
Tak banyak yang dilakukan kat rumah ni. Baru je hari kedua.. takpelah. Berehat dulu. Semalam mandikan kucing. Nasib baik kucing ni senang dimandikan. Tak memberontak langsung kalau kena air. Banyak juga yang dipelajari tentang tabiat kucing ni. Antaranya:
- Makan nak berteman. Kalau tengah dinner, dia pun nak join makan makanan dia sekali
- Bila datang time manja dia, kenalah layan urut-urut leher dia. Kadang-kadang mengeliat sakan dapat bermanja
- Pagi-pagi dah keluar rumah merayau. Tengah hari/petang sikit balik. Kalau hujan, duduk berkurung dalam rumah dan tidur
- Nak masuk rumah kalau boleh ikut pintu depan kalau dia nampak ada orang kat dalam. Pandai dia mengiau panggil suruh bukakkan pintu. Keluar ikut tingkap reti pulak
Juga sedang mengusahakan satu projek ni. Memang slow la sebab nak buat betul-betul kasi perfect. Harap dapatlah disiapkan secepat mungkin.
Disebabkan baru berkecimpung dalam arena Bursa Malaysia, rajinlah jugak baca sana sini online sepanjang hari. Sedang menunggu beberapa kaunter yang dijangka naik. Harap minggu depan dapatlah.. Nak main forex, dah keluar fatwa haram padahal mereka benda ni bukan sekadar spekulasi kosong je seperti sebab yang pihak mufti ni keluarkan.
Terus terang saya cakap, orang yang ada pengalaman main forex lebih pandai dalam hal ekonomi dan analisis daripada mereka yang berdagang di Bursa Malaysia. Banyak yang saya nampak golongan yang main saham sekadar nasib dan tunggu analisis/cakap orang lain sebaliknya kalau forex, semua analisis kena buat dan faham sendiri. Dari dunia forex, ilmu tu boleh diaplikasikan dalam mana-mana pasaran saham dunia.
Sistem kewangan dunia yang membenarkan orang biasa macam kita untuk memperdagangkan matawang dan selagi sistem tu ada, tak boleh salahkan sesiapa yang pandai mengkaji dan membuat keuntungan terhadap sistem tersebut. Ramai yang tak tahu bank pun ada department yang diberi tugas untuk memperdagangkan wang mereka (wang anda) di pasaran forex untuk menjana keuntungan. Jadi nak tanya, hukum haram tu jatuh ke tak kat sini?
Walau bagaimanapun, mereka ada cara tersendiri untuk menyembunyikan aktiviti ini untuk mengekalkan status syariah. Dengan modal yang banyak, lagi mudah sebenarnya untuk membuat keuntungan yang banyak di pasaran forex.

Petang lepas Bursa Malaysia tutup pergi jogging. Tujuh bulan tak bersenam, memang habis sengal sana sini lepas jogging.
Panas betul Malaysia ni. Takut nak keluar rumah. heheh.. dulu takut nak keluar sebab sejuk sangat, sekarang sebab panas sangat. Terbalik.
Esok? Esok merayau-rayau sekitar Lembah Klang. Sorang je.. Sebenarnya tak berapa minat jalan-jalan Sabtu & Ahad tapi sebab dah ada ‘kerja’ jaga saham, nak buat macam mana..
Kalau terserempak tu.. tegur-tegurlah.. btw. terima kasih @ayongqiela @fzreen & @fzmy atas operasi cuba menggemukkan saya. Cuba lagi dan semoga berjaya!
Operasi menggemukkan @ariffshah twitter.com/fzreen/status/…
— Fazreen (@fzreen) February 17, 2012
comey kucing bro nih.. tukar nama kepada abe ensem leh tak? hehehee
hehe. nak je tukarkan. tp kucing betina la pulak. nasib baik
wah project ape bro? hehe
kau jaga ariff. setahun aku akan pastikan kau macam paeh
wargh. itu kekejaman! paeh tembam habis kot
wah chumeyll sangt…bila kucing tu nak beranak pinak ?? ^_^
Makin gemuk dan gebulah kucing bro kerana ada orang ambil perhatian. Ada orang kata lelaki suka kucing adalah seorang penyayang. Peluang hendak dapat awek tinggi. :-)
gengster gler kucing tu..haha
dah montel kucing tu dpt kasih syg secukupnya,,heheee,,
Wahhhh.. ada projek besar tu?? Pape pun, jangan lupa ‘date’ kita petang esok jam 3. Pape hal, roger gua.
kucing memang macam tu lah. pandai keluar ikut tingkap, tapi nak masuk ikut pintu. Kucing..kucing… oh moshi yang sangat sihat.
Wah seekor je ke kuching.comelnya hehe.nama dia pun dahsyat.mesti kuching tu tak tau kalau panggil nama dia yg panjang sangat tu haha
ini kan kucin yg kau peluk tuh.. apa namanya?
cekedis? hik3
moshi wentingold
huhu…name dier dasyatnye T_T
heheh. itulah. nama memang grand habis.
sebelah utara ni mmg panas berbahang btol. terik…
kalau dah Majlis Fatwa jatuhkan hukum haram, rasanya kita xbley la persoalkan byk sgt. mungkin xsmo mcm tu, tp ibarat air satu kolah, kalau terjatuh najis sket pon, xsuci dah air tu…perumpamaan…
dah balik msia nie bro, kalo tak gemok2 juga taktau la aku,haha..makan banyak2 bro..
baru hang tau malaysia ni punya panas…
hahhaha..
biasalah kucing.. masuk rumah nak mewah je..keluar, ikut celah mana2 je lah..
alahai..msia pns ea bro???hehehehe..jgn terkena sakit krn perubahan cuaca..sudh la ye…
happy holiday bro !!
baca dkat link fatwa haram yg bro letak dekat entri tadi….
dia tulis: FOREX diharamkan tapi hanya certain organisasi yang berlesen je dibenarkan guna….
tak kan ada half haram half tak kot pasal FOREX nie?
owh btw, baru 2 hari balik Malaysia,
nampak lain beno dah rupa bro compare pic2 lain sebelum nie…
aiceh. kemain kan takut nak keluar rumah. haha. lepas ni siap la sunblock semua if nak keluar rumah. ;))
waaahhhhh. permalink handle aku salah. wakakaka