Empat Puluh Peratus

Reading Time: 2 minutes

Baru semalam saya ceritakan serba sedikit tentang strategi pendapatan tetap 20% bulanan daripada jumlah asal yang kita dagangkan di Bursa Malaysia. Hari ni alhamdulillah, dah capai target tersebut, malah lebih daripada itu.

Semua ni bermula lepas membaca entri Abang Ensem dalam collect 30% ang pow Chinese New Year hari tu. Sejak dari hari tu, saya cabar diri saya, kalau AE boleh, takkan saya tak boleh. When there’s a will, there’s a way.

Orang kita takut nak main saham. Mereka takut sebab tak tahu dan tak berani mencuba. Pada saya, ketakutan ni dah lama hilang sejak mula berkecimpung dalam dunia forex secara kecil-kecilan dulu. Rugi pernah, untung pun pernah. Semua tu dah rasa, cuma yang paling berharga adalah pengalaman.

Kalau asyik dengar cakap orang dan tak buat apa-apa, memang takkan maju. Kita kena buat dan rasa dulu perkara sebenar, barulah boleh belajar daripada pengalaman tersebut.

Keuntungan ni adalah salah satu contoh time well invested. Nak trading dari Moscow ni, pukul 6 pagi baru boleh tido sebab nak kejar market open di Bursa Malaysia dan nasib baik saya tak bangun lambat tadi. Kalau tak, tak sempat collect masa harga tinggi. Petang nanti kena ganti tidur. hehe..

Kepada orang muda yang sibuk kejarkan benda yang tak memberi faedah dalam hidup, eloklah cari sesuatu yang boleh memajukan ekonomi kita. Masa muda ni kalau rugi pun sikit je sebab duit yang kita ada sikit dan umur pun panjang lagi nak cover balik kerugian tadi (jika ada).

Dah jual separuh. Harap esok boleh collect lagi banyak sikit. hehe..


Posted

in

by

Comments

30 responses to “Empat Puluh Peratus”

  1. hanis Avatar

    wow! pandainya main saham.. saya ambk sj finance tapi tak reti main saham.. huhu

  2. asya Avatar

    wow !!! berani yeh amik risiko? hmmm all the best k.

  3. titan Avatar

    berapa ringgit dapat hari ini? hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hari ni kaunter tutup da.. heheh

  4. Sepeda Motor Injeksi Irit Harga Terbaik Cuma Honda Avatar

    aku masih buta sangat tentang main saham macam ni,, cocok belajar ama abang. heheheee

  5. Ahmad Hati Avatar

    Insyaallah ada duit lebih nak aktifkan CDS balik dan start trading online

  6. mioma uteri Avatar

    awask pengen bisa forex…gimana ya

  7. Lia Nadia Qistina Avatar

    Alamak. Soal saham memang tak pernah saya belajar langsung. Programming, is something i’m good at. Tapi congrats untuk Ariff.

    1. ROJAK Avatar

      saham adalah satu cabang bisnes tapi kalau pandai programming pun bole dijadikan cabang bisnes jugak

  8. Safwan Rahman Avatar

    Salam, saya berminat juga bermain saham ni, tapi saya rasa was2 dari hukum tentang hukum agama tentang pelaburan saham ni, boleh terang tak?

    Thanks!

  9. Queen Teratai Avatar

    berminat gak sebenarnya tp tulah… kekangan masa.. kerjaya, suami dan anak di rumah… nak follow saham mcm mana? hehehe insyaAllah suatu hari nnt… yang benar tak pandai nak main saham ni.. takut pun ada,.. Al-maklumlah,.. duit yg ada pun kais pagi makn pagi.. kais petang mkn petng.. malam x kais makanya tak makanlah… begitulah diibaratkan… anyway semoga anda berjaya…

  10. Ekspresi Ruang Avatar

    mantap.
    tp dgn kerjaya aku yg 24 jam bz ni, aku xrs mampu nk follow market kalau dh start berkecimpung. huhu
    tp kena slalu berhati2 gk main saham ni.
    company aku kerja ni ada beli property basil lelongan bank. pemiliknya adalah srg stock broker. dull antara org plg kaya di Perlis. pakai merc. skg just pakai kancil je.
    cuma peringatan.
    apa2 pon keep it up, bro!

  11. Fazreen Avatar

    Aku nak jadi broker saham la macam ni walaupun satu patah haram tak tau pasal saham. Bila balik wahai cik superstar?

  12. Mr.Sepet Avatar

    menarik . 20% profit . . masyukk tue ..

  13. akubiomed Avatar

    Saya mengharapkan pelaburan KWSP akaun 1 didalam Unit Amanah. Sudah hampir 3 tahun saya melabur Unit Amanah dengan pengeluaran akaun 1 setiap 3 bulan secara consistent. Bermakna setahun 4 kali saya akan buat pelaburan Unit Amanah.

  14. KiD Avatar

    ooo… main saham rupanya.. masyuuuukkk

  15. Ahmad Hati Avatar

    Aku ada cds, boleh ajar aku tak. Please

  16. Juan Avatar

    bro buatlah satu entry “ringkas” bagaimana nak mulakan saham ini, senaraikan apa yg perlu dan tidak perlu

  17. arrizz Avatar

    ok aku tak berapa nak faham..maybe kena baca lebih lagi pasal nie,hehe..anyway setuju dengan apa yang ko katakan tue..yang penting pengalaman..nak main saham atau apa2 yang berkaitan, mesti berani ambil risiko..jangan jadi penakut..

  18. abangensem Avatar

    Bro, lu amik saham kaunter *tut* yang lu tanya hari tu ke?? Anyway, congrats beb. Bukan senang nak dapat 20% profit tu.. hehehe.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      yang tu dah check out awal. Kalau tunggu sampai hari ni, dapat lebih lagi.

      1. abangensem Avatar

        Hahaha. Company bagus memang permintaan sahamnya tinggi. Anyway, ingat rule #1 bila nak main saham ~ Main guna duit yang ko TAK PAKAI sahaja.

        1. Ahmad Hati Avatar

          Means duit lebihan lah

      2. LilyNrman Avatar

        Bagus lah bro check out awal2. Main saham ni x boleh ada rasa tamak..

        Saya juga akan main saham nanti. Beli saham Petronas..hihi.. tahun lepas naik 5, tahun ni naik 15!! baca paper…tapi x main lagi…sedih2..

  19. anastasyea Avatar

    pernah jugak beli saham dulu .. =)

  20. eyriqazz Avatar

    punyalah teruja dan excited pi ofis jupiter nak register last time..tup2, nak kena kasi salinan bank account pula….terus sampai skang tak pi pi nak register…ramai juga friend kat ofis yang main saham ni..eden ni nak main, lebihan wang cukup2 nak bayar insurans dan masa depan anak-anak…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Saya guna akaun adik saya je. hehe.. Kalau nak tunggu sendiri pegi, memang sampai sekarang tak trade.

      Lebih2 tu mesti ada mana-mana punya. Cuba korek2 lagi XD

      Tapi bro ada property dah. Best2. Ni saham semua nak kumpul capital untuk property pulak

  21. sukacuka Avatar

    ah…mcm mana dan bagaimana caranya ni bro..

  22. mohd Avatar
    mohd

    macam mana nak trade saham online??

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Buka akaun akaun dengan mana-mana broker. Semua ada online trading dah sekarang.

      Contoh broker yang bagus, Jupiter Online