Dulu Suruh Anak Balik Rumah, Sekarang Suruh Anak Keluar Rumah

Reading Time: < 1 minute

Dunia sekarang dah terbalik.

Dalam perjalanan pulang dari Alor Setar tempoh hari, terdengar mesej komuniti yang dimainkan di dalam radio yang maksudnya lebih kurang macam ni, “kurangkan masa anak anda bermain gadget dan bawalah mereka keluar rumah/bermain di padang/taman”

Tersentak mendengarnya. Agak kesian dengan cara hidup budak-budak zaman sekarang. Kalau dah sampai kena ada mesej dalam radio suruh ibubapa kawal anak-anak macam ni, saya rasa isu ni perlu diambil perhatian.

Daripada apa yang saya lihat, anak-anak telah didedahkan dengan gadget seawal umur 3-4 tahun sekarang. Parents tak nak anak merengek, diberi barang-barang ni supaya mereka boleh diam dan main Angry Birds. Senang.

Dulu? Lepas balik sekolah selagi tak dengar azan Maghrib, selagi tu budak-budak main kat luar rumah. Kadang-kadang sampai parents sendiri yang terpaksa merotan anak-anak sebab keluar main tak reti balik rumah.

playground
Bila tengok gambar ni teringat playground belakang hostel kat Moscow dulu. Memang best. Udara pun segar je sebab sebelah hutan

Takut jugak tengok keadaan sekarang. Duduk depan tv boleh main golf, tennis, bola dan
sebagainya melalui permainan console (PS3, Xbox). Apa nak jadi dengan budak-budak ni kalau satu hari nanti, mereka langsung tak minat nak keluar rumah dan beriadah?

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. hehe..


Posted

in

by

Comments

21 responses to “Dulu Suruh Anak Balik Rumah, Sekarang Suruh Anak Keluar Rumah”

  1. Ekspresi Ruang Avatar

    seperti mesej iklan Maxis Raya tahun ni :)

  2. blog amir Avatar

    hahaha. the best way to connect is to disconnect.haha

  3. Khairul Zamri Avatar

    betul tu budak2 sekarang lebih tau games pc n android

  4. titan Avatar

    budak-budak sekarang..main batu seremban pun tak reti. Apa lagi batu 7, batu 9..batu 19..

    nak main tutup oren tu pun fail. aduh..sedih gua. Sedih..

  5. azrijohan Avatar

    hmmm tak tahu macam mana trend ni boleh menular dengan begitu cepat sekali.. sedar2 je benda ni dah jadi budaya sekarang.

  6. JunAina Avatar

    Anak2 zaman sekarang tak menikmati hidup yang sebenar seperti budak dulu2 yg hidup dalam reliti.

  7. pinkbubblegumprincess Avatar

    huhuhu budak-budak sekarang kurang main yang keluarkan peluh..mana tak sng generasi kini dapat penyakit,, and jaga mata anak-anak anda…(main gadjet tu ada efek jangka masa panjang kat dorang huhu

  8. Anarm Avatar

    Dulu lain.. Sekarang lain.. Budak2 sekarang dah jarang sangat buat aktiviti keluar peluh.. Asyik terperap dalam rumah je mengadap gadget.. Tak mustahil generasi lepas2 ni akan lebih mudah dapat macam2 penyakit..

    Sekali sekala mak bapak kena paksa diorang buat aktiviti luar rumah..

    Macam tgk cerita “Grown Ups” lakonan Adam Sandler..

  9. Alin Marlini Avatar

    alhamdulillah saya tggl d kawasan kampung dan ada laman untuk bermain. dan anak2 saya jugak selalu tidak bermain jauh dari rumah nenek dorang. cuma dlm lama rumah jek sebab dah pesan jgn main jauh2 takut lain jadinya.

  10. adarain Avatar

    zaman dulu dan sekarang dah lain, dulu rotan2x ok lagi, sekarang, asal rotan je cabut lari rumah, merajuk tak tentu pasal..dok mengadap komputer atau tab..dulu mana ada, kalo bosan kuar main dengan kawan masa kecik, main nyorok, masak2x, eh!..haha.

  11. arrizz Avatar
    arrizz

    Haha part kena rotan suruh balik rumah tu sangat nostalgik. Budak zaman sekarang mana tahu betapa childhood-nya kena rotan tuh.

  12. Que Achmad Avatar

    Mujurlah Abe sempat merasai pengalaman main permainan zaman dulu kala… Almaklumlah, umoq Abe skrg ni pun dah senjaaaaaa ;)

  13. Zuan Avatar

    den risau bila diornag dah maleh berpeluh ni badan makin tak kuat, makin cepat kena penyakit..

  14. eyriqazz Avatar

    Setuju dengan pandangan bro..sebabtu sekarang saya kerapkan bawa anak2 keluar..pergi playground, swimming pool, etc….Alisya alhamdulillah, walaupun suka dengan IPad, tapi dia tidak berminat dengan games..lebih kepada video2 di youtube…..

  15. saljuhumairah Avatar

    dunia dah berubah… ibu bapa takut keselamatan di luar rumah, tambah2 yang kedua-duanya bekerja. sebab tu parent pun beli alat senaman letak dalam rumah. kesannya anak-anak banyak yang obes.

  16. Naziman Azlye Avatar

    Sekarang ibu bapa nak mudah, nak diamkan anak belikan mainan. Sampai anak-anak pun bosan nak main, semua jenis mainan dah main dari kereta2 sampai PSP dan tablet. Pengalaman bersama sepupu.

  17. Shahrul Avatar

    betul jgk tu…tp rasanya dah x blh nak patah balik mcm dulu2

  18. hatiputera Avatar

    Ini memang masalah yang berlaku sekarang. Pada mulanya aku tak membeli gadget-gadget sedemikian untuk anak-anak main tetapi masalahnya diaorang asyik menempel tengok orang lain main pulak. Terpaksa beli sebab kesian dan takut iq mereka ketinggalan pulak.

  19. akak tulip Avatar
    akak tulip

    in my case..semua sepupu sepapat dia ada..kita mmg x nk belikan tp anak kita jd mcm org ‘jakun’ + mcm org ‘miskin’ sebab terhegeh2 nk tumpang tgk kat tab org lain & sepupu2 dia siap ckp tab tu bukan anak saya punya…huhuhu..

    susah nk besarkan anak generasi sekarang ni….

  20. Juan Avatar

    saya setuju dengan tajuk diatas

  21. Fakarepain Avatar

    Budak2 sekarang memang dah x kenal langsung kot outdoor punya game..hehe

    Main polis sentri pon x pernah kot..