Macam Mana Nak Dapat Free Pizza Dominos?

Reading Time: < 1 minute

hehe. Kaedah ini agak bersifat trolling orang but it worked for me, unintentionally. Sekadar perkongsian. Try this at your own risk. Kalau pizza tak sampai, jangan salahkan saya.

  1. Order pizza Dominos anda online. Tapi sebelum tu, kat profile tukarkan no. hp anda kepada no. lama. In my case, I change numbers. So number dalam profile tu memang no. lama.
  2. Order pizza macam biasa.
  3. The magic happens when delivery guy nak hantar pizza. Mungkin delivery guy akan call kita dulu untuk confirmkan. Tapi orang lain yang angkat phone sebab mungkin telco dah circulate number tu.
  4. Akan berlaku kekeliruan di situ. Delivery guy akan confirmkan balik dengan call center. Masa banyak dihabiskan. At last, delivery guy akan hantar jugak ke registered address.
  5. Bila pizza sampai, 30 minit jaminan penghantaran tadi dah terlepas. Anda akan menerima kupon regular pizza percuma.
  6. Profit.

Kalau korang try, kongsikan hasilnya di sini. hahaha

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

47 comments

  1. Hehehe… kompom sampai lambat. Dulu pernah kerja sebagai manager dekat dominos. Selalunya yang buat trick macam ni, student-student foreigner. Diorang tukar siap-siap no telefon bila order online. Bila rider pizza hantar dan call no telefon, orang lain yang angkat. Sure akan peninglah kepala rider nak mencari alamat. Kena pulak yang hantar tu rider pizza yang baru masuk kerja.

    1. Sebenarnya tengok citarasa jugak. Pizza dominos ni fully handmade. Kalau customer yang walk in dekat kedai, kita boleh tengok cara pizza maker dia sediakan pizza depan mata. Semuanya kena siap bawah 10 minit. Laju tu

  2. rumah den takde pizza domino terdekat.. kalau call memang tak sempat sampai 30 minit.. lagi nak tempuh hutan bakau.. redah sungai.. jumpa babi hutan lagi..
    hahahahahha

    —- troll gak—

  3. ooo, mengelat ek!
    haha…

    but it did happen to our family, bukan sengaja…delivery boy tu sengal tak jumpa jalan pastu dia leh pulak called kami then marah2 ckp kami kasi alamat salah…hampeh kan…

    terus bos dia mintak maaf then kami dpt semua free, byk lak tu…kami oder 5 large pizza sbb celebrate besday…so semua FOC…best gile..hehe

  4. trolling habis kau..aku slalu kalau beli domino’s pizza pakai express card. beli satu free satu, lebih jimat kalu guna kupon sume tu ;)

  5. selalu memang on time. kebetulan outlet dkt ngn uma so xpernah la dpt merasa pizza free hehe. tapi kalo kupon tu yg selalu dpt pun pizza hut. susah skit nak dpt kupon dr dominos ni :)

  6. tapi boleh ke buat macam tu..sebab kita sengaja menyusahkan diorang dengan bagi no yang kita tak pakai..nanti jadi lain pulak status makanan yang masuk tu ;)

      1. setiap kali order mesti dapat punya. kira berbaloi la..outlet dekat pun boleh terlepas jugak 30 min? untung la.. :)
        tempat saya kalau tak jumpa alamat baru diorang call

    1. kadang2 dia org terlupa dan ada yg buat2 lupa. so bila order, tgk waktu yg tercatat dalam email dia. masa dia sampai check jam dan btau dia terus kalau dah lebih 30 minit. mintak kupon tu. hehe

  7. Aku ni boleh kata regular customer Dominos pizza. Dia orang tak de call kalau dah selalu hantar. Aku rasa 1st time je kot dia call. Trick yg aku jumpa, order masa hujan lebat. Tapi kena tahan lapar sikit la sbb biasanya hujan lebat ni order akan meningkat (orang lapar) dan kesukaran untuk delivery boy tu hantar dgn pantas. hehe.

    Tp peringatan! kalau dpt kupon kat atas tu, make sure keratan kecil warna biru muda tu still ada. Kadang2 delivery boy ni sengaja menipu bagi customer kupon yg dah redeem (keratan kecik tu dah kena tanggal). Kalau order pakai phone, dia boleh bagi kelonggaran untuk korang redeem kupon tu balik. Tapi kalau online, dia mmg tak bagi redeem lansung. Aku ada byk baca kes macam ni dan awal tahun ni aku pulak terkena. =.=”

Comments are closed.