Entri Cantik Pembaca Suka

Reading Time: 2 minutes

Dalam penulisan blog, persembahan entri dan keseluruhan post dalam blog kita mestilah cantik dan kemas. Nak suruh orang baca blog kita, tapi kalau presentation entri kita memang hampeh lama-lama orang malas gak nak baca. Adalah menyakitkan mata kalau:

  • Penggunaan warna yang terlalu garang dalam text, background dsb
  • Penggunaan huruf besar dan kecil yang tidak releven
  • Penggunaan HURUF BESAR sahaja
  • Penggunaan bahasa yang sukar difahami. Contohnya, bahasa rempit
  • Penggunaan warna hightlight yang berbagai
  • Perenggan bertabur-tabur
  • Penggunaan bold text yang terlalu kerap
  • Terlalu banyak gelak (haha, ekeke, hihi, hohoho)
  • Terlalu banyak dot dot dot.
  • Penggunaan gambar pelbagai saiz dalam entri
  • Gambar dalam entri yang tidak tersusun rapi

brought to you by

Setuju tak kalau aku cakap persembahan entri dalam blog aku ni antara yang terbaik/tercantik? Sebab pada kebiasaannya memang amik masa untuk aku tulis sesebuah entri. Apa yang biasanya aku buat untuk menhasilkan entri yang kemas:

  • Penggunaan text align justify. Memang banyak beza dari segi kekemasan kalau guna justify ni
  • Gambar biasanya akan diresize terlebih dahulu, sama ada 500px wide tau 600px (penuh) Kalau satu gambar sahaja guna, kemungkinan tak resize. Kalau banyak gambar, aku resize supaya width dia sama
  • Perenggan biasanya aku kira ikut baris berdasarkan point yang aku nak sampaikan. Perenggan penting tak terlalu panjang dan akan dan yang kurang penting tak terlalu pendek
  • Gambar semua cantik dan unik kan? Aku jarang gunakan Google untuk gambar dan banner dalam entri. Biasa cari kat Deviantart dan tempat-tempat stock photo yang lain. Tolong la jangan hotlinking gambar dari sini ye sebab kalau aku terasa jahat nanti aku boleh buat full page ads kat website sape2 yang hotlinking gambar dari blog.ariff
  • Kalau nak guna bold untuk keyword (SEO) bold satu atau dua keyword sahaja. Tak payah ulang untuk keyword yang sama
  • Aku gunakan point instead of perenggan sebab orang suka baca ringkasan text
  • Aku elakkan daripada gelak banyak banyak dalam entri
  • dot dot dot. jangan guna banyak sangat titik tu. Paling cantik 2 titik sahaja. Panjang sikit, tiga. Lebih daripada tu boleh jadi meluat. Jangan gunakan pada setiap ayat.

Untuk pengguna WordPress, aku tau by default memang takde align justify dalam post editor korang. Untuk dapatkan function justify tu gunakan plugin TinyMCE Advanced. Dengan plugin tu korang boleh edit post editor korang dan tambah apa-apa function yang patut dalam tu. Memang powerful dan sesuai untuk semua blogger.


Posted

in

by

Comments

55 responses to “Entri Cantik Pembaca Suka”

  1. sebokmama Avatar
    sebokmama

    ini kali pertama akak masuk blog ni…walawei bayk betul info akak dpt mcm x sabar nak baca bagi habis supaya cepat masuk otak….teruskan ye ariff

  2. cik tom Avatar

    entry cik tom banyak gelak dan kurang kemas..kena perbaiki..thanks..

  3. ikram Avatar
    ikram

    tips yang berguna.. saya memang sokong tulisan anda la yang terbaik :)
    memang kemas dan mudah di baca

  4. mama Yuki Avatar

    thank’s for the tips ye. Aku try improve gaya menulis blog ni

  5. Lord Zara Avatar

    lecturer aku tegur aritu~
    dia suruh aku justify~
    bila dah justify entry, aku setuju, memang nampak kemas~

  6. syahirul Avatar

    setuju ngan point2 ko.. aku pon buat begitu gak.. cuma ada kalanya terpaksa guna bahasa seperti “usha” hahaha… best tgk blog sendiri kemas dan teratur…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Bahasa tak payah baku pun.. asalkan orang paham ok lah tu. Yang penting diorang baca pun senang.

  7. Shahrusite Avatar
    Shahrusite

    Thanks bro…tips yg bagus utk blogger

  8. Blabberina Avatar

    some already practiced. sbb dah belajar masa belajar layout web dolu2. paling suka justify.n mmg byk kali edit blog tiap kali posting.. cuma my blog template ni aku pelik sket apsal la kadang2 gap besar tul antara perenggan..

    for color,i love my blog’s color. cuma now bila dah makin ramai, rasa mcm colourful sgt pulak.but i cant stand white la pulak

    tp nanti2 la overhaul..

  9. nur Avatar

    aku komen sikit blog kau nih..

    tulisan kat n3 kau kasi besar sikit.. mata aku dah mcm nak kena pakai cermin 4 plak

    jgn marah ya… tegur sikit je.. yang lain OK.. ngetop gitu.

    1. ariff Avatar
      ariff

      kecik eh.. hm.. ni setting theme.
      Ok nak tau dulu ko guna laptop/desktop berapa inci skrin dia? Wide screen?

      1. denaihati Avatar

        bagi aku ok je saiz tulisan kat sini

        1. ariff Avatar
          ariff

          Ni baru besarkan. Tamah satu pixel.

  10. zool Avatar

    Blog aku pun org tak suka baca.. Bagi komen sikit

  11. hanisaleeya Avatar

    Thanks for the tips.

  12. Lovillea Avatar

    ermmm tips yang sgt berguna pd sy yg msh baru walaupon dah de blog lme dah.
    tapi sy bukan seorang penulis yang bagus…
    masih belajar utk tidak terikut2 bahasa pasar..
    TRIMA KASIH ya. JOM sertai kempen membaca http://myretromonolog.blogspot.com/2010/06/bacalrts-upcoming-activity.html

  13. farid Avatar

    kalau blog pompuan yang gedik2 tu, mak aihh, tulisan dah lah warna-warni, kecik besar kecik besar tulisannya…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Mereka bukan gedik, cuma.. kurang matang kot. Takpelah. Lama-lama nanti matang la tu..

  14. klcitizen Avatar

    saya pun baru belajar menulis entri dengan kemas…

  15. nizamsani Avatar

    penulis cantik pun pembaca suka jua. :p

  16. ampuan awang Avatar

    entahlah, aku tiada komentar untuk hal ini. tapi tentang entri, entri aku memang tak bagus untuk ditatap…

  17. Fitrihadi.com Avatar

    semakin hari semakin saya belajar untuk jadi lebih kemas…err skang blog agak berterabur kerana iklan banyak ar..adess kena kurangkan skit nanti..

    oh kena guna plugins ke align tu.. patut takde setting nak buat bagi justify…

    pasal hotlinking gambar tu bro buat je yg redirect link tu..maknanya kalau diorang letak gambar kat blog diorang nanti keluar gambar lain dari picasa ke..jadi tak makan bandwidth ar.. macam saya redirect ke watermark fitrihadi.com dalam photobucket.. memang takleh hotlinking ar..tapi kalau diorang save dan guna gambar tu takleh buat apa ar.. sebab tu semua gambar dalam blog tu saya letak watermark..

    dan ada sekali tu gambar saya tu jadi myspace glittering icon untuk di download..adess patut makan bandwidth.. hampeh tul website tu.. nasib baik sempat padam..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tapi rasanya sekarang takde efek sangat bab hotlinking ni. Cuma kena ingat-ingatkan je lah.

      Pasal ads tu, memang kena pandai susun. Kasi dia nampak natural dengan blog layout. Camtu baru berkesan.

  18. Kie-yu Avatar

    tips sgt menarik dan masuk akal
    setuju dgn lu bro
    semua tu mmg aku titikberatkan
    nak wat 1 entri aku spend kdg2 sampai 2 jam
    pas publish entri aku akan bace ulang2 cari mane yg tak cun n betulkan

    psst..agak2 bro entri kat blog aku ni cun tak?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sebab aku suka justify, maka aku cadangkan supaya ko justify kan. Boleh jadi lebih baik rasanya. Tapi so far, memang ok dah. Gambar pun tak sepah-sepah.

      Ada blog dulu aku nak letak dalam entri blog cantik tu, tapi tengok gambar dia letak tak resize, terus cancel.

  19. ejum Avatar

    thanks berkongsi tips2 berguna utk blogger baru seperti aku. harap dapat blaja lagi banyak lagi dekat sini :)

  20. rashid Avatar

    Aku stuju gak point-point di atas…tapi apa yang penting, aku tekankan penggunaan ayat yang betul, kalau nama orang aku guna huruf besar, nama tempat, kalau singkatan contoh UMNO, aku tak tulis umno, so nampak tak best bagi aku…sebelum ni tak ada orang tegur pasal penulisan blog aku, mungkin akan buat satu entri macam ni jugak…hehe

  21. soclose Avatar
    soclose

    wah! adik kita memang besh. akan kuturut akan kepakaranmu.terima kasih.

  22. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    “Penggunaan warna yang terlalu garang dalam text, background dsb”

    Guna warna yg garang/tak sesuai dalam text memang sakit hati bagi aku pembaca yg guna Google Reader. Dan ya, background putih plus grey macam ko memang senang nak baca. Tulisan warna hitam dan kemas. Sejuk mata memandang. Saja nak tambah lagi, fashion show diorang selalu guna tema white + grey. You can’t go wrong with that combination.

    “Penggunaan bahasa yang sukar difahami. Contohnya, bahasa rempit” &”Terlalu banyak gelak (haha, ekeke, hihi, hohoho)”

    Ini aku tak suka. Bagi aku, cara penyampaian seseorang blogger sangat penting. Bahasa mestilah mudah difahami. Bahasa rempit memang sakit hati nak baca. Kalau dia terlalu banyak gelak, ianya seperti entri yg tidak serius dan tak menarik. Blogger harus pandai menterjemahkan sesuatu cerita dengan cara yg betul dan di samping itu dapat menghiburkan pembaca.

    Point yg lain-lain tu tak perlu nak ulas banyak. Memang tak akan menarik minat pembaca kalau buat begitu. Aku bila baca post ko ni dah boleh agak, mesti ada yg akan berfikir begini, “blog aku, ikut suka hati aku lah”. Biarkan, diorang suka hati nak buat macam tu, kalau orang tak singgah blog diorang jangan ditanya kenapa.

    Apa-apa pun, tengok lah balik kenapa penulis tu menulis blog. Kalau sekadar suka-suka, ikutlah. Blog kawan-kawan aku yg ada ciri-ciri di atas, memang aku tak view dan baca. Cuma, ada la blog yg aku ‘terpaksa’ follow walaupun kadang-kadang menyampah dengan setiap perenggan yg berwarna-warni.

    Tapi kan, kalau nak buat cerita santai, suka-suka dan pasal kehidupan seharian, contohilah Hanis Zalikha. Tak perlu gedik-gedik sangat dan ciri-ciri di atas pun tak ada. Nak baca pun senang hati. Kalau tengok dia punya twitter pun, tak ada pun nak guna bahasa SMS. Kan seronok macam tu.

    “Setuju tak kalau aku cakap persembahan entri dalam blog aku ni antara yang terbaik/tercantik? Sebab pada kebiasaannya memang amik masa untuk aku tulis sesebuah entri.”

    Walaupun ada bunyi macam sombong sikit, tapi memang betul. Bagi aku, itu kebenaran dan ko keluarkan statement pun dengan penuh yakin. Kalau tak betul, tak akan la ko punya pembaca ramai dan ada pembaca setia macam aku ni kan? Teruskan usaha anda.

  23. Azah Avatar

    masak kecik2 dulu kita semua tak suka bahasa skema2 ni.
    dah besar sikit tak suka pulak dengan bahasa rempit.
    aku setuju dengan semua point kat atas.
    harap semua bloggers yang masih mengamalkan budaya ni dapat berubah.

  24. A-Y-I-E Avatar

    ariffshah, boleh tak aku nak mintak engkau bercerita pasal blog aku… yelah.. bercerita je la pasal pe2 yang engkau suka dan yang engkau tak suka…

    please.. aku terima dengan hati terbuka,.,

  25. suraya Avatar

    another one is blog yg ade autoplay music..
    besenye tindakan refleks sy adelah tutup browser blog tu trus instead of mute kn sound -.-“

  26. Ibu Iman Avatar

    yup.. 1 lg sy x suka bila baca entri yg menggunakan bhs sms.. atau spt yg awk ckp bahse rempit.. sy pn mmg amalkn spt yg awk buat kt sini cuma sy x buat dlm bentuk point.. tp seriously mmg kemas entri awk kt sini… nice :)

  27. shuk Avatar

    terima kasih kongsi tips gaya penulisan nie. memang sesuai untuk dipraktikkan.kena perbaiki lagi dalam blog sy lepas nie ^_^

  28. FeezMior Avatar

    thanks for sharing bro ariff..

    boleh dijadikan rujukan utk analisa blog sendiri lepas ni..

  29. Eiza Avatar

    Salam Ariff..

    Saya sokong ngan artikel kali ni..entri kena cantik agar sedap mata kita membaca dan memandang. As new blogger..eiza still improve by blog..masih banyak yg perlu dibelajar.

  30. intankuterpilih Avatar

    wooo…good info nie…tq ariff…

  31. Rara Avatar

    Encik Ariff,

    Boleh saya tahu apa pendapat Encik Ariff pada blog saya? Ehem :p

  32. rossa Avatar

    ooo…bru tau la..tp ape peduli??tu blog haku..hohoho… ;p

  33. ieQa sWetLuv Avatar

    betul cakap kamu =)

  34. lanunsepet Avatar

    yaa… betol tu arif..
    aku sokong.. cacamarba sape nak baca..

    tp masalh ngan aku bile berblog.. aku rasa bnyk jar ayat aku..byk jar aku nak taip..
    kdg2 aku cube gak ar buat sesimple mungkin, tp berjela2 jugak jadinyer,..

    setuju ngan ko.. ko slalu jd mmg rujukan aku (bodek… ha3)

    nnt ko senang usyar blog aku.. ko kasi komen sket pape yang la yang nampak jelas kekurangan aku.. kalau free k.

    k chow tq 4 da tips bro.

  35. joegrimjow Avatar

    antara yg lawa gak r
    ;)

    baru pasan yg wp ni ramai yg gune background putih
    nampak lebih luas?

    urmm

    alamak
    nak komen lagi tiba2 ada mee goreng mamak org suruh makan
    ku makan dulu ya
    lalala

    1. TMUkmkd Avatar

      hahaha aku pun musyikil. minimalisme kot :D

    2. ariff Avatar
      ariff

      Ni kes komen nak cerita pasal makan mee goreng mamak lah ni.. takpe.. takpe..

  36. zikeryhassan Avatar

    sokong. paling menyampah dgn bahasa rempit.

  37. Azfarul Avatar
    Azfarul

    aku suka gelak ngan boldkan text hehe

  38. fndrocka Avatar
    fndrocka

    apsal aku guna wordpress tapi ada je align justify

  39. nursarah Avatar

    aku pernah bg teguran kat sorang blogger sebab tiap hujung ayat dia mesti ada ‘ahakzz’. aku yg baca pun macam. ARGHH!

    nasib baik die trima je teguran tu,

    aku pun ada gak ‘gelak’ dalam entry. tapi tak lebih dr 3 kali kot. huhu

    entry ko mmg kemas la. jenis yg aku suka, lgpun background putih mmg smart woo!

  40. Kancilbiru Avatar

    alamak..sy suka bergelak ketawa banyak2…hehehee….

  41. Hazzy Avatar

    bagus tips kali ni
    tapi ku tak setuju dengan statement blog ni paling cantik
    HAHAHA
    ops gelak panjang pulak

    With Love,
    HazzySuperb

  42. ery farieha Avatar

    penggunaan bold text & banyak gelak : makan dalam.
    ahaha tenx 4 sharing.
    ape2 kurang blh baiki :)

  43. Zala Wajik Avatar

    banyak point ni, terima kasih daun keladi :D

  44. TMUkmkd Avatar

    ariff ada la justify :) orang panggil kitchen sink :D

    alt + ctrl + z

    tapi aku sendiri dah jarang guna justify. sebab kalau justify ada semacam masalah nanti hohoho. terutama kedudukan gambar yang center.

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada eh? hahaha. takpe2. dulu aku justify manual beb. Satu2 perenggan tu aku letak command paragraph text align justify. Gila punya leceh.

      1. TMUkmkd Avatar

        pergh… gila la kalau buat gitu.. mampuh :D