Jom Sertai e-Belia

Reading Time: < 1 minute

Sistem e-Belia

E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y. Di samping itu, e-Belia akan digunakan sebagai pengakalan maklumat belia oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan kelak.

Maklumat daripada sistem e-Belia akan digunakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). IPPBM ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.

Antara penyelidikan yang telah dijalankan oleh IPPBM (pautan dalam bentuk muat turun dokumen pdf):

  • Hubungan di antara personaliti, motivasi dan prestasi kerja dalam kalangan belia Malaysia [Pautan]
  • Faktor-faktor mempengaruhi keterlibatan remaja dalam perlumbaan motorsikal haram [Pautan]
  • Modul ketahanan diri belia [Pautan]
  • dan banyak lagi yang boleh dibaca melalui laman web IPPBM

Saya juga telah mendaftarkan diri dalam sistem e-Belia ni. Tunggu jelah dipanggil kalau ada apa-apa aktiviti yang boleh disertai. Pendaftaran mudah, kerja 5 minit je.

Apa yang membuatkan saya tertarik ialah melalui kajian yang dijalankan akan dapat memudahkan pihak kerajaan untuk mengenalpasti dan mengkaji apa yang perlu disumbangkan kepada belia dan apa yang tidak perlu disumbangkan. Oleh itu, takdelah berlaku pembaziran dana dan wang rakyat.

Harap sistem ini berkesan dan mencapai matlamatnya. Anda semua boleh membantu dengan mendaftarkan diri. Untuk maklumat lain:

  • Terus ke borang pendaftaran [Pautan]
  • Portal e-Belia [Pautan]
  • Laman web Virtual Youth Resource Center (VYREC) [Pautan]

 

Published
Categorized as Advertorial

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

15 comments

  1. Setakat ni geng belia yang aku tau2, aktif dengan outdoor activities. Paintball sebagai contohnya.

    Seronok juga. Dana mereka banyak, dapat join aktiviti macam2.

  2. lumba haram tu kalau nk dikaji pon, last2 puncanya akan berbalik kpd didikan di rumah dan didikan agama yg kurang. xpernah lg nmpk budak2 merempit pakai jubah dan serban.

      1. semalam aku ada dengar 1 ceramah agama kat tv 9.ada mamat mana ntah buat panggilan dan menyatakan pendapat dia.ada ke patut dia kata sistem pendidikan kita yang gagal 100%.kenapa la dia tak salahkan mak ayah dan didikan dari rumah yang gagal.alahai…

  3. entahla bro..nampak macam dah macam2 website dan inisiatif dibuat..tapi nampaknya macam tiada perkembangan positif pun…or adakah ebelia ni pun salah satu gimik pilihanraya?

    Apapun,jika ianya membawa ke arah yang positif, of course,diri sendiri pun akan turut menyokongnya,…

    1. gimik ke tak tu, tak pasti but at least nampak la dana tu disalurkan ke mana dan melalui report yang ada kat IPPBM tu, memang diorang buat kerja la.. Boleh nampak hasilnya.

      1. bagusla kalau camtu bro..kalau camtu,kenalah register..tak cuba,blom tau kan?..untuk kebaikan, let’s put the poltics aside (hak3, gaya orang yang tak pernah mengundi lagi…)

Comments are closed.