Eco World Eco Gardes @Puncak Alam

eco-gardens-

Puncak Alam. Saya memang tak tau sangat kawasan ni. Inilah kekurangan kalau belajar oversea, lambat belajar tentang sesuatu tempat.

Kalau study local, at least boleh tau berapa ramai pelajar kat universiti lain, mungkin pernah melawat sendiri kampus universiti lain dan secara tak langsung boleh nampak sendiri kalau ada pembangunan yang ada di sana.

Tahun lepas saya anggap Puncak Alam ni tempat jin bertendang. Kenapalah orang beli projek mahal-mahal daripada IJM masa tu? Saya lihat RM500k untuk teres 22×90 kaki adalah mahal.

Tahun lepas jugak orang cakap UiTM Puncak Alam ni akan dibesarkan. Pelajar degree dari UiTM Shah Alam akan dipindahkan. Saya masih buat tak tahu sebab saya ingatkan benda ni lambat lagi. Rupa-rupanya dah start.

Sekarang, bila baca pasal berita yang Eco World baru beli tanah secara pukal di Puncak Alam, saya surrender. Puncak Alam memang power. Memang kalau nak ikutkan projek Ecoworld ni lambat lagi siap sebab transaksi dijangka selesai tahun hadapan, tapi kepada yang dah bertapak kat situ boleh senyum sampai ke telinga sekarang.

eco-gardens-eco-world

Eco World ni ada followernya yang tersendiri. Mereka jual rumah 800 – 900k pun orang berebut beli sampai habis di awal pelancarannya. Ada klien saya yang menetap di Semenyih bagitau harga hartanah kat sana dah sampai ke tahap tak masuk akal untuk kawasan tersebut gara-gara projek Eco Majestic. Padahal produk Eco Majestic semuanya luxury / high end, tapi harga hartanah untuk rumah biasa-biasa pun naik.

Tahniah kepada yang dah hold Puncak Alam. Yang belum, masih belum terlambat. 5 tahun lagi tak hairan kalau apa yang dibeli sekarang boleh dapat untung 100%. Tak percaya bookmark entri ni dan datang sini balik 5 tahun lagi.

2 Comments