
Wow! Saya rasa LG adalah pengeluar 3D Smart TV yang terhebat sekarang.
Awal bulan yang lalu, saya telah menghadiri event LG Fiesta yang bertempat the The Curve. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir memeriahkan event ini. Maaf tak sempat jumpa semua rakan yang hadir.
Jadi ceritanya macam ni la. Selain daripada aktiviti yang diadakan untuk blogger, event ini bertujuan untuk mendemonstrasikan produk terbaru LG yang utama iaitu produk LG Cinema 3D Smart TV mereka dan set home theater yang baru.
Saya sediakan satu infografik untuk memudahkan anda nampak kelebihan LG Cinema 3D Smart TV ni. Boleh baca dengan lebih mendalam tentangnya di laman LG

Satu lagi keistimewaan LG Cinema 3D Smart TV ini ialah kualiti paparan 3D TV ini yang tidak berkedip. Kalau sedar la, sesetengah 3D TV jenama lain memang tak nampak smooth dan kadang-kadang berkedip, tetapi tidak pada LG. Cinema 3D Smart TV mereka telah disahkan bebas daripada ‘kecacatan’ ini, sekaligus tidak akan mencacatkan pengalaman anda untuk menonton filem dalam 3D.
Panggung wayang di rumah anda takkan lengkap dengan sistem home theater yang mantap. Oleh itu, LG telah mengeluarkan 9.1CH Cinema Sound Home Theater khas untuk digandingkan dengan Cinema 3D Smart TV.

Lepas ni dah boleh lupakan untuk menonton movie di panggung wayang kerana anda telah mempunyai sebuah home cinema yang lengkap.
Sempat juga melihat sendiri LG Ultra HDTV 84″. Super big! Harganya kalau tak silap adalah RM60,000. Ada ke orang yang beli tv harga macam ni?

Untuk saya mungkin paling besar pun boleh pergi adalah 60″. More than that, mungkin kena cari rumah yang lebih besar.


Tengok BroFramestone tu, boleh tahan jugak brader ni..

Salah satu aktiviti ialah pertandingan tarian Gangnam Style. Yeahh! Nama pun fiesta. Bernasib baik kerana takde siapa yang buat rakaman video tarian gangnam kayu saya. ha ha ha. I can do lots of things but not dancing.

Tak tau apa yang Melastik Bintang cuba lakukan. Kurang kasih sayang agaknya..

Walaupun menari macam kayu, tapi kumpulan saya masih menang! Dapat LG merchandise name card holder, keyring pen dan paper holder yang diperbuat daripada pewter. Baru ingatkan dapat Smart TV sorang satu.
Produk dan event yang best! Terima kasih kepada LG Malaysia atas penganjuran event ini. Special thanks to Aku Biomed & Yana Yassin for the pictures. Boleh melawat blog diorang untuk baca kisah diorang masa event ni.
Untuk info tentang produk LG, boleh lawati:
- Laman web LG Malaysia
- Laman web LG Cinema 3D Smart TV
- Laman web LG Home Theater
- dan juga Facebook, Twitter serta Youtube mereka

Comments
20 responses to “Fiesta LG Cinema 3D Smart TV @ The Curve”
RM60k? wowww siap dengan cinema pasti menarik lah, hari-hari tengok astro first kat rumah huhu.
Beli satu letak kat kedai pastu langgan astro first ramai orang datang, balik modal tak nanti?
Boleh balik modal kalau semua orang yang tengok tu bayar. haha..
xtau kenapa, tapi memang dari dulu saya memang minat pada TV jenis LG ni sebab tgk kat kedai pon gambar clear
Dah tengok sendiri, memang better than jenama lain yang ada di pasaran :)
Dapat LG 84″ Ultra HD memang puas hati. Menonton pula Astro Byond memang melekat di depan TV.
kat rumah takde astro beyond..
perghhh!!kalau dapat beli ni xpayah tengok wayang dah, siap boleh bukak wayang sniri..1 kepala rm5..hahahaha
Memang. Wayang boleh dilupakan. Duduk rumah lagi selesa kalau nak banding dengan wayang
haha cis… kurang kasih sayang??? bukan bro.. itu simbolik sebenarnya.. inginkan yang besar besar..hahaha
nak apa yang besar? hm…
tue dia… jom ramai-ramai pakat beli tv tue. gulp!! kena kumpul sehari seringgit nih. sampai cukup jumlahnya.
yang 60″ pun ok dah. Kalau tak pun 42″
dgn harga RM60K dpt pasang “panggung wayang” kat rumah…terbaik LG!
digandingkan dengan home theater system tu, fuh.. memang syok!
Hahahaha.. Cuba jeling sikit keek yana yassin.. Hehehe
Balik nanti aku tengok. Kantoi kat ofis ni pulak nanti.
Ingatkan dah kumpulan hujung-hujung, orang dah tak kisah. Cis!
cool gila event ni! LG punya TV meletopz
memang meletopz!
Hahaha,siapa cakap tarian bro tidak dirakam? Sila terjah Keek Yana Yassin..tergolek2 gelak saya tengok bro menari..hik3
Cis! Betul ke? Yana tak cakap apa-apa pun