Forever Alone

Rasanya sekarang takdelah terasa sangat kalau keluar sorang-sorang sebab ada gadget dan macam-macam lagi peralatan elektronik yang portable. Kalau pergi mamak atau Starbucks solo, boleh je melepak sambil baca Google Reader or apa-apa ebook thru smartphone, iPad dan apa-apa jenis tablet yang ada. Betul tak?

Bayangkan masa zaman Nokia 3310 dulu. Keluar sorang-sorang pergi kedai mamak sambil makan nak hadap apa? Laptop pun mahal dulu. Yang nipis-nipis macam ultrabook sekarang pun takde. Habis makan terus blah sebab takde geng, takde teman.

Nak travel sorang-sorang sekarang pun rasanya takde problem dah sekarang. Hampir semua orang ada GPS dalam phone. Free wifi berada di mana-mana sahaja (ingat kalau international McD dan Starbucks mostly ada free wifi).

Jadi sekarang takde hal lah nak lepak cafe sorang-sorang. Cuma bertimbang rasalah sikit, kalau nampak kafe penuh tu, tak payahla lepak lama sangat kan. Lagi bangsat, tak beli apa-apa, lepas tu duduk main internet free berjam-jam. Memang jenis muka tebal tahap gaban.

Mengharapkan awek Russian duduk depan ni, tapi sangat jarang kalau awek makan sorang-sorang kat kafe. Sepanjang makan, lecturer ni menghadap phone dia je.. Ingatkan nak tegur ke apa, at least show some courtesy kan, tapi tak payah. Dia boleh khusyuk layan phone dia baca apa entah. Snap gambar pun tak sedar.

Forever alone kalau keluar sorang-sorang? Tak sangat.


Posted

in

by

Comments

35 responses to “Forever Alone”

  1. senoi praaq Avatar
    senoi praaq

    kalau lelaki elok jalan sorang tak pa,tapi kalau perempuan elok berkawan,yelah bahaya.

  2. ejan Avatar

    macam aku bro, dah la tak main gadjet2 ni. Bila duduk rumah sorang, perut lapar keluar p kedai runcit jer beli telur dengan meggi masak kt rumah, nak masak nasi malas haha..kadang2 bila makan tghr pon dah pukul 3, bila malas nak masak meggi, makan kt mamak jer order mee goreng jer…masa tu baru aku kol mak ke, adik ke, abah ke, sambil tunggu mee goreng siap…bila la jodoh nk smpai hihihi..

  3. atiqah Avatar
    atiqah

    aku suka kluar sorang2…wlupown nmpak bahaye pd pandangan org ppuan kluar sorang2.bukan sebab xde kawan…tp cari space utk aku luaskn pndgn mata n nikmati pmndgn sekeliling aku.seronok….

    p/s: aku masih simpan impian utk jalan2 smbil amik gambo mc ariff buat..insya’Allah,akan aku kotakan..:)

  4. sid Avatar

    forever alone? sometimes best spend time with yourself sambil tgk gelagat orang… :)

  5. tuanbri Avatar

    kat mana mana pun camtu.
    orang muda, tua dan pelbagai.

    Dunia Semakin Sepi Walaupun semakin Ramai

  6. nurmisnan Avatar

    Dulu2 pun kalau balik keja mesti nak lepak cafe. Masa tuh mana ada lg
    gadget2 canggih nak godeh. Paling tidak pun ngadap tv + tgk kerenah
    org + tgk mamak tibai roti canai.. har3…

    Di Msia bukan saja McD yg ada refil jer tapi paling terbaek adalah
    Carls Jr. Refil sendiri sampai kembung.. panas sejuk semua ada

  7. Rabiatul Adawiyah Avatar

    hahaha! lempang laju2 org yg duk lama2 kat kedai tanpa membeli apa2. tp ada restoran yg pandai juga. contohnya di wangsa maju. hari-hari tukar password. tiap kali customer dah dapat semua pesanan makanan, masa tu baru dia bg kertas kecil username dan password wifi. Ingat bg no telefon nak berkenalan ke.

    miahahahaha!

  8. levelsatu Avatar

    hemm..kekadang selalu gak lepak sorang2. feeling blues habis. haha..

  9. arrizz Avatar

    best ape jalan sorang2..gadget yang kita pakai hari ini tak memungkinkan kita untuk jadi forever alone..

  10. tips Avatar

    tak reti keluar sorang kecuali terpaksa.. ;)

  11. zafira Avatar
    zafira

    Bersetuju dengan Miss Zara. Kadang-kadang, kehendak kita berbeza, so we prefer untuk keluar seorang diri. Saya sebenarnya takut keluar seorang diri. Kalau ya sekalipun, sekadar untuk back to hometown atau memenuhi urusan penting yang perlu diselesaikan segera. Sementara menunggu bas atau train ke hometown, saya akan makan di fast food restaurant dan saya lebih selesa bersambil-sambilan membaca buku walaupun orang kata makan sambil baca itu tampak kurang elok. Maybe I just don’t know how to eat sambil mata observe sekeliling. Kind of weird, hehe.

    Besides, kalau saya keluar dengan kawan-kawan especially di shopping complex, saya akan jauh di hadapan, seorang diri. Kawan-kawan lain di belakang. Saya jenis yang jalan agak laju. Mereka kata saya tinggalkan mereka. Saya fikir, saya cuma tak pandai berbual-bual hal-hal biasa (hal perempuan sebenarnya) sambil berjalan perlahan dan ketawa kecil, eheh. Agak memenatkan, right? :)

  12. akubiomed Avatar

    Keluar keluar berkumpulan pun tidak ada gunanya kalau masing-masing mengadap Smartphones atau BlackBerry sahaja. :-(

  13. little daisy Avatar

    agree with zara. keluar seorang bukan bermakna takde kawan. kalau bosan tengah tunggu makanan, boleh baca buku (still prefer paperback even dah ader ebook). lepas makan, terus keluar. tak perlu nak lepak lama2 kat situ. keluar ramai2 pon, boleh rasa macam sorang2 jugak biler semua sebok dgn hp masing2. so what’s the point kan…

    free wifi kat kedai makan skrang ni boleh jadi drawback juga. kebanyakan customer bukan nak makan sangat pun. just nak guna wifi free tu je. yg tak malu, buat mcm rumah sendiri. then, kedai tu jugak yg rugi.

  14. Eswahyudi Avatar

    Hahahaha…saya masih punya Nokia 3310, durable phone. Masih inget tak, tulalit…tulalit…ringtonenya, hahahaha

  15. wiily Avatar

    Aku tersesat masuk blog ni heh !! Forever Alone. Aku ni jenis jalan sengsorang. Makan sengsorang dan Tidur Sengsorang. Aku makan sengsorang sbb aku berat mulut nk ajak orang makan. Kalau aku makan berdua / berkumpulan pun sbb org lain ajak. Officemate aku merungut sbb aku tak pernah ajak dia makan, asyik dia je yg ajak aku makan. Aku jwp lah sblm aku kerja gomen ni, aku kerja bank …. kalut : mana ada masa nk lepak2 kedai kopi waktu pejabat. Tapi aku berakal juga, w/pun dia yg ajak aku makan tapi aku yg belanja.

  16. Noriz Avatar

    uiskhh, tajuk forever alone tu catchy lah…

    sound cam merajuk nak solo seumur hidup je…hahaha

  17. titan Avatar

    ahh..keluar sorang-sorang baru kacak. haha..

  18. shaharil Avatar

    Lepak kedai masakan thai, lepak ramai-ramai sambil surf internet. Tapi order air kosong jer.

    1. sha myheart Avatar

      Lama tak keluar sorang diri, dulu selalu. Setiap bulan travel sorang-sorang.

      Sekarang ni kalau keluar pun selalu berdua, tak dengan adik, dengan ayah. Best juga keluar sorang ni, ditambah dengan teknologi memang tak akan bosan la..

      Terima kasih kepada mereka yang merekacipta teknologi =)

  19. azman Avatar

    alah ariff lama dok moscow,tak kan der kawan untuk kuar minum2..jadi lone renjer ok gak hehehe.

  20. syahrilhafiz Avatar

    haha memang forever alone, ingat nak angkat Gtab lepas ni kalau duit ngam ngam, bosan pulak bawa laptop ni..kalau Macbook tak pe la jugak kan? :D

  21. Ekspresi Ruang Avatar

    lepak kedai mamak ok lg. ini lepak KFC 24jam sambil pakai headphone layan citer korea ke citer jepun kt laptop, pastu siap letak kaki atas kerusi dpn sambil buang sandal, menampakkan kekotoran daki2 di kaki. igt ada org nk lalu mkn ke klu masuk KFC cmtu?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      memang macam rumah sendiri dah tanpa segan silu. teruk betul

  22. iema Avatar

    shopping sorang2 boleh la
    sebab xnak susahkan orng laen

    tapi kalau makan sorang2
    perghh memang rasa mcm xde kawan jerk…

  23. Raisha Avatar

    dulu walaupun tak ada gajet macam zaman sekarang tapi lebih meriah kalau keluar dengan rakan-rakan. tak macam sekarang. kalau keluar beramai still mengadap phone

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahahah… I can relate to that. Keluar kemain satu group, duduk semeja. Tengok2 masing menghadap phone sendiri -___-‘

  24. Mr.Sepet Avatar

    mmg forever alone kluar sorg2 . . tak suka keluar sorg2 . .

  25. sukacuka Avatar

    Kalau keluar dengan kawan memang tak lar forever alone. Tapi saya memang suka kuar sorang-sorang sebab tak perlu orang lain. Adakalanya kita perlu jalan cepat dan adakalanya kita perlu jalan perlahan. Oleh itu, dengan keluar seorang, ianya tidak menjadi penghalang.

  26. KNizam Avatar

    lepas ni McD akan buat area utk makan sahaja, yg area surfing tu kat luar2 sket, dekat dgn permainan kanak2 hehe

  27. jimmy Avatar

    aku bengang dkt manusia yg jenis free wifi lepas 2 melantak 4-5 jam dgn laptop diorg n juz beli 1 cawan air. lg2 kt mcd. mentang2 blh refill coke byk2. org lain nk duduk mmg harem.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tu memang bersepah kat Malaysia, lagi2 kalau dekat dengan IPTA/IPTS. Annoying habis. Lagi cantek bila bawak charger siap extension buat McD tu macam bapak dia punya.

      Setakat yang aku jumpa, McD Malaysia je yang ada refil. Ke ada tempat lain lagi?

      1. takky Avatar

        budak2 la ni lebih suka guna charger dari guna bateri laptop…
        dorang takut bateri laptop rosak…
        tu pasal nampak ramai budak2 yang pakai charger dari pakai bateri laptop….

        1. jimmy Avatar

          ada lg. kfc dgn mamak pon dh full manusia2 cmni. pantang nmpk free wifi.

  28. Lord Zara Avatar

    Aku biasa keluar sorang2. Aku tak rasa benda ni forever alone, cuma bila keluar seorang diri lebih senang nak urus diri. Kalau keluar ramai-ramai dan kehendak tak serupa, macam banyak habis masa tak tentu hala kecuali dapat keluar dengan orang jenis menepati masa.

    Aku kalau duduk makan McD ataupun mana-mana cafe yang free wifi, aku akan pastikan sama ada sesuai nak guna ataupun tidak. Kalau tak, aku keluarkan buku yang memang sentiasa dalam beg dan makan sambil membaca. Sekurangnya aku akan kurangkan mata aku merayap tidak tentu hala. Heh.

  29. Fitrihadi Avatar

    Dunia dah maju bro.. manusia semakin malas bila teknologi banyak tolong manusia. Mungkin satu hari nanti manusia dah tak memerlukan antara satu sama lain.. just ada teknologi je dah cukup. hehehe
    .