Aku bukanlah pro atau apa, cuma tips ni semua datangnya daripada pemerhatian aku selama beberapa bulan ni. Harap dapat beri input yang bernilai kepada admin Facebook page dan pengguna Twitter di luar sana.
Facebook Page
- Bilangan follower tak akan berkurang sekiranya semua adalah dalam keadaan normal.
- Kalau boleh update status, post link atau apa-apa dengan sesuatu yang bermafaat, mudah difahami, fresh dan unik.
- Jangan terkeluar jauh daripada topik/tujuan asal page tersebut dibuat. Ada admin page kalau boleh nak fan bertambah banyak dengan cepat, main bantai post apa-apa yang dirasakan menarik pada dia sehingga terkeluar daripada tema asal page tersebut.
- Tak salah untuk buat duit dengan Says.my atau seumpamanya, tapi janganlah terlalu kerap sehinggakan fans naik meluat.
- Kekalkan identiti dan nada page ada, kalau selama ni guna nada professional cuba kekalkan. Namun sekali sekala tak kisah untuk ubah, asalkan identiti tak hilang.
- Jaga hubungan dengan fans, interaksi dan hubungan dengan mereka perlu dijaga.
- Untuk page yang mewakilkan diri sendiri dan bukan produk keluarannya, jadilah seorang yang merendah diri. Jangan bongkak walaupun anda ada pencapaian yang membanggakan.
- Berinteraksi dengan orang yang anda follow dan mungkin dia akan follow back. Berhubung dengan mereka pada kadar yang normal dan tidak kelihatan seperti terlalu fanatik.
- Kalau nak share sesuatu link, eloklah diselitkan komen peribadi anda tentang link tersebut.
- Jangan tweet benda sama berulang kali. Kalau nak tweet link yang sama, lakukan dalam selang waktu lebih kurang 2-3 jam daripada tweet yang sebelumnya. Tweet sesuatu link atau perkara yang sama berulang kali pada selang masa yang pendek antara tweet-tweet tersebut adalah sangat menjengkelkan.
- Anda boleh unfollow sesiapa sahaja dan ingat yang mereka juga boleh unfollow anda pada bila-bila masa.
- Kekalkan komposisi tweet yang pelbagai, tidak berat kepada link sharing sahaja tetapi selitkan tweet berlainan berkaitan anda.
- I follow you & you follow me tidak wujud dalam Twitter, kecuali jika anda benar-benar kenal individu tersebut. Follow sebab anda berminat dengan tweet orang yang anda follow, bukan untuk pertukaran dua hala. Lagipun pertukaran macam ni memang tak memberi sebarang manfaat.
- Follower bertambah kerana kenalan anda bertambah, tweet anda menarik, peminat anda bertambah atau mungkin anda tidak banyak mengeluarkan statement yang bodoh.
- #FF atau #followfriday adalah budaya twitter yang boleh menambahkan follower sekiranya anda pandai menggunakannya. Digalakkan untuk memberikan #ff kepada orang yang anda rasakan layak dan berikan sebab. Contoh:
- Kalau kawan kita sendiri unfollow, bukan bermaksud nak putus kawan atau apa cuma mereka meluat/tak suka baca tweet anda. Tak perlu berkecil hati.
#ff @ariffshah kerana dia cool
dan BUKAN macam ni:
#ff @abu @karim @daud @samah @ali @.. @.. @…
In most cases kalau banyak sangat #ff yang tak bagus ni, orang meluat sebab nampak macam spam. Itu sebab biasa kita dengar ramai yang kehilangan follower semasa #ff.
Apa-apa pun ini social media adalah medium untuk bersosial. Bilangan follower bertambah jika anda memberi manfaat/menghiburkan orang lain, mesra/rajin berinteraksi dengan orang lain dan tidak annoying. Semua orang ada goal atau matlamat yang berbeza dalam penggunaan social media, jadi terpulang kepada anda samada untuk memilih antara kuantiti follower atau kualiti hubungan anda dengan follower.
Aku? Aku memang pendiam, not much of a social guy. Suara aku mungkin lantang di alam maya, tapi bukan di dunia nyata. Terima kasih kepada semua yang follow di Facebook page (3402 fans) dan Twitter (1867 followers).
Premium Sponsor

Comments
27 responses to “Facebook Page & Twitter Akaun: Tips Untuk Admin”
memang cool :)
i follow u, u follow i hit back ok..hehe
tips yang baik. Banyak jugak tak tahu pasal twitter dan facebook ni.
sampai sekarang ni aku penin sikit tentang twitter ni..tapi betul ckp saudara ariff ni..jgn terkeluar tajuk..anyway good info..aku suke tgk blog ni..suci je nmpk..xserabut..
Masa kat twitter Pakai banyak simbol # – contoh #seks #music #justinbieber
Tips Power
aku slalu ingat ape yg aku tweet org tak amik peduli… ^_^ haha….tp tweet pun ade cara dia….tp lame2 bile ade org follow akan rase appriciated..tp klo mcm xde org follow rase lantak laa nak tulis ape pun, xde org heran..besh gak kadang2..haha..
fb fan page aku sekarang setakat nak post update terbaru.. masih terfikir pe lagi leh wt ngan fanpage tu.. tak berkembang..
Kau bagi aku idea camne nak buat #ff untuk kau Jumaat ni.
Selalunya aku akan #ff orang yang aku nampak di timeline – orang yang betul2 layak secara peribadi aku la.
:)
Oh ye, tentang link sharing tu, lately aku dah set dia keluar selang berapa jam je. Sakit jiwa sebab bila ping, dia akan auto keluarkan, so, kena set up balik tu semua.
Tentang reply ke tak kat Twitter, itu biasanya akan cuba di-reply semua walaupun kadang2 aku mention orang, orang tak reply. Ala, perkara biasa kan?
:)
Dan, dan, kamu memang makin popular Ariff!
Dah lebih setahun dah ikut kamu dan blog kamu.
Thanks sebab menyediakan bahan2 yang hebat untuk dibaca dan even aku kena pergi kursus atau kem, mesti akan tengok semula apa yg tertinggal.
Kudos and thanks!
:)
Terbaik! HAHA.
Actually ni first time masuk sini.
Terkejut beruk sebab seriously power ah.
Keep it up! :)
*ohh blaja Moscow? Wow.
sgt2 berterima kasih for the tips… ;)
hoho..kena praktik ni..thanks bro :)
“Jaga hubungan dengan fans, interaksi dan hubungan dengan mereka perlu dijaga”.
aku komen xpenah pon encik ariff nak reply. certain2 org je dapat reply. cmne 2 ye?
oh. yeah. aku memang selalu overlook komen tu, nak komen tak terkomen. lama2 lupa. my bad.. will try to avoid that next time.
bagus tips ni, kene pratikkan yang mana boleh, best juga kalau dapat tingkatkan bilangan follower di fnpage dan twitter..
ak dah follow @ariffshah cool ke??…haha
thx for the tips…
haha.. biasa je.. tak cool mana pun
avatar nampak cool je..haha..
TQ ariff.. hehehe
nice tips…biasanya twitter’s followers lambat sikit grow up compare tu FB
nice tips…berguna ni..memang betul pun..kalau asyik tweet benda yg sama je..bosan la..
Salam ariff. ya, sangat useful tips.thanks :)
memaang selalu page tu utk letak link je, tapi2 kdg2 bila emo, jadi peribadi pula. adeh. salah diri anem juga.
pepun, bookmark ini entri! :)
hmmm masih memikirkan untuk mewujudkan Fbpage
setuju dan terima kasih atas tips! hehe. aku kurang berinteraksi di fanpage.. sangat kurang, kadang2 tu setakat link entry terbaru jee :)
tak suka bila orang dok tweet benda yg sama..banyak kali pulak tuh.
#ff @blowie sebab dia hensem lagi dari @ariffshah ahahhaha
memang lagi hensem nih. tak tipu :P
twitter mmg tmpat aku menyepam link GB..