
Tertarik dengan tajuk berita ni, “Profit to be main MAS driver” atau terjemahannya, keuntungan akan menjadi pemacu utama MAS.
Satu soalan je saya nak tanya, sebelum ni apa pemacu utama MAS? Kontrak untuk rakan niaga? Gaji besar untuk manager yang bertimbun-timbun dalam MAS?
Kalau borak dengan staf MAS yang dah berpuluh tahun bekerja, anda akan tahu sendiri apa masalah MAS sebenarnya. Tak perlu panggil budak lepasan Oxford Harvard dengan MBA nak turnaround MAS. Kebanyakan staf lama jauh lebih layak daripada budak-budak mentah ni.
Belum cerita pelbagai jawatan yang diwujudkan dalam MAS untuk orang tertentu dengan gaji yang tak diterima akal untuk sebuah company yang dah bertahun-tahun rugi. Macam saya cakap sebelum ni, tanya je staf yang dah berpuluh tahun kerja kat MAS. Mereka boleh pin point semua masalah MAS.
Dah kali kedua turnaround plan. Sebelum ni RM4 billion. Hangus. Sekarang RM6 billion pulak. Melihatkan cara orang kita jaga company dan duit rakyat, saya takkan terkejut kalau RM6 billion ni hangus sekali lagi.

Comments
12 responses to “Kalau Bukan Keuntungan, Apa Fokus Utama MAS Sebelum Ni?”
Alangkah bagusnya kalau penerbangan MAS sama seperti penerbangan ke tanah suci.
Seperti untuk haji dan umrah.
Tiada arak dan semua tutup aurat.
Semoga dua peristiwa gelap ni ‘bagi laluan’ pada MAS untuk restructure sebetulnya. Buang lemak-lemak berlebihan. Be lean.
Servis memang dah bagus cuma management gelap mata ni yang agak menjerihkan mata rakyat yang memandang.
tah laa..nak komen pun tak tau sangat.
apa-apa pun, tolong laa haramkan arak dalam flight dan wajibkan pramugari Islam tutup aurat dgn sempurna..boleh yer MAS? ;)
kompeni GLC lebih kepada memberikan servis untuk rakyat.kengkadang smpai rugi sebab nk serve rakyat..
Pengurusan yang tak cekap, tak amanah serta pelbagai masalah akan menambahkan hutang MAS. Kalau tak ditangani dengan baik, hanguslah 6 bilion tu.
Kita doakan saja semoga MAS bangkit semula…
Apabila mata dipejamkan.. Dan telinga di tutup serapat rapatnya
Bukti dan petunjuk pun boleh tak nampak. Dan jeritan kemarahan juga tidak kedengaran.
Bilalah mereka ni nak buka mata.
Asyik asyik perkara yang sama. Duit takkan dapat menyelesaikan masalah.
Kesilapan yang sama masih berulang
harap sangat MAS akan pulih
Mengharapkan MAS bangkit semula. Bangga dapat terbang bersama MAS samada didalam negara atau diluar negara. Layanan hospitaliti kru kabon terbaik.
duit rakyat juga meleburrr……..
Selepas ini 10 billion pula?
Dengan RM6 billion pun tak kan kemana, kalau ditengokkan dengan pengurusan MAS.