komitmen..hehe.

  5. Nirhkaf Avatar
    Nirhkaf

    Mungkin next entri boleh kongsikan pemilihan kad kredit yang direkomenkan.

    1. Ariff Avatar

      Insya allah bila ada kesempatan. Sekarang ni banyak bank dah tarik balik benefit yang best2 berbanding dulu

    2. Fiqa Avatar
      Fiqa

      Yes…nak tau jgak kad kredit ape yg ikut syariah dan berbaloi.

  6. Wadi Iman Guesthouse Avatar

    Nasihat yang bagus untuk fresh graduate.

  7. permatamama Avatar

    pelik juga ye bank ni patutnya orang yang tidak ada pinjaman la patutnya mudah untuk diberi pinajamn

  8. maz Avatar
    maz

    Sy nk mintak pendapat wajarkah sy ambil kredit card sbb nak buat loan rumah, sy xpernah ada komitment dgn mana2 bank pinjaman belajar pun xde (free). masalah sy sekarang ni, gaji sy terlalu rendah bersih 1400 untuk membeli rumah rm 93k. adakah bank akan approve sy punya loan dgn gaji sebanyak tu?

    Sy plan nak beli rumah tu untuk investment shj memandangkan harga rumah di penang semua lebih 100k. tu je yg ada bawah 100k. Macam mana ya?

    1. Ariff Avatar

      Nak senang kira macam ni. Instalment loan rumah mesti 1/3 daripada gaji bersih. Jadi dalam kes Cik Maz, rumah tu instalment dia dalam RM430.

      RM430 x 3 = RM1290.
      RM1290 < RM1400. Maka sepatutnya layak kalau betul apa Cik Maz cakap takde komitmen lain. Nak cantik lagi tiap-tiap biar nampak ada lebihan gaji. Duit dalam akaun mesti bertambah. Kalau bank tengok duit dalam akaun tiap-tiap bulan minimum balance, mungkin susah sikit loan nak approve.

  9. hana Avatar
    hana

    If kerja sendiri, boleh ambil kad kredit kan?

    Nak beli rumah, tapi tak ada slip gaji n bank statement pun tak berapa cantik sebab banyak pakai cash on delivery..

    1. Ariff Avatar

      Boleh ambil, mungkin susah sikit.

      Daftarkan perniagaan dan buat akaun untuk perniagaan. Yang ni kena belajar bagi yang ada bisnes sendiri dan nak gunakan pendapatan bisnes untuk apply loan.

  10. Khairul Avatar
    Khairul

    Artikel yang menarik tuan. Terima kasih atas perkongsian. Malangnya saya belum faham tentang penggunaan kad kredit. Kadar penggunaan macam mana yang baik? Boleh tuan terangkan? Terima kasih tuan

    1. Ariff Avatar

      Kita perlukan rekod je. Guna Rm10 sebulan pun dah ada rekod. Tiap2 bulan bayar penuh, rekod cantik. Bila bank tengok rekod pembayaran cantik, loan senang lulus.

  11. eBook Bisnes Online Avatar

    mula mula saya pelik juga apsal nak kena anda kredit kad plak, dah rasa macam bank ni jahat, orang nak kasi bebas hutang dia nak kasi kita terjerat plak, tp bila tgk balik apa tujuan bank rasa betul juga sebab xda rekod pinjaman pun payah sebab bank x tau kemampuan kewangan kita

    1. Akhi Avatar
      Akhi

      Bkn kemampuan kewangan. Tp disiplin nk byr hutang tetap bkn tu. Huhu.. Klo jenis liat byr. Byr min amount je (xbyr full), bank pn xnk bg loan. Huhu..

  12. a\'thirah aider Avatar

    Saya pun ada terfikir nak pakai kredit card untuk isi minyak.. Tapi tak tahu nak pilih jenisnyang mana.. Sebab kalau tanya direct bank,semua nya bagus..

    1. Ariff Avatar

      Untuk isi minyak yang ada cash rebate terbaik sekarang ni pada pendapat saya Maybank Master Ikhwan. Tapi kena isi minyak hari Jumaat / Sabtu jelah. Hari lain xde rebet

  13. emalin mohd Avatar

    Suami saya pun ada masalah tu dulu masa nak beli rumah sebab tak ada rekod pinjaman lain sudahnya ambil juga kad kredit sebab nak approve loan. Sebelum tu memang tak pakai cc pun..

    1. Ariff Avatar

      Ada orang tak nak guna cara ni. Anti sangat dengan kad kredit. Pandai-pandailah cari solution. Apa yang ditulis ni berdasarkan real world punya case

  14. Syahril Hafiz Avatar

    Dengan keadaan ekonomi sekarang patutkah hold dulu kah beli rumah tu? Atau rembat saja kalau fikir mampu bayar installment bulanan. PTPTN dah masuk dalam rekod CCRIS adoi banyaknya komitmen..huhu

    1. Ariff Avatar

      Dalam apa-apa sahaja keadaan ekonomi, cari rumah bawah market value. Itu yang terbaik. Kalau jumpa, sambar.

      Dalam keadaan sekarang, lebih mudah nak cari rumah macam ni

  15. encik kemey Avatar
    encik kemey

    Salam, sy pun tiada rekod dlm ccris…ermm jadinye susah jgk la ye nak wat loan rumah nanti? Kalo sy wat personal loan ok x? Selain kad kredit.

    1. Ariff Avatar

      Aiyoo.. buat apa nak buat personal loan? Kalau buat personal loan boleh jadi lagi susah nak apply loan rumah. Better ikut jalan mudah yang saya bagi ni

      1. afif Avatar
        afif

        Ada jgk pakar2 hartanah y sy tny sarankan utk ambil personal loan utk topup deposit rumah sbb duit kwsp tak mencukupi

        Dlm kes ni, mcm mana plk ye bro?.

  16. Sue Avatar

    Adik saya pernah jadi macam ni.
    Buat kad kredit semata-mata nak buat loan rumah.

  17. rahimah Avatar

    Paling senang ambik kad kredit . Bayar benda kecik-kecik macam bil letrik, bill air dan bill talipon. Bayar full sebelum due date. Betul tu, jangan jadi bloody fool pulak bila pegang kad kredit.

  18. zikri Avatar
    zikri

    Baru baru ini saya ada mencetak CCRIS, dan melihat loan ASB saya tiada pula didalam statement CCRIS. atau loan asb yang dibatalkan terus dikeluarkan daripada CCRIS(sebab baru sahaja membatalkan loan ASB untuk menstabilkan kewangan dahulu…)

    jadi apakah loan ASB masuk atau tidak? Takkan dibatalkan terus off record? setakat ni hanya ada loan kereta dan kad kredit…

    walaupun rekod yang cantik(tiada tunggakan) namun bank payah nak bagi kad kredit/loan sebab komitmen tinggi…hihihi

    1. Ariff Avatar

      Tak off record terus. Kalau tak silap, rekod tu tinggal kat situ sampai setahun. So kalau apply loan dalam masa terdekat, masih boleh diambil kira, bergantung kepada pengurus yang mempertimbangkan permohonan loan tersebut

      of course, kalau komitmen tinggi dan tak layak apply loan, memang takkan lepas la walau cantik macam mana pun rekod sebab itu kriteria utama

      1. zikri Avatar
        zikri

        kemungkinan bank tak melakukan update kepada bank negara untuk hutang asb tu kot(maybank)…

        sebab tu maybank bleh offer dalam pelan dia sampai 400k…

        dan cimb plak bleh sampai 30 tahun…

        masing2 ada cara tersendiri….

        pasal komitmen sebab guna nama sendiri, tapi kenderaan orang lain bayar…(takleh nak lari dah, bank tengok je ada dua kereta, automatik terus jadi komitmen tinggi….)

  19. Arilz Avatar
    Arilz

    Bagus atau tidak pinjam ASB Loan 200k. Bulanan bayar pakai dividen rolling tiap tahun. Bila pencen dapat 200k++

    1. Ariff Avatar

      Bagus kalau dah rancang dengan teliti apa nak buat dengan loan asb ni.

      Tak bagus kalau hanya sekadar ikut cakap banker yang nak kejar komisen dan peformance bonus.

  20. Elina Avatar
    Elina

    thnx for sharing. saya 22 tahun selalu tertanya2 benda2 mcm ni. boleh saya tanya, kad kredit free for life biasa kad kredit dari mana & mcm mana nak dapatkan? mohon bantu. terima kasih

    1. asya Avatar
      asya

      Kad kredit free for life bole apply dr mane2 bank.. kalau nk cube apply dr hong leong pn boleh. Ade 1 kredit kad latest sesuai utk yg jrg gune kad kredit.
      Utk info bole cntct sy .

    2. Ariff Avatar

      Kebanyakan bank ada. Biasanya mana yang tulis no annual fee tu free for life la

  21. Fariqh Avatar
    Fariqh

    kad kredit??? hmmm…ada terpikir nk pakai utk isi minyak je. tp rasa mcm x berbaloi lak even ada kredit kad yg offer cash back, rebate n rewards…

  22. Aida Avatar

    Banyaknya orang mintak pendapat percuma dari Ariff Shah. Saya ada jugak orang email soalan tapi tak terlayan pun… if pape saya suruh pembaca baca balik entry yang berkaitan sebab entry blog dah komprehensif sebenarnya.. cuma readers/people manja nak kita customize problem diorang pulak

    1. Ariff Avatar

      haha. Mana yang sempat saya reply.

      Masalahnya sistem pendidikan kita tak masukkan financial planning ni. Kesian. Padahal benda ni paling penting