1. Dulu, masa MOL beli Friendster macam-macam reaksi dapat kita lihat di sekeliling kita. Ada yang bangga syarikat Malaysia mampu membeli 100% saham Friendster dan ada pula yang tergelak mengenangkan waktu itu Friendster semakin dilupakan akibat daripada kedatangan Facebook & Twitter.
2. Pembelian berharga kira-kira $100 juta tersebut dipelopori oleh jutawan dari Malaysia Tan Sri Vincent Tan (kini di tangga ke-9 paling kaya di Malaysia) melalui syarikatnya MOL Access Portal Berhad di penghujung 2009.
3. Pada bulan Ogos 2010, Facebook membeli patent kepunyaan Friendster dalam sebuah urusniaga yang berharga kira-kira $40 juta. Ramai yang terlepas pandang berita ni.
4. Kini dengan pengumuman bahawa Facebook akan melancarkan IPO mereka dengan nilai $5 billion, timbullah berita bahawa di sebalik pembelian patent Friendster $40 juta dulu, Tan Sri Vincent Tan juga mendapat pegangan saham Facebook sebanyak 1%.
5. Anggaran keuntungan yang dibuat olehnya selepas IPO adalah kira-kira $500 juta atau RM1.5 billion. Sekelip mata.
6. Daripada pandangan pengguna social media biasa, kebanyakan individu memandang Friendster sebagai sampah dan tempat paling low standard dalam social media (sebelum ditutup dulu). Namun pada pandangan ahli perniagaan, memang jauh berbeza sama sekali.
7. Pemilik Friendster dulu pun mesti sedang berputih mata. Kalau mereka tahu dulu, memang mereka takkan jual kepada Tan Sri Vincent Tan.
8. Dengan penambahan aset bernilai $500 juta, berkemungkinan besar Tan Sri Vincent Tan akan memotong Syed Mokhtar AlBukhary yang berada di tempat ke-8 (ranking 2011).
9. Kisah ni sekaligus membuktikan pepatah dalam bahasa Inggeris, one man’s trash is another man’s treasure.
10. Saya? Sekarang sibuk tengok saham di Bursa Malaysia tiap-tiap hari. heheh..
Comments
31 responses to “Facebook Punya IPO, Owner Friendster Bertambah Kaya”
Wah. . .nak jd jutawan jg ke admin. . .huhu. . .good luck. . .
seronoknye hanya 1% je, 500juta tambah kaya…
rich people=money works for you
mungkin dari segi popular, friendster ibarat 10% je berbanding facebook, tapi hanya dengan pegangan saham 1%, puh….kayo den…
orang kaya sentiasa mencari peluang, tidak sesekali berhenti melainkan mati
bila tgk filem Wall Street, nampak sng je nk kaut keuntungan sekelip mata hasil penggabungan atau IPO mana2 syarikat. tp nk jatuh pon sng. plg buat aku ragu2 adalah sumber berkait yg tidak dipastikan halal haram setiap perniagaan yg diniagakan di bursa tu.
Nampak macam senang-senang je untuk sakan, tapi sebenarnya bisnes ni kalau tak kena gaya rugi teruk juga. Misalnya Proton dengan Lotus, betul teknologi Lotus dapat dimanfaatkan, tapi kos nak maintain Lotus pun boleh tahan, silap-silap RHB jual juga Lotus tu. Apapun dalam bisnes (dan hidup juga) nasib ada peranan. Mana tahu kalau Lotus betul-betul dijual, tak mustahil ada pembeli yang bijaksana macam Vincent Tan dapat tukar kerugian jadi keuntungan.
haha.. bila la nak kaya
wow untung sangat2..tahniah :)
wah makin kaya orang kaya ni, bagus2..otak geliga betul :)
rezeki pun ya, kemahiran hebat pun ya…mana tidaknya kemahiran pemikiran ke hadapan yang tentunya sebilangan kecil yang ada….
Kagum .. itulah yang pentingnya kita ikut kata hati dan ada perancangan sendiri. Elak hidup dalam dogma, iaitu membiarkan orang lain menentukan hala tuju hidup kita. Believe in your guts.. kata Steve Jobs.
aku kurang seringgit jer nk dptkn IPO tu…hahahaha
giler ah, terbaiklah, kalaulah syed yg beli dulu
dah baca pon aku tak paham apa sebenarnye ipo ni…huhuhu..ape2 pon mmg kaye la..banyak tu 500 juta. bagi aku 1 juta pon aku rasa tak luak. hihi
orang bisnes ialah orang menggunakan potensi orang lain untuk mengkayakan mereka dengan teknik dan strategi yang kaw-kaw punya.
Kalau punya website sosial, baik simpan lah.. Tan Sri memang seorang yang bijak dan berani ambil risiko. Friendster yang agak lapuk tu masih ingin dibelinya? Pandangan yang jauh seorang ahli perniagaan. Pandai bajet untung rugi jangka masa panjang sesuatu. Rezeki RM1.5 B.
Orang malaysia sapu je dua IPO yang baru keluar ni.. Hehehe
Kalau ipo fb ada kat malaysia pun, org yg berduit je boleh beli. Hehehehe…
Tak paham sangat tp ni lah yang dikatakan orang kaya akan bertambah kaya..huhu
Tu diaaaa! Walaupun share hanya 1%, tapi duit yang dia dapat punyalah banyak. Kiranya tak sia-sia jugaklah Tan Sri Vincent Tan beli FS.
Dia memang otak bisnes betul lah,lagi tambah kaya lah dia :)
perrghhh 10 keturunan makan xabes nie…giler kentang la~
Kalau IPO ini ada dekat Malaysia confirm orang nak beli
info ni best ! strategi bisnes tu.
wau…xsia2 la jadinya beli benda 2…
mungkin ini ialah salah satu strategi dijangka oleh vincent tan…
dulu vincent tan tun tengok bursa saham gak..
hehe
Wah tak sangka Friendster tu berharga rupanya.. memang rugi pemilik lama FS tu..
.
aku dah agak dah dulu. mesti jadi macam nih. friendster ni masih ada valuenya tersendiri.
Duit atas angin jadi pemilik patent pun boleh kaya.
org bisnes ni fikiran dia lain macam sikit, berani ambil risiko kerana mereka tahu ada yang boleh dibuat untung daripada risiko itu dikemudian hari.
siapa sangka kan.
pergghhh.. $100 juta.. $500 juta.. perghhh..
kaya betul la mereka ni…modal rasanya tak la berapa sangat. Tapi dapat pegangan saham berbilion-bilion.