F1 Grand Prix Malaysia – Kali Pertama

Reading Time: 2 minutes
IMG_0166
View from grand stand, citrine

Bertuah sebab dapat tiket free untuk F1 Grand Prix tahun ni. Kali pertama turun ke litar F1 Sepang untuk menonton pelumbaan ini secara live. Excited habis.

Tiket yang saya dapat tu adalah grand stand yang bertentangan dengan hill stand covered. Oklah since it is free. Kalau ikutkan, nak tiket yang menghadap pit lane. Tahun depan kena usaha dapatkan tiket ni. Baru syok tengok F1.

Kelebihan grandstand ini adalah dari segi kemudahannya seperti surau, tandas, gerai makanan dan booth tempat jualan official merchandise pasukan F1 yang bertanding. Selesa dan dapatlah berteduh daripada hujan dan panas. Memang gigih mereka yang sanggup datang walaupun hanya sekadar menonton dari hill stand.

Hujan turun sekejap sebelum race bermula tadi. Dalam F1, faktor hujan ni diambil kira kerana ia akan menentukan jenis tayar yang digunakan dalam perlumbaan. Macam tadi, sebab hujan kejap je dan sebahagian litar sahaja yang basah, maka mereka tak gunakan wet tyre sebaliknya menggunakan jenis intermediate. Selepas beberapa lap, intermediate tyre tadi ditukar kepada dry tyre.

Perlumbaan hari ini agak dramatik. Fernando Alonso tersingkir daripada perlumbaan. Lewis Hamilton tersilap masuk ke pitlane McLaren (team lamanya). Sebastian Vettel ingkar arahan dan merampas tempat pertama daripada Mark Webber. Perlumbaan yang benar-benar menarik hari ini.

IMG_0167
Mark Webber

Sedikit tips kepada yang belum pernah menonton F1 di grand stand:

  1. Earplugs adalah satu kewajipan. Mula-mula ingatkan tak herolah kalau pakai earplugs, dapat dengar bunyi enjin kereta F1 baru puas hati. Bila race dah mula, baru tau macam mana punya kuat bunyi enjin tu sebab terlalu dekat. Terlalu bising terutamanya kalau lebih daripada dua buah kereta lalu kat depan serentak. In my case, sebelum perlumbaan bermula, earplugs dah habis dijual. Malas nak keluar beli sebab jalan jauh, so in the end, terpaksalah tekup telinga dengan tangan bila banyak-banyak kereta lalu kat depan. 
  2. Kalau tak banyak bajet, makanlah kat mana-mana dulu sebelum sampai ke litar sebab harga makanan dijual mengikut rate antarabangsa, air US$2, set makanan US$9. Walaupun begitu, portion makanan yang dijual pada harga tersebut adalah banyak.
  3. Surau. Untuk lelaki, kalau pakai short, kain pelikat tak disediakan di surau. Pihak SIC patut sediakan kain pelikat kat surau. Berapa ringgit lah sangat berbanding keuntungan yang mereka dapat daripada perlumbaan F1 ni.
  4. Cermin mata hitam. Sakit mata kalau panas terik.
  5. Outside food tak dibenarkan. So tak payah bawa.

Secara jujurnya saya nak cakap, tengok F1 kat rumah lagi best dan selesa berbanding mengharungi traffic jam, panas terik dan hujan untuk menonton secara live di litar, asalkan kalau tengok kat rumah tak terganggu dengan keadaan sekeliling la..

Walaupun begitu, kalau anda peminat F1, wajiblah sekali seumur hidup turun ke litar untuk dapat feeling sebenar perlumbaan bertaraf dunia ni dan menyaksikan sendiri hasil jutaan ringgit yang telah dilaburkan oleh setiap pasukan F1 untuk menghasilkan jentera terbaik mereka. Sebagai seorang engineer yang pernah bercita-cita untuk menjadi jurutera dalam bidang F1, pada saya memang berbaloi.


Posted

in

by

Comments

19 responses to “F1 Grand Prix Malaysia – Kali Pertama”

  1. Aya Avatar

    macam teringin gak nak tengok F1 depan mata.. tapi dapat rasakan mesti sangat panas kat tempat tu.. so takdalah excited sangat nak tengok F1..hehehe

  2. Man Avatar

    ada lambai tangan kat vettel tak?

  3. hyena_na Avatar
    hyena_na

    saya pun 1st time tgok live sblm ni tgok kat tv jer…tgok kat hill stand….tpi mmg pnglmn baru g menyeronokkan….. ; )

  4. Imran Avatar

    Rezeki F1 huhu…

  5. Ladfe Amir Avatar

    memang lagi suka menonton di rumah sahaja.

    setiap kali ada F1 dan MotoGP. hbs race, Highway Elite di depan rumah saya akan jem dengan teruknya.

  6. fazrol Avatar

    Tak pernah layan F1…
    Sebab dulu asyik dok dgr schumacer ja mng…
    sampai skrg tak layan… ha ha..

  7. innanie the lawyer Avatar

    wah!! kalau tak kita di seat yang sama, but since kita tak minat sgt dgn F1, so let go pada yang suka. :)

  8. hayat haniza malek Avatar

    pernah tengok live sekali tahun 2009 ! memang awesome , feel dia memang lain ! seriously ! just nak merasa je , tengok live macam mana :) and tengok kat rumah lagi awesome :p

  9. hazman aka species1980 Avatar

    Eden baru sekali jejak ke F1 nie padahal hari2x lalu sebab nak pegi tempat keje ( MASkargo ) ….dapat tiket free pun tengok Japan GT je….anyway kalau dapat lepak kat PIT tu lagi best laaa…..skang nie SIC pun dah rajin jadi host konsert macam2x…. at least ada gak fungsi selain event racing jeee

  10. wan G Avatar

    kelakar lah L. hamilton-masih bermimpi lagi kot…kekeke

  11. tekkaus Avatar

    Kenapa pulak makan and minuman kena ikut tarif international ni? Tak jaga orang malaysia. Ha :D

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sebab international event. Semua pakat nak kaut untung besar-besaran

  12. titan Avatar

    koranglah semua yang wat jem kat jalan nak gi LCCT airasia tu kan? kan? haha..

    semalam aku nak ambil mak abah aku kat klia..sekali kat roundbout tu..polis block plak..kena masuk ikut laluan LCCT. Sekali terlepas plakk laluan yang diorang wat untuk u-turn..siapa yang terlepas macam aku..memang dekat sejam kena jammed teruk semata-mata nak bagi vip-vvip ni balik petang semalam..siapa yang kejar flight petang semalam pukul 6-7. memang confirm sah-sah burn tiket diorang. kesian plak aku tengok semalam ada brader koyak tiket airasia depan aku. Siap mencarut lagi.. haha..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Patutnya airline dah warning awal-awal pasal jem masa F1. Bukan semua orang aware ada F1 pada date diorang nak fly. Kalau dah terperangkap tu, alamatnya terpaksalah beli tiket baru.

      Ini adalah salah satu strategi keuntungan low cost airline, ambil kesempatan terhadap kecuaian orang lain

  13. halif Avatar

    Aiseh bro, nape tak terserempak pun. Saya dekat main grainstand, citrine gak. Pasal surau tu setuju. Kecik.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      La.. kalau tau dah ada geng dah semalam. Saya datang sorang je.

  14. Travel-Zoom Avatar

    wah menarik kepada peminat F1 Grand Prix , terima kasih tip yang berguna

  15. akubiomed Avatar

    Dapat 2 tiket percuma Hill Stand tetapi bagi rakan pejabat. Kebetulan hari ini kurang sehat memang patut beri tiket kepada orang lain.

  16. pinkbubblegumprincess Avatar

    wow…mesti nice experience utk mr engineer!