Enam Bulan blog.ariff – Rahsia Kejayaan?

Reading Time: 4 minutes

[27 Februari 2010]

Hari ini umur blog.ariff dah mencecah 6 bulan. Sekejap je kan? Dalam enam bulan ni, prestasi blog.ariff naik mencanak!! Ini bukan entri nak berlagak atau apa, cuma nak kongsi pengalaman dan cerita. Sesungguhnya blog.ariff ni masih terlalu kecil kalau nak dijadikan success story. So aku cerita sikitlah sejarah enam bulan blog.ariff ni.

Sebenarnya aku dah give up blogging tahun lepas sebab masa tu blog aku macam takde tujuan. Hanya personal stuff, benda-benda yang aku minat dan benda-benda lain yang mengarut. Nak kongsi personal stuff sangat pun, macam tak banyak yang boleh dikongsi. Hidup aku terlalu personal. Tahun ni aku revamp balik blog.ariff, starting dengan pembelian domain baru. Aku pilih .com [dot company] sebab kalau aku nak buka company aku sendiri nanti, letak nama Ariff Shah dot com pun cantik gak. Itulah, tiba-tiba aku rasa macam nak register company sendiri. Then cheque Innity semua kasi letak nama company je, lepas tu aku boleh bukak current account, credit card dan segalanya. Boleh start buat credit rating yang cun. Ok.. ok.. aku dah start cakap benda pelik. Yang ni nanti aku gitau lain kali bila dah cukup research aku buat. Apa yang aku nak cakap kat sini, branding adalah perkara asas kalau nak mulakan sesuatu. Nama blog.ariff ni dah setahun lebih guna. Pendek dan senang ingat.

Pemilihan hosting. Masa tu ada sale sebab dah nak dekat raya. Jadi dapatla hosting Shinjiru yang RM190 tu, beli pada harga RM165. Bahagi dua ngan kawan aku. Boleh letak 5 domain, bandwidth 100GB. Nasib baik besar, kalau tak aku dah protect dah site ni daripada hotlinking. Aku tau je ada orang hotlink image dari site aku. Malas nak letak protection, karang buat malu muka orang tu je. Padahal hosting sendiri ada. Melayu.. Setakat 5-6mb sebulan pun dah kedekut. Satu nasihat aku nak bagi untuk pilih hosting ni, pilih yang memang dah terjamin kualiti dan servis dia. Janganla nak saving-saving, amik murah-murah. Padahal duit Nuffnang kau dapat bulan-bulan banyak jer. Kalau dah guna hosting hampeh, asyik down jer lama-lama orang fed up gak.

Bab penulisan pulak.. sebenarnya tak pernah terfikir nak tulis pasal tips-tips berblogging ni sebab tak pernah serius berblogging. Bermula dengan entri 3 Tips Untuk Buat Blog Anda Lebih Baik yang mendapat sambutan, hampir kesemua Tips Berblogging lepas tu dapat sambutan yang memuaskan. Tips yang tulis tu semua kebanyakan datang dari pengalaman dan hasil duduk depan komputer hampir 8 jam tiap-tiap hari. Haha~ Patut pun kan?

Yang pasal siri Kehidupan di Celah Bandar Moscow pulak, asalnya nak buat entri bergambar je. Yelah, masa tu baru dapat kamera DSLR Nikon. Bersemangat nak tangkap gambar sana sini. Lama kelamaan, siri tu evolve daripada gambar sahaja kepada cerita yang berkaitan. Menarik gak macam tu sebab walaupun orang cakap satu gambar tu menceritakan 1000 kisah, adalah lebih baik kita kongsi kisah kita berkaitan gambar tu. Pengalaman, itu yang mahal. Untuk pengetahuan semua, nak buat siri tu kadang-kadang amik masa satu hari jugak untuk sesi penggambaran. Penat sebab nak jalan-jalan dalam Moscow ni tempat dia jauh-jauh. Lepas tu kena naik Metro pula, lagi bertambah penatnya tapi berbaloi la. Aku rasa majoriti ikut blog ni sebab siri tu.

Maka silalah subscribe sesuka hati anda. Tak rugi pun :P

Di sebalik peningkatan yang mencanak, ada jugak konflik. Aku sebenarnya concern sangat pasal bilangan RSS subscriber untuk blog.ariff ni. Naik, turun macam saham! Walaupun akhirnya bilangan tu naik, tapi kerugian di situ sebab ada orang cancel subscription. Ya, saya tamak. Saya nak buat semua orang gembira. Sebabnya, konflik pembaca antara yang nak Tips Berblogging dengan yang nak siri Life in Moscow tu. Tak semua minat kedua-duanya. Jadi solution dia macam ni lah. Aku dah buat option untuk sesiapa yang nak subscribe dengan blogging tips ajer atau entri personal berkaitan Moscow. Still, nak subsribe semua lagi bagus. Kenapa perlu subscribe? Sebab kadang-kadang tips yang aku bagi tu, memang hot dan sesuai untuk diaplikasikan time tu. Lagipun, senang. Tak payah nak bloghopping banyak-banyak untuk tengok update. Tau-tau update yang kita nak dah sampai dalam email. Betul?

Cakap pasal earning sikit-sikit. hehe~ sikit je tau. Memang sikit. Tak percaya? Cuba korang teka? Aku yakin korang mesti fikir banyak punya. Ok, siapa dapat teka ngan betul berapa earning aku sekarang, aku belanja top up RM10? Fair? Sorang teka sekali jer =) Tapi kalau takde orang jawab betul, takkan tau la berapa earning aku. hehe~

Rank dan segala jenis rank.. Aku suka rank, aku gila rank!! Alexa rank sekarang dah cun dah. Kalau blog aku ni tak guna domain nama sendiri, mungkin akan ada orang nak beli domain ni sebab Alexa rank dia hebat. Letak la kacak.com ke, maskulin.com ke.. wahaha~ Nak naikkan Google PR ni leceh sket. Kena banyak lagi edisi terjah supaya aku dapat back link dalam dalam. Macam tu baru la berharga punya backlink.

Impian aku untuk blog.ariff.. Dulu aku bercita-cita nak dapat advertorial job, tapi aku rasa aku ni tak sesuai sangat kot buat job-job macam ni. Aku bukan jenis mamat kecoh kepoh. Aku cool jer.. chewah~ Itu sebab aku tukar amik Innity. Innity ni kalau hebat lagi, dia kasi site takeover ads. Agak menyakitkan hati la kalau orang masuk time ads tu bukak, tapi agak mengkayakan aku. Aku bercita-cita nak masuk dalam senarai top 100 Malaysian blogs =) Aku tak kisah earning Innity banyak sikit, dapat masuk senarai tu dah puas hati.

Rahsia kejayaan? Tak banyak rahsia. Semua pasal blogging, aku dah kongsi dalam Tips Beblogging. Cuma, aku blog sebab aku suka. Aku enjoy. Mungkin sebab orang dapat share enjoyment aku blog ni naik kot. Walaupun begitu, blog.ariff hanyalah blog yang biasa.

Next week aku buat competition! Hadiah CASH RM250. Main cash je, baru macho! hehe~ Thanks to all partners and sponsors. So get ready jelah.

Apa-apa pun, kerja rumah korang, teka cepat earning aku. Nak kasi duit free ni.


Posted

in

by

Comments

40 responses to “Enam Bulan blog.ariff – Rahsia Kejayaan?”

  1. wawaa Avatar

    hoho..main cash macho ek?btol2! aku setuju~
    ko tulis la pasal pape pon bro..aku baca punya..ariff.shah fans..muahaha~
    .-= Cerita terbaru wawaa.. saya puas!! =-.

  2. zik Avatar
    zik

    dua2 cerita best jugak apa… kasi balance pun ok!!

  3. lan Avatar
    lan

    earning ko skang..hurm…rm84?

  4. paan Avatar

    hohoh.mantap la..aku pun berniat nak beli domain dan hosting sendiri…tapi belum sampai masa lagi..nanti ada rezeki , nak beli domain sendiri , n refresh balik blog aku..tahniah bro , keep it up.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Seeloknya kita dah ada planning dah untuk blog tu sebelum beli itu ini. Kalau beli ikut trend je, susah gak. Tak guna nanti membazir je..

  5. eiman Avatar

    aku teka rm525.00.. mashuk2 nih dengan traffic yang hebat camni.. agaknya lebih lagi
    .-= Cerita terbaru eiman.. Tutorial: Cara menginstall Intensedebate dalam BLOGSPOT! =-.

  6. chekgu naman Avatar

    RM345.25..hehe

    dasyat eaaa..6bulan je..pergh
    .-= Cerita terbaru chekgu naman.. Umpama Lilin ; Membakar, Dibakar atau Terbakar?? =-.

  7. ariff Avatar
    ariff

    hahaha.. macam kelakar tekaan yang siap ada 25 sen camni.

  8. Ramdzi Avatar

    aku teka rm250++.. hehe..
    .-= Cerita terbaru Ramdzi.. Maulidur Rasul 1431H & Nuffnang 3rd Birthday! =-.

  9. DaHLia Avatar

    urm…teka earning ek??

    RM 825.37 ???
    .-= Cerita terbaru DaHLia.. Ini kisah Kamal ( bukan nama sebenar ) dengan Pak Mertuanya….. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      37 sen.. wakaka.. dari mana agaknya datang 37 sen tu.

  10. abangnara Avatar

    tahniah buat bro ariff yang berjaya memantapkan blog dalam masa 6 bulan.
    satu pencapaian yang sangat bagus.
    saya kagum dan respek dengan anda.
    .-= Cerita terbaru abangnara.. Menjadi Authority Blogger =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Blog abang nara tak kurng juga hebatnya. 4k fans tu!!! Tersedak saya tengok. Kalau tak keberatan tolong promote2 blog saya :D

  11. azizan4444 Avatar

    susah nak teka ni..blog mantap bro..enam bulan br tu…hehe..kipidap
    .-= Cerita terbaru azizan4444.. Perempuan Itu Calon Kedua =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Blog ko pun mantap gak azizan. asal tulis je confirm komen masuk cam air. best2!!

  12. eiyda Avatar

    RM 250.0++ agagaga
    .-= Cerita terbaru eiyda.. eiyDa:: i SAYANG u…Tapi i tak CINTA u:: =-.

  13. ezany Avatar

    RM500.. hehe..

  14. Eldy Avatar

    Mantap sungguh idea membahagikan feed ! hebat ! .. k, bagi tahu hari ke berapa buat gv away cash xD haha ~
    .-= Cerita terbaru Eldy.. Affiliate program terbaik – GDI =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      OK. No problem =) Nanti dah launch competition saya bagi tau

  15. eyriqazz Avatar

    mmg terbaik ariff shah..mmg jadi singgahan hari2..contestmu sudah pasti aku akan sertai andainya syarat tidak memberatkan…
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Bloggers Gathering | Pengalaman Paintball Yang Mengujakan =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Syarat simple jer. Don’t worry =)

  16. Kujie Avatar

    teka kacang dalam balang lagi mudah…nak teka dalam kocet orang ni susah oooo……..kadang2 gaya je lebih…tapi hampehhh

    kadang2..macam kutu rayau..dlm kocet berkepok2..he he he

    RM 200

    Tahniah – dah 6 bulan dan pencapaian yang membanggakan , tentunya semua ini berbaloi dengan usaha yang telah dibuat

  17. Lord Zara Avatar

    hehehe~
    ada give out hadiah untuk teka earning.
    aku nak teka gak.
    plus minus RM 3000.
    sebab dah kata ko duduk depan komputer 8 jam sehari kan?
    =]

    btw, cepat contest~
    dushum~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Kalau Betul Kamu Cintakan Zara, Buktikannya Sekarang. Pengumuman Lokasi Pertemuan Penulis Blog Terbesar Di Malaysia – Mahu Bertemu Semua! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      3000 melampau sangat. hahahahah~

  18. aizuddin Avatar

    kalau competition pun dah rm250..aku rasa ko punya earning mesti 10 kali ganda..rm2500..hehe
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. Happy Birthday Nuffnang! =-.

  19. joegrimjow Avatar

    ku tak baca pon entry ni
    sebab nak tido dah
    esok baca

    tp nak komen jugak

    6 bulan baru berblog?
    haha
    mantap gile
    ku tengok ranking alexa blog ni boleh bapak hebat
    nampaknya kene godek2 entry lama ni cara berblog
    huhu

    keep blogging
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. malam bersama pengarah MSD =-.

  20. Enam Bulan blog.ariff – Rahsia Kejayaan? | blog.ariff…

    Hari ini umur blog.ariff dah mencecah 6 bulan. Sekejap je kan? Dalam enam bulan ni, prestasi blog.ariff naik mencanak!! Ini bukan entri nak berlagak atau apa, cuma nak kongsi pengalaman dan cerita. Sesungguhnya blog.ariff ni masih terlalu kecil kalau n…

  21. eykameow Avatar

    eyka teka rm650? HAHA.

    pstt. teringin nk join innity.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Join jer ;)

  22. Luth Textile Avatar

    hebat! orang suka baca entry hang berkaitan gaya hidup kat sana tu. teruskan berkongsi ya!

  23. nursarah Avatar

    ok. lama tau tunggu update ko kali ini. bila bukak ariffshah.com asyik keluar entry eyriqaz, haha. aku kenal blog ko ni berpunca dr ko menang tagline GB. ‘komuniti blogger anda’.
    ok, aku dah cek ranking alexa aku, memang jauh menjunam dari ranking blog ariffshah.com. blog ariff ada keistimewaan tersendiri, bahasa ko yg jarang melalut dan kadang2 straight itu yang ‘menusuk’ ke jantung@ terkena batang hidung. kahkah. ok. aku memang admire la kat blog ko ni, mantapz macam blog zackzukhairi jugak.

    teka ek, erm, mesti earning ko dah lebih 600 ringgit. haha, aku teka je.
    .-= Cerita terbaru nursarah.. Sunway Pyramid. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Zack lagi hebat… Aku nak tulis macam dia memanfg tak dapat la.. huhu..

  24. Mus Avatar
    Mus

    masyuklah bro..
    nak teka pun tak berani..
    blog ni femes sgt!
    .-= Cerita terbaru Mus.. Blog Aku Dah Pulih Dari Bandwidth Limit Exceed. Macam Mana Caranya? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Mana ada femes sangat. Biasa jer…

  25. afizzat Avatar

    congrat bro..keep blogging utk hidup. haha.
    btw, cmne nk gn feedburner ek? aku xfhm lg..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Feed burner ni lagi bagus. Macam2 boleh buat. Pegi feedburner.com, letak url blog ko. Claim feed. Nanti dari situ boleh manage la.

      Actually tang mana yang ko tak faham? Kasi spesifik sket.

    1. Mus Avatar
      Mus

      Tak mungkin..
      .-= Cerita terbaru Mus.. Sepetang Di Sana Bermain Buih.. Shangri-La’s Rasa Ria Resort, Tuaran =-.

  26. mrkay Avatar

    fuh! main teka earning plak ni. hahaha. tak larat aku nak tolong teka :p
    .-= Cerita terbaru mrkay.. Tips Keselamatan Blog =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hahaha.. saje je nak giveout hadiah.