Dua Touch Screen Phone

Reading Time: 2 minutes

Aku teringat 2 tahun dulu, masa tu aku nak beli phone Nokia ape ntah sementara menunggu iPhone 3G keluar dan nak menggantikan telefon Nokia 3315 yang dah nazak dan tak boleh direpair langsung dah (keypad dia hancuss). Aku cakap lah pasal aku nak tunggu iPhone 3G ni keluar dulu, baru beli. Sekali orang kat Tesco jurujual handphone yang terdengar masa aku cakap tu macam buat reaksi muka “eleh.. mampu ke mamat nih?” Aku tak nampak time tu, tapi kawan aku yang bagitau lepas tu. Yelah, masa tu aku nak beli Nokia harga RM85 je kan..

Hujung tahun tu aku beli iPhone 3G dari New Zealand. Seterusnya, ia diterbangkan ke Russia.. Aku dah cakap, kalau aku nak beli, aku beli.

Dua tahun kot aku guna iPhone 3G 8GB ni. Banyak gaklah pengalaman dengan phone ni. Break up ngan awek sorang, skandal ada satu Memang berguna sebenarnya telefon canggih-canggih ni. Hanya orang yang ada sahaja faham apa yang aku cakapkan ni. Dari segi kapasiti 8GB tu, aku rasa memang cukup je sebab aku guna phone ni bukan untuk multimedia sangat pun. Setakat letak lagu dalam tu je. Yang buat phone ni tahan adalah casing dia yang diperbuat daripada getah tu. Terjatuhla macam mana pun iPhone tu tetap ok.

Balik Malaysia tahun ni, aku cukup bertuah sebab Maxis terima permohonan aku untuk program Maxis10 Samsung Galaxy S. Lebih bertuah lagi, review yang aku buat tu diorang suka, sekali gus Maxis hadiahkan terus Samsung Galaxy S tu kat aku. Maka bermulalah era aku pegang dua touch screen phone kalau keluar mana-mana. Kira-kira balik, dua phone dalam tangan aku ni je dah nak cecah RM5000. Gila! Mana ada orang pegang dua-dua touch screen phone. Nampak kaya sangat macam tu, padahal tak pun!

Bukan satu tanggungjawab yang mudah nak pegang dua benda mahal ni. Alangkan satu telefon tu pun kalau terlupa letak mana dah kelam-kabut jadinya, inikan pula dua. Sebulan lebih aku pegang kemas dua phone ni, aku rasa sekarang ni dah sampai masanya untuk aku lepaskan salah satu. Kurang-kurang aku dapat balik sebahagian daripada duit yang dibajetkan untuk phone ni, kira macam extra money la.

Pengiraan bajet untuk aku beli iPhone 3G camnih: RM2 sehari x 365 hari x 4 tahun =  RM2900. Bila ada perancangan bajet camni, takdelah rasa bersalah sangat atau bodoh sangat nak beli benda mahal. Dah cukup 4 tahun baru tukar atau dalam hal aku, dah 2 tahun jual.

Jadi itulah kisah aku bersama telefon-telefon mahal ni. iPhone 3G akan bertukar tangan minggu ni. Sedih dan sayang gak rasanya nak lepaskan. Tapi, masanya telah tiba..

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

44 responses to “Dua Touch Screen Phone”

  1. Wawa~* Avatar
    Wawa~*

    sabaq naa…

  2. Bro Framestone Avatar

    oh… tidak…!!!!!!!

  3. […] dijaga baik oleh Ariffshah. Yelah, Ariffshah kan sekarang dah ada Samsung Galaxy S, jadi dia nak lepaskan iPhone tu, at least boleh dapat sikit-sikit duit modal pembelian dulu […]

  4. donnyien Avatar
    donnyien

    besh pakai iPhone ni

  5. MASA Avatar
    MASA

    bestnya ada 2 touch screen phone..try tolak kat kedai Tesco yang ada jurujual cakap tu…

  6. mohdisa Avatar

    bape ko tolak iPhone tu kat fazreen?

  7. eyra Avatar

    takpe. een jaga elok2 ahahhaa

  8. farahh Avatar
    farahh

    touchscreen mmg best.
    my touchscreen phone bru rosak T.T
    Sedih je.. raya dah xde hp touch2 huhu
    nie nk touching2 nie ;p

  9. MM Avatar

    waaa bestnya, MM pun suka tukar2 hanset….

  10. DonHa Avatar

    wahh..tengah sibuk nak mencari. dia dah nak jual. sungguh indah hidup kamu. =,=

  11. denaihati Avatar

    Tu lah tiada yg kekal di dunia ini terutama yg kita sayangi.

  12. cyberfly Avatar
    cyberfly

    Jangan lupa downgrade ke IOS 3.13 sbb IOS4 kat iphone 3g mmg slow. Nanti kecewa rockstar kita :D

    1. Fazreen Avatar

      pergh…ym aku doo..add aku kt ym id= fazr33n

      nanti leh borak2 dgn ko

  13. ezhan-artwork Avatar

    aiyoo…ruginya jual.
    simpankan lagi best. kenangan tu.

  14. syahrilhafiz Avatar

    hoho..
    encet mahal memang sayang..

  15. Fris | Student Loans Avatar
    Fris | Student Loans

    wah nggak rame om, komen aqu keliatannya masuk spam T.T

  16. Fris | Student Loans Avatar
    Fris | Student Loans

    wah android katanya lebh keren dari symbian ya ?

  17. aman Avatar

    dari iOS ke Android. Woohoo~

  18. Fazreen Avatar

    aku rasa owner baru tu akan jaga iphone tu baik-baik..sampai ko pulang semula ke Malaysia. Aku rasa dia akn jaga baik-baik mcm mana dia jaga friendship kita..

    1. AyongQiela Avatar

      friendship till ends. :)

  19. bubbles182 Avatar

    pakai hp mahal bukan sbb nak blagak kaya, tp sbb function kan? ( nak sedapkan hati sendri) huhuu..

    1. cyberfly Avatar
      cyberfly

      yup sebab function. aku pn ada tulis pasal kegunaan smartphone yg agak cool http://jomphp.com/10-perkara-cool-yang-anda-dapat-lakukan-dengan-smartphone.html

  20. cik dara Avatar

    bes gak yer bajet mcm tu…hehehe

  21. Nizam6281 Avatar

    Habis mana perginye Iphone tu?

  22. Melz Avatar

    Berapa agak2 kau nak tolak Iphone tuh ariff? hehe

  23. aizuddin Avatar

    mana lagi best?iphone ke samsung?

  24. jue Avatar
    jue

    wah.. bestnyerr dpt free… sy sangat berharap dapat beli Sony Xperia X10.. smart gilerr…

  25. mijie Avatar

    aku sampai sekarang tak tersampai lagi hajat nak dapatkan iphone 3g tu tapi cara bro memang sempoi la, kumpul rm2 sehari untuk dapatkan handphone dalam tempoh 4 tahun

  26. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    lor….skrg tgh plan n kayuh slow2 utk dptkan iphone..

    blh review samsung tu tak?my future sis in law baru pakai n dia kate best…nak review utk en. bf..

  27. Anwar Osman Avatar

    nak jual ka dah jual ni iphone nie?

  28. PJ Avatar

    nak jugak IPhone..huhu..
    hp lama memang kenangan macam aku penah guna Nokia 3310 memang kenangan tu

  29. mx Avatar
    mx

    best2…
    phone lama mesti lah banyak kenangan dengan kita…
    tapi takkan sampai 2 touch screen phone nak pakai sekali gus kan?…
    hehehe..

  30. fairuz selamat Avatar

    lelaki khususnya.. (or mungkin lelaki mcm kite).. memang always ada pemikiran mcm ni kot.. ahahha..

    aku dah 23 kali tukar anset…. ahahah

  31. syahirul Avatar

    aku taw sape akan jadi pemilik phone ko.. hehehe… sian dia lama tunggu.. gyahahahhahaa….

  32. Lord Zara Avatar

    dah dapat buyer ya?
    takpe, at least U get something better kan?
    =)

    aku masih setia guna Nokia 5800 tu~
    semua benda terpaksa di-hold sampai lepas raya disebabkan lepas raya baru aku dapat aturkan semula kewangan aku~
    *sadis*

  33. Cursefinger Avatar

    aku merasa la jugak pakai phone boleh sentuh sentuh skrin. nokia 5530 yang tak best langsung tu. main beli ikut nafsu je. asal boleh sentuh sentuh skrin. last2 menyesal tak sudah.

    aku ingat nak ikut cam strategy kau la bro, kumpul sikit2 dulu duit. dah cukup duit, boleh sambar dslr satu. hehe

  34. kuey-san Avatar

    daripada simpan, baik jual, kan? simpan buat habuk, jual buat duit.
    btw, iPhone memang dahsyatt 8)

  35. Shahiran Avatar

    Hmm.. orang biarlah nak kata apa. Janji kita tak buat salah n happy je dengan hp kita.

  36. mrnamie Avatar

    aku penah merasa pakai phone touch screen ni skali je… cukup la sekadar merasa.. hehe

  37. ProfHariz Avatar

    Kan lebih baik simpan je ariff?

  38. APi Avatar

    mane lagi bez ariff..
    iPhone o Samsung Galaxy S tu..
    berangan gak nak pakai 1..

  39. ENCIK TIKUS Avatar

    why bertukar tangan ?

  40. nursarah puteri biru Avatar

    owh, akhirnya mmg betul iphone tu akan bertukar tangan. ceh, sentimental value ek phone tu smpi syg nak lepaskan?.

    tak apalah, samsung galaxy dah cukup cool dah. kamera cantekkk! hehe

  41. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    wah hebat…aku pun tak penah merasa phone touch skrin ni…smart phone jauh sekali..haha