First Class Facility, Second Class Mentality

Reading Time: 2 minutes

Saya rajin ke perpustakaan sekarang untuk menyiapkan projek saya. Dateline hujung bulan ni. Kadang-kadang, hujung minggu pun duduk di perpustakaan.

Perpustakaan Raja Tun Uda ni memang best. Perpustakaan baru lengkap dengan pelbagai kemudahan. Nak buat kerja senang dan pemandangan pun cantik. Boleh nampak masjid Shah Alam, ada tasik dan hutan yang menghijau.

Di sebalik kemudahan dan pelbagai kelebihan yang ada, banyaklah jugak golongan dengn mentaliti kelas kedua datang ke sini. Antaranya:

  • Mereka yang jawab phone dalam perpustakaan. Ya, sekarang ni zaman canggih. Manusia dengan handphone tak boleh dipisahkan. Tapi kalau phone berbunyi (dah la tak silent), pandai-pandailah jawab phone tu di luar.
  • Dating. Biasanya student yang konon-kononnya tak nak keluar dating macam couple lain tapi datang ke library atas alasan nak study tapi dua-dua tahu sebenarnya pergi library sekadar nak dating. Hipokrit. Datang library, bawak laptop lepas tu buat apa entah dan termasuk buat bising. Kerja tak jalan.
  • Tidur. Aircon memang best kat library ni. Pernah nampak ada yang pakai glove duduk dalam library. Feeling macam kat overseas pulak kan.. Sebab aircon kat sini best, ada yang menggunakan kemudahan yang ada itu untuk menjadikan perpustakaan ini sebagai tempat tidur. Betullah dia guna kemudahan tu, cuma cara pengguaannya salah.
  • “Study group”. Datang satu group, susun buku banyak-banyak atas meja kasi nampak gigih nak study. At the end, masa dihabiskan untuk berborak, bergosip, bergurau dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Biasanya group macam ni perempuanlah paling banyak.

Selalu ada guard yang kadang-kadang lalu lalang untuk kawal keadaan. Tapi itulah, sepatutnya tak perlu ada. Sepatutnya kalau dah masuk library tu tukar terus mindset yang anda kini berada di library. Sila diam. Kalau tak diam, sila pulang. Saddened with the fact that we have first class facilities but our mentality is still faraway behind.


Posted

in

by

Comments

46 responses to “First Class Facility, Second Class Mentality”

  1. Hafizul Avatar

    Emm betul tu…sama juga sewaktu sy blaja dahulu..patutnya datang pustaka,dia la..ni tak..tubuh group sembang pulak..macam2 manusia ni..kan ditegur nya kata kita menyibuk…busy body lah..apa lah..

  2. Fathiah Jasni Avatar

    lagi satu benda.. makanan.. esp snacks.. bunyi renyuk2 snack wrapper tu, sgt mengganggu kalo kt silent study area.. silent study area bkn bermakna x bleh bercakap je.. tsk tsk

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kat library yang saya pergi tu memang dia jaga supaya orang tak makan dalam library. Cuma kadang-kadang masalah bising tu tetap ada

  3. azman Avatar

    Sejak dari zaman sekolah lagi dah ada yang tak reti guna library..mungkin terbawa2 bila dah bukan zaman sekolah pun. – dah lama tak masuk library.

  4. izwanyusof Avatar

    back to basic,kita nak ada 1st class facilities tapi lupa nak ajar orang camane nak gunakannya. early lesson tu penting juga.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      I agree. Kita sediakan banyak kemudahan baru, tapi kita tak mendidik rakyat tentang bagaimana menggunakan kemudahan tadi sebetulnya.

  5. Nurul Avatar

    Zaman sekrang dah x sama macam dulu.. Kalu dulu orang perpustakaan senyap jer.. kita nak bercakap pun segan takut org dengar.. tapi skrang.. manusia dah berubah..

  6. sarina yusoff Avatar

    Jujurnya..,
    saya pun sudah lama tak ke ‘library’..
    ‘Syok’ lagi pergi kedai kedai buku – Popular, MPH,Times, Kino ( sekadar memberi beberapa nama). Buku pun baru-baru..kalau tak habis, datang lagi besok sambung baca :D . Kalau memang berkenan saya akan beli.

    Notak kaki: teringin juga mahu pergi ke library raja tun uda tu..bila ya

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hujung minggu memang ramai orang. Kalau nak puas hati, datang hari minggu

  7. eyriqazz Avatar

    Semangat Malaysia Boleh terbawa2 sampai ke library….

    1. badehsan Avatar
      badehsan

      apahal pulak ni tiba2 ada kait dgn malaysia boleh..low class mentality..cheit…

  8. hatiputera Avatar

    mentaliti orang kita memang dah macam tu,,,sebab tu aku tak suka masuk library,,

  9. Ekspresi Ruang Avatar

    budaya Malaysia kalau nk membaca, haruslah di perpustakaan. walhal di negara2 maju lain rakyatnya mengamalkan membaca even tgh tunggu train sekalipon.
    Malaysia Maju….di mulut dan media saja…

  10. Orang Kampung Avatar

    Assalamualaikum…selalu juga masuk library ni..memang perkara mcm ni ada dimana2 library…pernah juga tegur org sekampung tapi dibalas..lu sapa o ?…terpaksa diam & lihat jer..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Takde didikan tentang kesedaran sivik dalam masyarakat kita. Tu sebab jadi agak bermasalah

  11. Nisa Avatar
    Nisa

    Agreed. Ssh sgt nk ubah mentalitit masyarakat skrg dr pelbagai faktor. Sinonim sgt dgn “tipikal pemikiran melayu”. Just my thought.

  12. akubiomed Avatar

    Satu kerugiaan dengan kemudahan yang ada tetapi tidak digunakan sebaik-baiknya ia adalah satu pembaziran.

  13. Anarm Avatar

    tak best langsung dating kat perpustakaan.. aku penah try.. rasa macam harommm.. hahaha.. rakyat sini masih kurang kesedaran sivik.. 2nd class mentality rasanya tak berapa sesuai.. mungkin 3rd class atau 4th class lagi sesuai dengan gaya pemikiran orang2 seperti yg ko senaraikan tu.. puiii..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betul. Memang tak best. Tapi kalau kat Russia, kat reading hall pun boleh jadi port lepak cium-cium kering-kering. hahahaha

  14. syahrilhafiz Avatar

    haha, malas aku nak komen kalau bab masuk library. memang at the end sampai macam tu la.. mentality masuk library aku konfirm tidur ahh :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau nak buat kerja atau study, aku lagi suka pegi library daripada duduk rumah. Dari dulu lagi macam ni

  15. keretahitam Avatar

    Walaupun kemudahan secanggih manapun di sediakan tetapi mentaliti masih di takuk lama, takde makna pun. Apa pun perubahan biarlah dari kita dulu.
    Note-Selalu silent hp kalau masuk panggung :) Sebab ada iklan bouncer wayang suruh…

  16. abangensem Avatar

    Selain dari restoran mamak, library adalah antara port yang paling saya suka sebab ramai awek kat sana….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      jom la lepak sekali :)

    2. Zarul Umbrella Avatar

      jom ngeteh aku balik KL hujung bulan ni

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        BIla? Mana?

  17. shatilla Avatar
    shatilla

    Yes, setuju sangat. Last time masa study kat UM, kat library UM biasanya, most of the time, masa study week akan duduk kat library start dr bukak sampai lah tutup. Kebanyakkannya mmg akn bercakap tapi 95% yang menganggu adalah org arab.yg dari middle east.pergh.dowang punye berborak mmg kuat xhengat.kat bahagian tu mmg dgr suara dowang jelah. Makhluk y paling xpaham bahasa. Sbb dlm library UM ada Zon Biru(Silent) and Zon hijau(Boleh bercakap but moderately).Jd even kat Zon biru pun dowang mmg akn bising.jwb call pun kuat gila.haih.so, everytime pergi library mmg akan elakkan dari duduk bdekatan budak2 arab ni.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ada budak arab kat UM? Course apa ya?

      Tapi pak arab ni semua memang suka buat kepada sendiri. Pernah dulu dalam flight selamba dia je ntah dari seat mana datang kat seat depan saya lepas tu berborak kuat-kuat. Orang sekeliling dah fed up. Last2 kena steward halau dia balik ke seat sendiri.

  18. Azydy Avatar

    biasa latu zaman muda..dah tua nanti baru sedar..

  19. its maey Avatar
    its maey

    Dah lama tak masuk library since blaja kat UiTM dlu… Tp bila ingat balik masa sekolah dulu tiap-tiap minggu nk buat study group kat Library negeri. Ambil buku 4 5 buah..lastly baca pun tidak..hihihi…sbb kusyuk tgk karenah org dating..

  20. Zarul Umbrella Avatar

    merata dunia saya pergi sorry to say mentaliti rakyat Msia masih lagi rendah dalam apa jua keadaan..

  21. halif Avatar

    Sebab diorang tak pernah pergi oversea. Diorang rasa hal ni biasa dan normal. Tak mcm yg pernah pg oversea n dapat bezakannya. Dalam masjid pun xoff hp, ape citer?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betul. Dalam masjid pun sibuk lagi main phone masa dengar khutbah Jumaat, kalau masuk library nak respect sangat ke? I don’t think so

    2. mooven Avatar

      pernah ke tak pernah pegi ke sama je rakyat malaysia ni. bila kembali kepada yang asal akan hilang mentaliti yg bagus tu

  22. Iyliana Avatar

    setuju dengan entry ni, sebab dah selalu sangat2 nampak perkara yang sama,walaupun xpernah jejak kaki lagi dekat library RTU tue, same things happens to others library…

    berdating, tak silent phone mmg one of annoying act yg sy selalu nampak..tp perkara2 mcm nie susah nak bendung, kesedaran sepatutnya atas diri msg2

  23. zool Avatar

    Lama gile tak pegi perpustakaan . almaklumlah bukan cendekiawan.. zaman dulu gi perpustakaan pun baca suratkhabar je.. hehahahhaha

  24. Kujie Avatar

    ooooo ariff…kak jie pun mcm banyak komen kalau pergi perpustakaan. Kak Jie yg dah tua² ni memang suka membaca kat perpustakaan, anak² pun sama. Kalau melancong kat mana² tempat, kami pilih perpustakaan awam tempat tersebut – mcm kat Kuala Berang baru² ni masa cuti sekolah.

    Perpustakaan Negara tu juga lokasi popular kami anak beranak.

    Pasal mentaliti – sedih …sedih jugalah.

    Kat Perpustakaan Negara ada satu ruang utk perpustakaan kanak-kanak. Memang nama pun kanak-kanak kita boleh terima sikap mereka yang berlari, bercakap kuat atau tidak fokus.

    Masalahnya ibubapa yang menemani anak-anak. Ada yang lepaskan anak-anak, mak bapa tidur dipenjuru yang tersorok. Malah ada yang tidur di meja yang disediakan., tidur di sofa-sofa saiz kanak-kanak.

    Dimana saja , tanggungjawap ibubapa mengawal dan mendisiplinkan anak-anak itu perlu. Kalau kita tak beritahu perlu senyap, hormat orang lain…siapa lagi yang nak anak ajar anak² kita? Budak² berlari, bergurau, bercakap kuat kerana mereka tidak tahu itu satu perlakuan tidak elok di dalam perpustakaan.

    membaca itu elok, bagus bawa anak-anak ke perpustakaan, tetapi mendidik anak-anak faham situasi, suasana itu juga penting. Kena bagitau tempat itu adalah umum, berkongsi dengan orang lain jadi hormati orang lain yang betul-betul datang untuk menjadi info dan belajar.

    kan…….. kak jie dah mula membebel!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Saya tak pernah lagi sampai perpustakaan negara tu. Tapi faham jugaklah keadaan yang dialami kak Jie. Memang boleh dilihat di mana-mana. Kebanyakan rakyat Malaysia secara umum masih lagi kurang kesedaran sivik.

      Bila kita cakap kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum masih mempunyai mentaliti kampung, ada yang marah, ada yang rasa macam kita menghina dan ada yang cakap kita tak sedar diri tapi hakikatnya macam tulah. Kita mahu kemudahan macam yang ada di negara maju, tapi tak reti menghargai dan menggunakannya macam orang di negara maju gunakan kemudahan mereka.

      Sangat menyedihkan kadang-kadang. Tak taulah bila benda macam ni akan berubah.

  25. azrijohan Avatar

    betul tu, setuju sangat..

  26. Tho Ha Avatar

    Bukan 2nd Class Mentality Tapi 3rd Class Mentality.

  27. Lord Zara Avatar

    Wah!
    Seriously cantik :)

    Aku tak faham kenapa orang nak date dekat library. Since aku sekolah sampai aku habis universiti (dan dah kerja), aku masih tak faham tengok orang date dalam library. Certain people boleh je. Tapi yang banyaknya, Duduk berdua berdepan2, kerja tak buat, bising, kaki bertolak2 bawah meja, tangan main cuit2 bagai, hoish. Stress.

    =.=”

  28. shukrin farahdiba Avatar

    cantiknye library! tp ape yg di listkan tu mmg selalu jadi. mentality tak berubah. selalu menyalahgunakan kemudahan

  29. Juan Avatar

    i’m agree with u

  30. Siti Safiyyah Avatar

    kekadang terfikir jugak, kenapa students yg pegi library ni malas betul nak silentkan phone. kadang tu bukan pegi library je tak silent phone, masuk kelas pun tak silent phone. alasannya…… tak tau ada orang nak call dia masa dia kat library or dalam kelas.

    Sabar jelahhh

  31. Harian Post Avatar

    Yup betullah semua yang disenaraikan tu Ariff :)

    Tapi bab tidur pakai glove tu nampak sangat orang tu macam pelik je, demam kot hehe

    Yang couple “dating” dalam library memang banyak sekarang ni, save budget haha

  32. Norfa Avatar

    huhu.. biasa la tuh kalau study group.. tapi mungkin silap tempat kalau mulut lagi kuat dari belajar.. yang tak leh blah, memang paliing ramai yang dating… port terbaik punya… mata orang lain pun terbaik mengumpat bila nampak..