
Busy sikit hujung minggu ni sebab menghadiri event DRB-HICOM Autofest 2015. Event tahunan ini adalah kali keempat yang dianjurkan oleh DRB-HICOM. Confirm tahun ni lagi meriah.
Daripada bersiar-siar di shopping mall, jom meramaikan event ni. Jenama yang bakal hadir hujung minggu ini ialah:
- Proton
- Lotus
- Audi
- Volkswagen
- Honda
- Mitsubishi
- Isuzu
- Modenas
- Can-Am Spyder
- Tata
- Jeep
Brand yang saya excited nak tengok of course Audi lah kan. Kalau nak pergi showroom sesaje tu memang takdelah, jadi time ni la nak tengok macam-macam jenama kereta secara dekat.

Dream is free. Dengan impian boleh jadi motivasi untuk lebih berjaya. Ye tak?
Tapi takkan tengok-tengok je kan.. Masa event macam inilah nak cari deal yang best-best daripada pengeluar kereta. Dapat jugaklah jimat sikit duit kalau beli masa event macam ni.
Kepada yang planning nak beli kereta/moto/lori, boleh datang tengok dan tanya sales representative kat sini. Mana tau dapat deal yang memang tak boleh dapat kat tempat lain.
Selain tu, ada lelongan kereta terpakai Proton akan berlangsung. Ada dekat 200 buah kereta bakal dilelong. Lelongan akan berlangsung pada hari Sabtu (11 pagi & 3 petang) dan Ahad jam 3 petang.
Juga ada lucky draw dengan hadiah kereta dan motor (of course). Yang bajet selalu menang lucky draw tu boleh cuba nasib. Manalah tau rezeki. Sebuah kereta Iriz dan dua buah motosikal Modenas bakal dimenangi oleh pengunjung bertuah.
Datang dengan kawan sebab kalau menang kawan boleh bawa balik kereta lama. Haha
Lucky draw akan berlangsung pada hari Ahad jam 6 petang. Jangan balik awal pulak.
Sepanjang event ni, pelbagai food truck akan beroperasi dan akan dimeriahkan dengan persembahan daripada Caliph Buskers, No Noise Percussion dan Elecoldxhot.
DRB-HICOM Autofest ini juga disertai oleh Puspakom, Pos Malaysia, International College of Automotive (ICAM), Glenmarie Properties, MASA & AVIS.
Detail DRB-HICOM Autofest seperti di bawah:
- Lokasi: EON HQ, Glenmarie
- Tarikh: 6 – 8 November 2015
- Masa: 9 pagi – 6 petang
- Laman web: www.drb-hicom.com
See you there!


Comments
7 responses to “DRB-HICOM Autofest 2015”
modenas dah selalu tengok di jalan raya :)
wah menarik ni.. bestnya kalu lucky..
ramaila pakat pi cuci mana ni, sambil2 boleh test drive kan
Cuci mata tengok kereta takpe. Tak dosa
erk, bestnya, tapi saya hanya mampu tengok je kot hehe
Boleh cuci mata disana. :)
Jom kita pakat cuti mata tengok kereta cantik. Kereta audi memang susah nak lawan kereta lain. Banyak kereta proton nak lelong tu.