EcoSave Green Kitchen Challenge

Reading Time: 3 minutes

Minggu lepas telah dijemput oleh pihak KDU University College untuk menyaksikan event EcoSave Green Kitchen Challenge. Objektif program EcoSave ini adalah untuk mendidik pelajar sekolah tentang cara untuk mengurangkan sisa pepejal dan faedah jangkamasa panjangnya kepada alam sekitar.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama adalah di mana pelajar-pelajar daripada lebih 40 buah sekolah diberikan pendedahan tentang kaedah untuk menghasilkan baja kompos daripada sisa pepejal kantin sekolah. Baja kompos ini kemudiannya digunakan untuk menanam sayur-sayuran. Sebanyak 10 buah sekolah akan dipilih untuk ke peringkat kedua.

Dalam peringkat kedua, 10 buah sekolah ini akan bertanding dalam pertandingan memasak a la Masterchef. Pertandingan diadakan dengan kerjasama Sekolah Hospitaliti, Pelancongan dan Kulinari KDU University College. Finalis daripada 10 buah sekolah ini dikehendaki memasak menggunakan hasil tanaman mereka daripada peringkat pertama pertandingan ini.

Pertandingan ini juga mendapat kerjasama daripada Pusat Alam Sekitar di mana mereka telah menyediakan pengetahuan teknikal tentang kaedah untuk menghasilkan baja kompos daripada sisa pepejal.

Judging session. Tahan telinga jelah dengar komen pedas daripada juri

Pemenang

Terdapat 3 kategori untuk pemenang iaitu:

  • Markah tertinggi pada peringkat pertama – RM1500
  • Pemanang pertandingan memasak – RM1500
  • Pemenang keseluruhan – RM3000 dan 2 set pisau tajaan KDU University College

Sekolah Kebangsaan SS17 Subang Jaya berjaya membolot bukan setakat satu, tapi ketiga-tiga hadiah untuk kategori yang dipertandingkan. Hebat! Sebagai seorang yang menetap di Subang, saya tumpang berbangga :p

perrgh.. semua cash price diorang bolot
Hidangan yang menang. Simple je

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya sampai ke peringkat kedua Green Kitchen Challenge

Namun begitu, apa yang penting dalam event ini adalah pendidikan tentang sustainable living atau cara hidup yang mesra alam sekitar. Perkara ini sering diabaikan oleh kebanyakan daripada kita dan inisiatif mendidik golongan muda seperti ini untuk mengamalkan cara hidup yang lebih ‘hijau’ atau mesra alam sekitar sangatlah dialu-alukan. Tahniah kepada KDU Universiti College atas inisiatif ini.

Antara blogger yang hadir

First time jumpa Myravea dan Pinky Momma. Nice meeting u :) Soalan cepumas yang diterima daripada Myravea hari tu, “student lagi ke?” membuatkan saya rasa happy sepanjang hari. heheh.. studentlah sangat :P

 Read more:


Posted

in

by

Comments

16 responses to “EcoSave Green Kitchen Challenge”

  1. Bro Framestone Avatar

    Fuhhhh… student la sangat….

  2. donnyien Avatar

    tahniah kepada pemenang.. meriah betul event ni

  3. Nurul Avatar

    Food yg menang tu simple tapi tepati tema.. :)

  4. myravea Avatar

    Alahai. Malunyaaa *blushing*.

    Ak ah, ariff nampak muda lagi, tu rasa macam student je kann. kikiki. Mane la tau kot2 sambung study lagi. hehe :)

  5. Budak Desa Avatar

    Aku memang la terer bab2 masak ni..nhehe

  6. cmratu Avatar

    menarik ni ala2 master chef.. :)

  7. Ekspresi Ruang Avatar

    2 set pisau tu yg jd idaman tu.
    potong bawang mesti best ngan pisau tajam solid ni

  8. beliamuda Avatar

    Mana tak hepi hepi sepanjang hari kan. Mesti rasa diri tu muda lagi.

    Diorang tak bagi ke orang lain cuba rasa masakan yang dihasilkan oleh para peserta tu?

  9. Hafizul Avatar

    Hehe..memang muda betul wajah ariff ni..kurangkan kan sisa pepejal?emm tegok makanan yg menang tu rasa mcm tak kenyang jer..hehe

  10. fazrol Avatar

    dah macam masterchef plak…

    student lagike? macam org muda plak rasa ye… ha ha..

  11. Man Avatar

    bajet diri tu muda la ye. hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Nak buat camane.. orang cakap macam tu

  12. akubiomed Avatar

    Hadiah yang dipertaruhkan lumayan. Berbaloi kalau menang.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Reebok. Kat Jusco Mid Valley

  13. aslam Avatar

    awek tu tak follow blog ko ni ariff,sampaikan ko yg dah bekerja pun dia tak tau.. aish… hehehe