Flat Kos Rendah Sesuai Ke Untuk Pelaburan?

Reading Time: 2 minutes

flat kos rendah

Flat kos rendah biasanya tertakluk kepada sekatan kerajaan negeri di mana hanya golongan yang mempunyai pendapatan tertentu sahaja boleh membelinya. Tujuannya diwujudkan flat kos rendah adalah untuk memberikan mereka yang berpendapatan rendah mempunyai tempat tinggal di dalam kawasan bandar.

Namun ada orang cakap sekatan kerajaan negeri tu kurang ketat bagi flat kos rendah yang dijual secara subsale dan lelong. Yang ni saya belum pernah nampak lagi, tapi pernah dengar orang cakap. Malaysia kan.. apa pun boleh.

Berbalik kepada soalan, adakah flat kos rendah sesuai untuk pelaburan?

Jawapan saya satu je. Kalau gaji pada tahap layak memiliki flat kos rendah dan ada modal untuk membeli, why not? Kita layak, jadi tak ambil hak sesiapa. Mungkin tempat tu sangat bagus dan bagi pulangan ROI yang tinggi. Jadi boleh improve cashflow dan pada masa yang sama dapatkan capital appreciation.

Cuma kalau melabur dalam flat kos rendah, capital appreciate mungkin terhad sebab ada sekatan ni dan saya tak rasa sekatan ni akan dilupuskan sebab sekarang pun kerajaan sibuk nak tambahkan rumah mampu milik. Jadi kalau lupuskan syarat ni, dah bertentangan dengan polisi sekarang.

Untuk flat kos rendah, pegang sekajap 2-3 tahun je. Ada untung sikit boleh jual. Masa tu gaji dah naik dan loan pun sekarang up to 70% untuk rumah ketiga. Rugi kalau kapasiti untuk loan rumah 90% habis kat rumah kos rendah padahal bila gaji dah naik, kita mampu untuk membeli hartanah dengan potensi yang lebih besar.

Jadi untuk menjawab soalan sesuai ke tak, pada saya sesuai kalau mula kerja dengan gaji kecil. Ramai kat luar tu macam saya dulu. Takpe, start small. Bila harga naik, upgrade. Paling penting, cash flow pun dah mula dapat daripada property ni.

— Iklan —

Disebabkan saya dah masuk fasa upgrade, saya nak let go apartment low cost seksyen 7 saya dengan keluasan 657 sqft, tingkat 4 (highest floor tingkat 5) kepada sesiapa yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan hartanah ni.

Potensi hartanah ni sangat besar, Hospital Besar Shah Alam dah pun dibuka, LRT dah confirm, i-City semakin pesat membangun, cukup untuk menjadikan Seksyen 7 Shah Alam ni sentiasa sibuk dan sesak. Takde masalah nak cari penyewa.

Sayang nak let go sebab daripada apartment inilah saya dapat cukupkan apa yang tak cukup masa gaji kecil dulu. Lebihan refinance buat tampung kos perkahwinan. Tapi memikirkan matlamat saya adalah untuk raise cash untuk investment seterusnya, keputusan ini terpaksa dibuat.

Market value RM170,000 daripada BSN. Asking price RM160,000. Sekarang disewakan kepada couple RM700/bulan, agreement tahun lepas. Sewa satu kepala bermula dari RM150 seorang kat sini, jadi kalau satu unit 6 orang dapatlah RM900. Cukup untuk cover loan dan dapat lebihan sikit. Of course dengan potensi yang ada pada kawasan ini, kadar sewa susah nak jatuh.

Syarat untuk memiliki rumah kos rendah di Selangor:

  1. Warganegara Malaysia
  2. 18 tahun ke atas
  3. Bermastautin / bekerja di Selangor
  4. Satu keluarga satu permohonan sahaja
  5. Pemohon belum memiliki rumah (kerajaan / swasta)
  6. Pendapatan bulanan (bujang / kahwin) kurang daripada RM5,000

Yang berminat boleh contact saya di 014-6278868.

 

Flat Kos Rendah Sesuai Ke Untuk Pelaburan?Entri ni khas untuk yang belum memiliki hartanah. Yang dah ada hartanah... Posted by Ariff Shah on Monday, November 9, 2015


Posted

in

by

Comments

11 responses to “Flat Kos Rendah Sesuai Ke Untuk Pelaburan?”

  1. Sync Avatar

    rasanya sesuai, masih ada orang nak sewa flat kos rendah.

  2. Naiem al-Marhaen Avatar
    Naiem al-Marhaen

    Assalamualaikum en Ariff.
    Forum hartanah mana yg biasa en ariff layari? Boleh share link dgn saya?

  3. Putri Avatar

    Kadang-kadang orang tak ramai nak flat kos rendah sebab tak up, hehe

    Setuju dengan awak – kalau mampu, apa salahnya?

    1. Ariff Avatar

      Mampu dan layak. Ramai yang tak layak tapi mampu berebut nak beli rumah kos rendah sebab ROI tinggi

  4. izzah Avatar
    izzah

    Sayangnya saya dah terikat dengan personal loan dan kereta , harga rumah u nak jual ni dh ok klu dpt bli.

    1. Ariff Avatar

      Alamak. Ambil personal loan untuk apa ya?

      1. izzah Avatar
        izzah

        Buat biznes en ariff tapi separuh jalan..silap saya jugak tak pinjam dgn keluarga terdekat

  5. Nije Avatar

    Insya Allah, kalau ada rezeki, tahun depan mahu sambar 1 flat kos rendah :-)

  6. roshida Avatar

    good deal ni..apa nama apartment tuan..boleh tgk2 location.. ;)

    1. Ariff Avatar

      Flat Nilam Sari Seksyen 7

  7. siti Avatar
    siti

    Bestnye ade rumah sendir. Nak beli tapi budget dan financial tak cukup lagi.